Monday, 10 September 2012

Selamat hari Lahir Aqil


Alhamdulillah.. syukur pada mu ya Allah
(entry ini penuh emosi)

Tanggal 11 September 2008, lahirlah seorang bayi yg sangat comel,
masa sakit datang membuak-buak, ibu ingatkan ibu kena keracunan makanan, asyik ulang-alik ke tandas. Rupaya dah sampai masa ibu melahirkan zuriat ibu & abah yg pertama.

Tiba je di Hospital Yan, doktor cakap takleh proceed, kena hantar ke hospital besar, marahnya ibu masa tu. Nak je jerit, "weh, aku sakit la..nak hantar sana-sini lak!!!" hehe
Tak sangka, itulah juga kali pertama ibu naik ambulans, yg sangat laju dan merempit tu.

Akhirnya, selamat juga ibu lahirkan seorang bayi lelaki, Muhammad Aqil Haziq yg sangat comel ^_^
Dah 4 tahun berlalu, aqil pun dah besar, dah petah bercakap. Ibu hanya berdoa, ibu dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dan dikurniakan kesabaran yg tinggi dlm mendidik anak2 ibu menjadi seorang yg berjaya.

Ibu sangat garang, aqil selalu kena marah dgn ibu, tp aqil tak penah marah, amik hati, atau merajuk dengan ibu. Sebab bg anak2, ibu bapa adalah tempat berlindung yg amat selamat. Maafkan ibu, abah kata ibu ni sukar kawal marah, tangan dengan mulut sama ja cepat. InsyaAllah, ibu akan berusaha tidak marah aqil lagi.

Terima kasih Aqil, kerana sanggup susah & senang bersama ibu & abah, kita bukan org kaya, tapi ibu & abah akan berusaha memenuhi segala keperluan aqil & adik. Walaupun tidak sesempurna mana, tp ibu bersyukur dengan apa yg kita ada. 

InsyaAllah anakku, selagi Allah panjangkan usia ibu, ibu akan terus menjadi pelindungmu, ibu akan jadi penjagamu, sehingga masanya sampai untuk aqil berdikari. Ibu akan terus berusaha mencari duit, untuk membeli mainan igauan aqil tu. sikit2 mainan, itu je yg aqil impikan. Kadang2, bukan ibu & abah takmau beli, tp aqil main tak sampai sejam, pastu asyik nak buka tayar je. Kalau aqil tak dapat buka tayar, aqil nasngis suruh ibu yg bukak. tu yg kena cubit tu.

Ibu tak pernah mohon aqil menjadi Perdana Menteri 1 ari nanti, tapi cukuplah ibu iring doa supaya aqil menjadi anak yang soleh, taat pada perintah Allah, cintakan agama sedalamnya, menjadi orang yg berhati mulia. 

Untukkmu anakku, ibu tidak akan berhenti menyayangimu selagi hayat dikandung badan. Ibu bangga ada nak macam Aqil. Sayang anak ibu~


Photobucket

No comments :

Post a Comment

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik