Wednesday, 25 December 2013

[Resepi] Fettucini Carbonara Homemade

Assalamualaikum.

Sekarang kan musim hujan petang-petang kan, jadi rosak diet i tau. Diet kunun-kunun namanya. Haha...kata diet tapi makan banyak! huhu~

Alkisahnya, i ni memang suka western food. Dari chicken chop, beef chop, hash brown, french fries, burger dll lah. Semua aku rembat. Jadi, tetibe rasa macam nak makan carbonara lak. Jadi, aku pilih nak buat Fettucini Carbonara.

Ini adalah fettucini
 Mula-mula, aku buat sos carbonara menggunakan sos prego sedia ada. Bahan-bahannya:-
  1. 1 tin carbonara sos Prego
  2. 6 stick isi ketam
  3. 6 ketul cendawan butang
  4. 1 keping cheddar cheese
  5. serbuk lada sulah, lada hitam, oregano
  6. 2 ulas bawang merah dan putih dipotong dadu
  7. 2 sudu minyak masak
Cara-cara:
  • Rebus fettucini sehingga lembut
  •  Panaskan minyak, masukkan bawang
  • masukkan isi ketam, goreng hingga masak
  • masukkan sos prego, cheddar cheese, serbuk lada hitam, lada sulah dan oregano dan cendawan butang.
  • masak hingga pekat.




Pada paginya pulak, aku buat lagi sebab fettucini ada lebih, dan sos prego dah abis. Jadi, aku guna je bahan-bahan sedia ada di rumah.

Homemade sos Carbonara;-

  1. 2 sudu minyak
  2. 2 ulas bawang putih dan merah dadu halus
  3. isi ketam, kepingan isi ayam
  4. 6 biji cendawan butang dihiris nipis
  • panaskan minyak, goreng bawang hingga wangi. 
  • masukkan isi-isi tadi, dan juga cendawan butang. Masak dalam 5 minit.
  1. 1 sudu butter
  2. 2 sudu tepung gandum
  3. 2 cawan susu segar
  4. 1 cawan air
  5. 1 kiub ayam
  6. serbuk lada sulah, lada hitam dan oregano
  7. 1 keping cheddar cheese
  • panaskan kuali, masukkan butter, masak sampai cair
  • masukkan tepung gandum, goreng jangan sampai garing
  • masukkan susu, kacau hingga sebati, masukkan air dan kiub ayam
  • masukkan cheese, lada dan oregano
  • masukkan bahan goreng tadi dan masak sehingga pekat.

 Western sangat lah kan, pastu aku terliur tengok laki aku makan nasi goreng dengan sambal belacan. huhuhu...

Photobucket

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik