Entry ini bukan untuk mengutuk guru,
sebab aku bangga aku seorang guru~
Baru² ni, masing² sibuk sebarkan entry
1 blog yg penulisnya berani menulis pendapat beliau tentang untungnya jadi
sorang guru. Aku pon ada baca jugak, dan pendapat aku blogger ni memang takde
keje, sebab menulis panjang lebar tentang profesion guru ni.
Mungkin sebab utamanya ialah
permohonannya utk menjadi guru telah direject! Jadi dalam hati dia kata, “elehh..bukan
best jadi cikgu. Cikgu ni b la..bla…bla..” hihi
Tapi ada jugak kata² dia yg betul.
Cikgu ni sangat dihargai oleh kementerian. Tapi dia tak tau kenapa cikgu
dihargai lebih dr profesion lain, sebab kerjaya cikgu banyak kekurangan.
Percaya tak????
- Kerjaya cikgu tak ke mana. Korang ingat keje lama² jadi
cikgu, pastu lama² akan jadi pensyarah, kendian dekan, then lagi..lagi…dan
lagi? Hohoho, a teacher will remain teacher, until….? Cikgu
bukan macam PTD, aku penah keja di bahagian HR 1 kementerian (kerani cabuk
jer). Seorang PTD akan pegang M41 dalam masa 1-3 tahun, tahun ke-4 akan
terus dipertimbangkan ke M44, either memangku or hakiki. Tapi cikgu, ade
ko tau? 8 tahun baru boleh naik dari DG41 ke DG44. dalam masa 8 tahun tu,
silap² PTD dah naik M48. sedangkan sama juga belajar di U, price of the
degree are still the same. Rugi kan jadi cikgu. (aku amik contoh je
jawatan PTD ni ye)
- Cuti? Ada cuti
sekolah, setiap penggal ada cuti kan. Korang tau tak kelayakan cuti
tahunan bg sorang cikgu hanya 7 hari setahun, kalau nak
dibandingkan dgn gred 41 yg lain hingga 30 hari setahun. Tu belum di tolak
kes² kecemasan mcm sakit demam anak, isteri, suami, bawa anak pegi klinik,
konvo, dan lain² hal kecemasan. Bila dah di tolak tambah –ve cuti cikgu
tahunan. Untungla org lain, dapat kumpul cuti tahunan utk dimasukkan dlm GCR,
cikgu² ade ke? Ingat cuti sekolah leh kira dlm GCR? Untung ke tu?
- Gaji? Ada yg
kata gaji cikgu ni banyak, tak padan ngan bebanan kerja. Memangla, itu
memang hak guru, cth guru gred DG41, memangla gaji RM2k+, sepadan dgn
kelayakan ada ijazah. Gred 41 lain leh dapat mcm tu, nape guru lak
dipertikaikan? Aduss, kdg2 ujung bulan –ve tau gaji cikgu ni. Untuk
sekolah² besar di Bandar mungkin untung, segala fasilities legkap dan
dijaga. Bagi guru² yg mengajar di SKM atau luar bandar macamana? kadang²
mesin fotostet rosak, lembaran kerja murid pon fotostet di kedai, kdg²
kertas peperiksaan murid pon fotostet di kedai. Bayangkan 1 subjek 4
mukasurat, utk kertas 1 & 2, ada tahun 1,2,3. 1 kelas paling sikit 20
org, cer math sikit… korang ingat cikgu² ni takde family, nak beli
lauk-pauk, susu anak, bayar kereta, rumah dan lain²?
- Blogger? Ingat
cikgu² ni kurang ilmu IT? Tau tak ada cikgu² IT di sekolah? Tau tak ada
cikgu² ni ngajar B.M tapi degree/opsyen IT? Sekarang ni zaman IT, semuanya
di hujung jari. Korang ingat cikgu sekarang masih hantar data dengan fail?
Semua dengan IT tau, nak key-in data murid Semua online, markah, masalah
disiplin pon online tau. Bersyukurlah, nak juga cikgu² kongsi ilmu mereka
dengan dunia.
- Side-income?
Saranan PM kita, janalah kewangan kamu di hanya di hujung jari.
Wahai engeneer dan profesion lain, apakah itu di hujung jari? Tuition?
Kalo bukan tanggungjawab guru, sapa lagi yg sudi buka pusat tuition?
Engeneer? PTD? Kalo ko nak sape² pun boleh buka pusat tuition tau. Cuma bg
guru, rasa tanggungjawab pada anak bangsa lebih tinggi. Murid adalah
customer kami. Sama juga engeneer merekacipta bangunan, focus dia mesti
lah pada bangunan tu kan, mesti dia nak bangunan dia berdiri megah dan
boleh dibanggakan. Macam tukang kebun, tanggungjawab pada pokok², mesti
dia nak pokok dia merimbun mekar kan. Jadi salah kah guru nak mendidik
murid supaya menjadi berjaya, jadi org yg berguna, menjadi sesuatu
kebanggaan bila melihat anak murid Berjaya. Kalo tak, takkan la jurulatih
perenang negara, si Pandalela tu menitiskan air mata bila Pandalela dapat
pingat gangsa kan?
Guru-guru ni bukan meminta untuk dihormati,
cukuplah kami diberi ruang untuk berkhidmat dengan aman. Ini tidak, masing²
menuding jari ke sana-sini. Hak guru sekarang tersangatlah kecil, mendidik
dengan had dan arahan yg mesti dipatuhi, merotan tidak dibenarkan sama sekali.
Tapi impian guru utk melihat anak murid Berjaya sangatlah tinggi. Bohonglah
kalo aku kata takde guru yg curi tulang, yg malas.
Allah kurniakan manusia dengan akal dan
fikiran yg cukup lengkap, sifat² manusia juga pelbagai. Adalah normal bg
seorang manusia ada kekurangan dan kelemahan diri, manusia ini diciptakan tidak
sempurna. Bergantung pada kemahuan dan kehendak masing². Jika lurus pilihannya,
luruslah jalannya, jika bengkok pilihannya, maka bersimpang-siurlah
kehendaknya. Jangan pertikai halal haram rezeki hamba Allah itu, kerana rezeki
yg kita miliki belum tentu pasti kesahihannya.
Wallahualam..
tak salah ape yg puan purle sebutkan di atas tu, sy setuju 100%... pada pendapat sy, tiada seorg pon yg sanggup mencemuh profession guru tersebut kerana berjayanya seseorang itu kalau tak byk, sedikit pon adalah hasil drpd apa yg diajar oleh guru2 disekolah/tuition/etc...cuma mungkin yang selalunya dicemuh itu adalah segelintir guru yg tak jaga attitude/perangai/tingkahlaku (sy yakin dikalangan 'segelintir' ini pon ada jugak yg mempertikaikan skim2 lain dlm perkhidmatan awam) kerana orang ramai sebenarnya amat menyanjung dan memandang tinggi profession guru dan adalah menjadi harapan setiap ibu bapa supaya anak2 mereka dididik oleh guru2 yang sgt cemerlang dlm apa jua aspek dirinya...tak dinafikan setiap manusia mesti ada kekurangan, dan kita kene faham oleh kerana manusia tidak sempurnalah perkara2 yg negatif ini sering diungkit2 oleh mana2 pihak yg tak puas hati (pada sy mudah tak puas hati ni pon adalah satu kekurangan seorang manusia)...akhir sekali, tanpa guru agak mustahil untuk seseorang itu berjaya dlm hidup, even bill gates yg kaya raya tu pernah diajar oleh guru2 sebelum beliau 'dropout' kolej ye dak? hehe, dan harapan sy supaya puan purple dpt mendidik anak2 bangsa kita berjaya sama sepertimana berjayanya hidup puan purple iaitu guru mereka :)
ReplyDelete