Sunday, 22 December 2013

Bilik Lama Nampak Baru...weehuu

Salam semua,

Fuhh..lega semua dah selesai. Tiba² ja aku aritu, cakap kat suami kat asingkan tempat tidur anak² aku. Yelah, tahun 2014 nanti aqil dah masuk 6 tahun, afiy dah 4 tahun. Dua² lelaki lak tu, takkan nak berkepit tidur ngan mak ayah lagi kot. Kalo sekarang x biasakan depa, bila lagi kan.

Jadi, aku cakap kat hasbend, jom pi tengok katil, kot² ada murah, skang kan hujung tahun, selalu ada YES. Rumah aku ni apartment 2 bilik ja, jadi bilik utama mestila tempat tidur 4 orang kami, tempat ada almari baju aku, baju laki aku, rak² baju anak, bakul baju kotor dll. hahaha...nampak, sangat multifunction tau bilik kami. Disebabkan terlalu multifunction, maka terjadilah mcm ni.

Sumber google
Jadi, kami pon p la kedai perabot, dgn harapan mencari katil bajet yg boleh..hahaha..Nasib baik, YES ada. Dapatla beli katil anak bujang aku saiz queen, harga RM288 dan katil aku harga RM188. Disebabkan dapat katil under bajet, aku dgn riang menambah item almari dapur jugak RM199. Untung mak jem tau..



 Dalam dok kata cukup tu, aku p tengok almari dan terbeli la pulak almari 6 pintu lagi..hamek kau! Gantikan almari baju aku yg 3 pintu tu. Jadi, dapatlah aku minima kan rak² baju anak² aku.Jadi sekarang baru la nampak bilik kami da ruang sikit..

Lupa pulak aku nama kedai perabot tu, tapi memang bestla, sebab semua murah² dan free delivery ;p insyaAllah next month bajet meja makan lak. Nak tukarkan meja jepun kami tu pada meja makan sebenar.. yehuuu!


 Photobucket

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik