Friday 20 December 2013

Jalan-Jalan Tanjung Dawai & Pantai Merdeka

Assalamualaikum semua,

Korang pernah dengar tak Tanjung Dawai dan juga Pantai Merdeka? Bagi org Kedah, memang dah biasa la kan dengan tempat ni, tp bg negeri lain, bolehla datang jalan² sini.
 
Tanjung Dawai terletak kira-kira 30 kilometer dari bandar Sungai Petani berada di Kawasan Parlimen Merbok iaitu bagi Daerah Kuala Muda di negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. merupakan kawasan yang terkenal dengan makanan laut. Antara kawasan yang terdapat di Tanjung Dawai ialah Kampung Bagan Belat, Kampung Sungai Pial, Bagan Asam, Kampung Nelayan, Telok Bala, Kampung Segantang Garam dan lain-lain lagi. (sumber wikipedia)
 
Tapi, kami dari Sedaka, jadi perjalanan lebih dekat, dalam 30 minit dah sampai sini. Apa yg ada? Sumber laut macam keropok, ikan kering, udang, sotong dan banyak lagi.

Tengok, di antara pusat borong makanan laut, macam-macam ada.

 The girls in the house...girl lah sangat. Tudung oren tu biras aku, kenduri tahun lepas. Dorang dah saling kenal-mengenal sebab sama sekolah dulu.

Kat Tanjung Dawai juga ada sediakan bot tambang untuk ke Pantai Merdeka, tak mahal pon. Cuma RM2.00 sekepala. Dekat je sebenarnya, dalam 5 minit dah sampai seberang sana.

 OK, ini suami isteri. Belum pon setahun kahwin, jadi mesti jalan kepit². Yang baju biru tu aku, dah bertahun-tahun kahwin, nak jalan berkepit-kepit dah tak dapat, kat tengah² nanti datanglah kedek² 2 orang budak kecik tu.

 Baik, ini anak² dara iaitu adik² ipar aku, kena jalan kepit² dengan mak tau. Jangan jauh²..

 Ini aku, amik gambar full kaki kena silang dan kepit macam tu. Supaya kelihatan lebih kurus dan kegemukan peha dapat disembunyikan...bhaha...berat naik mencanak weh..

 Dalam bot nak balik Tanjung Dawai dah, aku mestilah sentiasa senyum semanis mungkin sebab nak kejar laki aku. Dia kan juru gambar kami.. huhuhu


 Adik² ipar perempuan ni kembar tak seiras.

 Artis ni.. sebot ngan kami pulakk.. hikhik

 Ini suami aku, janggut tu aku suruh potong, sebab nanti risau perempuan² kat luar tu terkejar-kejar lak nak jadi isteri keempat, dorang ingat ustaz azhar idrus lak..

Photobucket

No comments :

Post a Comment

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik