Thursday, 28 February 2013

Restoren Kampung Nelayan, Kota Kinabalu

Ada yang penah sampai Restoran Nelayan? Dekat Taman Tun Fuad Stephen, Bukit Padang. Kalau sebelah siang memang ramai dengan org yg berlari kat sini, tempat joging dan jalan2.

Tapi, sebelah malamnya pulak, ramai dengan foreigner, dari Korea, China, omputeh pon ramai. Bas bersusun kat luar. Sebab tempat ni sangat ekslusif, penuh dengan etnik kaum Sabah, disaji dengan pilihan makanan laut, ikan2 yg sangat fresh. Masa makan pon dihiburkan dengan penari-penari kebudayaan, macam2 lagu dorang menari, ada lagu bajau, dusun, kadazan dan lain2 lagi.

Eh, macam karangan pulak! bhaha

Aku dengan laki aku pon berangan la nak pi makan kat sini, asyik lalu je berjuta kali, sebab memang laluan utama aku nak p keja ;p

Pada suatu malam yg sepi pi pi, (macam lagu zaman kanak2 dulu lak, main tepuk2 tu).. aku dengan husband nak p AA Stationary, jadi gi berdua ja, anak tinggal kat mak. Malangnya kedai tu tutup lak.

Jadi masa balik lalu depan restoran ni, aku cakap kat laki aku, "Jom bang, singgah makan sini. Lapaq ni"

Laki aku pon masuk dan cari parking. Tempat ekslusive, kami pakai track bottom ja, tshirt besa2 ja ngan jeans lembik aku tu. bedak secalit pon takdak, untuk menunjukkan eyebag aku yg comel.

Dengan rakus kami pesan:
  1. Nasi 2 pinggan
  2. snapper fish masak thailand saiz kecik (melayu dia aku taktau)
  3. ketam masak telur masin 2 ekor
Sedapla, dengan nasi dari beras wangi memang best. Layanan pon bagus, kalo piring ko dah penuh ngan tulang atau kulit ketam, kang dia hantar lagi piring. Takut korang letak tulang tu kat alasmeja dorang. Air basuh tangan suma siap, kang penuh alas meja ngan cap tangan customer ;)

Aku ckp aku nak belanja. ingat bajet2 dalam seratus lebih je, sekali pegi bayar...erm, nasib baik cukup

RM230.25


Lain kali pegi Frappeni Thai je, sama gak sedap, walaupon takde piring extra, alas meja pon takde, makan sampai tumpah2 pon tak heran. 

- Apa pon tak boleh -
 
Photobucket

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik