Friday, 7 September 2012

Kan dah kena marah!

Aku ni anak ke-3, kalau ikut tajul muluk, anak ke-3 ni sinonim dengan sifat marah. dulu² aku tak percaya jugak, sebab aku perasan sendiri yg aku ni cool ;p tapi itu hanya DUSTA. Sekarang aku dah terima hakikat aku ni memang cepat marah, tp cepat cool dan bukan pendendam.




Masa zaman muda remaja, sesuka hati je aku nak marah org. paling aku ingat, masa di U, ulang-alik Guar – KL. Penah abah beli tiket tp tak tulis no.seat, tp tiket rasmi bas ekspress ****tak ingat dah nama bas. Tunggu punya tunggu bas berkenaan datang, aku masih tak dapat seat. Dengan berani aku p sound yg maha dasyat pakcik kaunter tu, menipu aku. Sebab rupanya seat aku tu seat bas extra. Seat yg abah aku beli tu dia dah bg kat org lain, geramnya aku. Sudah pakcik tu kena jerkahan aku, abah aku pon marah dia. Padan muka! Pastu aku dengar abah gtau kawan dia, “anak aku ni memang garang…”

Kes ke-2, pakcik bas yg sama, memang aku suka marah pakcik ni. Macam biasa, abah beli tiket, bila bas sampai, aku pon nonong la nak naik bus. Pastu aku dengar dia pesan kat driver bus tu, “hg sampai ipoh nanti, suh dia turun naik bas pi KL”..kuang hajaq, aku beli tiket nak pi KL pakcik gemuk oii, naper lak aku kena turun ipoh? Tanpa rasa hormat pd org kategori tua, aku sound direct kat pakcik tu, “kenapa saya kena turun ipoh lak, saya nak p KL…bla…bla..bla..” pastu, driver bas tu kata, “kalau hingaq² lagu ni, naik bas lain la”..lagi sekali aku suh abah aku marah pakcik gemuk dan boroi tu lagi…hamek kau! memang aku dapat tiket bas lain pon, ada rupanya tp saja nak buat naya org. tula padahnya org jahat, kena marah ngan aku!

*************************************************************
Sehari 2 ni, kat pejabat pos laju KK, sama gak jadi. Aku dapat 4 tracking dalam note pos laju tu, aku nak p amik la. Dah bg pada kerani kaunter, tunggu nak dekat ½ jam, dia keluar bg 2 parcel ja. Aku kata, “mana lagi 2?” dia ckp, “4 ka tadi?macam ada 2 tracking saja bah”.. aku kata, “ada 4 tracking, check balik”..masih lagi dgn adat kesopanan melayu terakhir. Dia jawab, “ndak apalah, ko tunggu sekejap, dorang tengah cari lagi tu”. Aku pun duduk, tunggu dalam 15 minit, aku dah tak tahan. Rasa semak perut, dlm kepala aku dok pk apa aku nak maki kerani ni. Tp hati baik aku kata, jangan marah, cakap elok²..ok, aku akan cakap elok². Kerani tu keluar je, aku terus terjah, “ada barang sy lg 2?” dia jawab, “2 saja tracking ada td”.. aku rasa cam darah aku dah sampai kat perut, aku jawab “ada 4 tadi, ko check balik, mana sy punya tracking td?” dgn muka slamber dia jawab, “teda sudah ooo, suda kami cari kami koyak ja tracking tu”.. kali ni memang  darah aku sampai kepala! Kerani tu berjalan kearah pintu, aku tengking sekuat hati aku, macam aku marah kat dlm kelas tu, “KAU KALO NAK KERJA, KAU KERJA ELOK² HAAA!” yes, aku menjerit tnpa segan silu, dan sora aku bergema 14 kali sbb pejabat pos laju tu tertutup, econ dan penuh dgn org yg rata²nya hanya pandang aku dengan muka terkejut. kerani² yg lain pun gelabah mula buat keja masing². Uihh, gila sakit hati. Kita tunggu sejam dan last sekali dia kata dah koyak tracking tu. Memang kenyang kerani tu makan jerkahan aku. Sora aku memang kuat, tersangat kuat! Amek kau…

Pastu aku blah..tak kuasa aku nak tunggu situ. Semua mata pandang arah aku, semua bangsa ada dlm tu. FYI, keistimewaan org Sabah ni pertuturan dorang sangat lembut wpon dorang marah. Sora dorg takkan tinggi mcm sora aku. Yelah, aku org Kedah, loghat paling kasar di Malaysia ni loghat kedah tau! Dan org kedah rata²nya bersuara nyaring dan lantang. On the way balik, customer service pos laju telefon, dan sekali lg hamburan kemarahan aku meletus. Nasib ko la! Tp aku rasa dia tak paham apa aku maki, sebab aku dgr dia cakap Sabah pon pelat², takkan dia dpt tangkap percakapan aku yg Sabah ala Kedahan ni…huahuahua..tak kesah la, yg penting hati aku PUASSS!!!



  Photobucket

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik