Tuesday, 9 October 2012

Bila Anak Berborak

Salam semua,

3-4 hari ni kan abah budak2 ni outstation, jadi masak-memasak memang malas la. Harini terpaksa cuti kecemasan, sebab si adik Afiy jadi kudis kat atas pada buku lali tu, amik dari nursery kelmarin, dah berlubang kudis tu, agaknya dia korek2 kot, takpun teacher dia cuci. Jadi, pagi2 jam 9.00 terus bawa 2 org budak2 ni gi klinik.

Doc cakap kudis biasa, cuma dah kena jangkitan sebab tu leh berlubang sampai macam tu, dan keliling kudis tu membengkak termasuk buku lali dia. ermmmm... lega sikit.

Lunch budak2 ni beli soto je, memang dorang suka. aku? beli Mc D, tapi malam baru makan. takde mood, perut pon tak lapar. leh kurus camni kalo cik abang outstation 3-4 bulan ;)

Pastu td, terpaksa gak marah aqil, dia boleh letak bus 2 biji kat tempat sujud masa ibu solat. Masa rukuk pun, diletaknya bus secara menegak sambil ketawa sebab nak bg langgar ibu...ishh, memang kena!

Masa iron baju dlm bilik dengar aqil cakap dengan adik dia:

Aqil : adik, pi amik susu abg sat.
Afiy : haaa? amik susu?
Aqil : adik pi la amik susu abg sat, kat atas meja tu. takdak hantu aih
Afiy : tak dak hantu? (dengan slow motion nya)
Aqil : aqil tengok sini, adik pi amik susu naaa...
Afiy : haaaaa....
Aqil : Jom kita pi sama-sama

Pastu aku nampak depa jalan berpimpin tangan pi meja amik susu, milo ngan air teh.

Haha. meja tu tak smpai pun 10 langkah dari TV, dia punya ngelat, mengayat adik dia suh pi amik sebab dia takut... Hmmmm....





  Photobucket

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik