Sunday, 22 December 2013

Bila Loghat Kedah Di KL Kan

Serius aku menyampah betul bila jumpa kawan² aku yg asal usul tok nenek moyang orang Kedah tapi buat² tak ngaku. Mula² dulu jumpa kawan sekampung, p raya rumah dia, pastu tengah bersembang aku pk, "awat pelik sangat kawan aku cakap ni" Dia ni kawan sekolah rendah aku dulu.

Bila aku dengar baik² dia cakap gini:

"Aku balik semalam, tadi kawan² datang. Depe dah balik dah"

La, rupanya dia telah meng'KL'kan depa tu, jadi depe..huhu..aku nak tergelak tapi cover.. hhaha..

Jiran aku dulu pon sama, baru 6 bulan p KL, balik comfirm la cakap KL. Sekali mak dia gtau jiran², "Dia dok KL tak cakap Kedah, tu yg tak reti dah la ni cakap Kedah lagu mana"..

Aku rasa nak muntah pon ada, 6 bulan ja dok KL hampa dah tak tau nak cakap loghat Kedah yg hampa guna dari lahir..penipu!

Baru² ni pon, aku jumpa sorang makwe ni di LCCT, baru balik dari Beijing, p satu family. Dahsyat!! Keja bank. Aku sembang punya sembang, bila dia tau aku orang Kedah, dia pon cakap dok Kedah. Ingat nak speaking la, jumpa orang kampung, tapi dia masih cakap KL. Aku follow. Sebab dia jenis pindah randah, sekali mai adik dia cakap pelat Kedah pekat punya, yg aku pon terkejut.. dan kakak dia still cakap KL, dgn menggunakan depe ;)

Wake up Kedahan!! Proud of you! i'm proud to be Kedahan. Tak semua orang 'lepas' cakap Kedah tau!



 Photobucket

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik