Wednesday, 18 December 2013

Melawat Snowalk, I-city

Assalamualaikum

Bertemu kembali! Selamat datang ke blog saya ni.. hihi..baru ada kesempatan nak update, sambil anak² berlari ke sana-sini..huhu.

Alhamdulillah, cuti ni berkesempatan singgah sebentar di KL, bawa anak² jalan. Takdelah jalan banyak pun, cukup sekadar melawat Aquaria & I-city, Shah Alam. Tu pon, terpaksa cover 2 tempat ni dalam masa 1 hari. Fuhh...penat!

Kami naik komuter dari KL Sentral ke Padang Jawa, kemudian amik teksi ke I-city, tambangRM15.00. Pemandu teksi kata, kalau amik teksi I-city pon ada, tapi harga mahal sikit la, dalam RM30 gitu. Jadi, kami ambik ja nombor telefon pacik tu.

Harga tiket dewasa = RM25.00
Harga tiket kanak-kanak = RM20.00



Masa entrance, teruja giler anak² aku nak masuk. Aku? Lagilah teruja, sebab percutian kat sini aku lah yg rancang dan paksa laki aku menuruti kemahuan aku ni..bhaha..

Kami sampai dalam jam 3.00 petang, jadi tak berapa ramai orang sangat, ramai orangkata p icity ni sangat cantik bila malam, tapi ada aku kesah! Kalau nak tengok lampu² di pokok tu kat Perdana Park pon ader.. Masuk perkarangan icity adalah percuma ye, tapi kalau nak masuk setiap tempat tu kena bayar tiket la.
 

Baju jaket memang disediakan free of charge je kat luar, locker jugak disediakan. Aku nasihatkan korang siapkan barang² yang nak dimasukkan ke locker ni siap², contoh bayarkan dulu duit sewa kasut, RM20.00 setiap pasang, dan akan dipulangkan RM10.00. Kiranya caj sewa RM10.00 la sepasang. 

Macam aku, kan ke 1st time, jap² aku mintak buka, amik duit. Pastu dia kata 2 hinggit! Eh, aku cakap kan ke laki aku dah bayarkan. Dia cakap tiap kali bukak 2 hinggit! bongok tul, kalo 4 kali buka RM8.00 kan..

Tengok keterujaan muka aku. Yelah 1st time pegi tempat sejuk. Selalu pegi kundasang angin je sejuk. Kasut tu aku punya sendiri! Kalau korang tak tahan ais batu, silalah sewa, tahan sikit, leh dok lama² dlm tu. Ini kalau pakai kasut macam aku, konon² tutup tapi masuk juga ais batu sagat tu, beku kaki aku.

Sarung tangan juga ada disewa, tapi aku type kedekut, aku beli untuk aku dan anak² aku kat Daiso, sepasang RM5.00 jadi save sket kan. Lepas ni boleh pakai lagi!

Aqil, anak sulung aku excited nak main salji. Sekali masuk dalam dia takmau duduk, dia cakap takleh nafas, hidung beku. Dia tak tahan sejuk rupanya. Dalam 15 minit ja dia dah keluar, aku masih lagi bawa Afiy jalan² sambil amik gambar.


Adham Hafiy steady der!!


InsyaAllah,  lepas ni ada kesempatan boleh pegi lagi. Seronok juga tengok² tempat orang, macam pelancong pulak aku kan. hihihi..kalau korang nak tau, aku ni memang kuat jalan², kalo husband ajak pusing² Kedah tempat lahir aku tu pon aku teruja! 

* Aku dalam proses menurunkan berat badan sekarang sebab BMI dah lari, berat dan 56kg! Tunggu progress aku ye kalo menjadi.
** psst...aku tengah merawat kulit wajah aku ni dengan pemakaian Tabita Skincare, baru 2 minggu lebih, kalo jadi cun nnt aku buat testimoni ek!! hikhik
Photobucket

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik