Thursday 14 February 2013

Selamat Datang 30

Assalamualaikum wbt

Dah lama tak mencoretkan rasa di blog sendiri, sibuk dengan kehidupan dunia, yg penuh tanggungjawab, aktiviti dan amanah yg perlu dilaksanakan. Tanggungjawab juga terbahagi kepada beberapa bahagian, tanggungjawab pada keluarga, suami, anak-anak, kepada kerja, dan tak lupa juga pada diri sendiri.

Sesungguhnya, manusia memerlukan rehat..biarpun sikit atau banyak, rehatkan minda, rehatkan jasmani, rehat dari kesibukan duniawi. Jika badan kurang rehat, pelbagai masalah boleh timbul. Badan jadi cepat lemah, sakit datang menghinggap, letih, penat..semua ada. Yang penting doktor cakap, umur2 kamu ni perlu tidur 8-10 jam sehari ;) umur???

Alhamdulillah, harini 14 Februari genap usia aku 30 tahun. Terasa diri begitu dewasa, begitu matang, begitu berpengalaman. hehehe.. Syukur, dengan usia 30 tahun, aku telah berkahwin, ada seorang suami yg sangat comel, dua orang anak lelaki yang kiut miut... mungkin perlu ditambah anak perempuan yg rupawan persis si ibu ^_^ awwww..

Impian? memperbanyakkan jumlah simpanan dalam bank mungkin. Untuk masa depan anak2, penting juga menanti tibanya hari tua..

Ada juga terbaca fakta, "Seseorang itu akan kaya semasa umur 33 tahun" betul ke?

atau fakta yg ni, " Seorang wanita akan nampak kecantikannya semasa umur 35 tahun"...hehehe

Tak tau la betul ke tidak.

Yang pasti, umur hanyalah angka...

Welcome 30 to my life~



 Happiness can be found, even in the darkest of times, if one only remembers to turn on the light.

 Photobucket

No comments :

Post a Comment

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik