Thursday, 11 April 2013

Natural Kitchen Steamboat

Salam semua,

Kalau yg berada di Kota Kinabalu, dan teringin makan steamboat yg halal, selain di Restoran Kg. Nelayan, harga dalam RM38.00/pax, boleh juga ke sini, terletak di Suria Sabah.

Kedai ni di tingkat bawah, ground floor, di sebelah Nasi lemak Antarabangsa. Deret tu lah..pandaila korang cari..macam jalan-jalan cari makan dah aku ni.

Memandangkan setelah adik aku & suaminya memperkenalkan aku dengan steamboat best & murah di perlis, hanya RM9.90 ja sorang, makan la banyak mana pon tau, aku pon beria-ia nak cari tempat makan steamboat juga. Harga takdelah mahai, murah sangat pon tak lah, RM58.00 untuk 2 orang.



Boleh pilih nak nasi, atau mee kerinting tu, atau mee hoon. Kuah pon boleh pilih dari 8 jenis, kami amik tomyam dan juga sup untuk budak2. Takde pon dorang makan, main je. Main chopstick la, sampai jatuh2, pastu nak baring la. makan idak pon.

Bagi yg di Kota Kinabalu, leh pegi sini untuk makan steamboat k. Babai..


*tatau nak tulis apa
Photobucket

New Stuffs for Home

Salam Jumaat,

Sebenarnya perkara ni berlaku dah 2,3 hari lepas..huhu.. Memandangkan almari kami dah dalam lingkungan nak reban, jadi aku suggest kat incik bos tu, suh beli lemari baru. Hihi.. Pastu dipikir-pikir balik, kami rancang nak beli besi pasang di dinding..senang sikit. Beli almari barupon konfirm pnuh pulak yg tu, satgi kena tambah lagi 2,3 buah almari lak.

Kemudian, masa org datang baiki tandas sebab sinki dah patah riuk, pasang sekali mangkuk tandas, tukar sebenarnya. Kami pon amek kesempatan mintak dorang pasang besi sangkut baju dan juga ampaian yg siap pasang tu. Senang keja aku, jimat ruang lgi. Cuma aku kena jinjat sikit la penyidai tu tinggi..
 Keje menyidai baju sangat senang lepas ni, jgn malas lagi ye.

Ini yg merajinkan aku basuh baju tu ;p kengkonon je..huahua.. Terus sepantas kilat incik bos menggantungkan semua baju2 dia, mungkin sebab dia riso aku transfer tudung2 aku tu ke situ..hehe..tul tak incik bos????


 Kalo tudung aku kat situ lawa gak eh!

Tips Kurus Tanpa Ubat

Uii na! Banyak betul sekarang ubat²untuk kurus ni. Tu tak termasuk lagi vitamin² yg dijual dalam peket sendiri² tu. Korang percaya tak ubat² cenggitu? Aku bukan nak kata ubat tu fake, tapi jika ada nombor siri KKM, sijil lagi, iitu oklah kan. Mungkin di pasaran terbuka juga banyak.

Yang aku musykil tentang keberkesanan ubat² tersebut. Serius aku tak penah beli. Takut lak aku rasa. Takut ada efek lain terutama pada organ dalaman kita. Jadi untuk semua, semak betul², jangan beli di sembarangan tempat ye!

Tapi aku ni kalo aku gemok atau naik badan sikit, mulalah aku terfikirkan plan² yg memungkinkan aku leh kurus dalam masa 24 jam. hahaha..takdelah, gurau je. Aku tak takot gemok pon sebenarnya, mak aku pon gemok, kakak aku pon gemok, okey ja. Tapi rasa macam tak sesuai la kalo aku gemok. Dengaan ketinggian atau lebih afdhal disebut kerendahan aku yg 153cm ni atau 5 kaki ni, kalo berat dah mencecah 50kg++ aku dah gelabah bewak tahap lari laju langgar pokok dah.

Gila tak risau, mesti aku nampak macam penguin sedang berjalan² di mall dengan keluarganya...hahaha.. Untuk mendapatkan berat badan asal, atau berat yg lebih sesuai dengan ketinggian aku, aku lebih suka mengamalkan beberapa petua ini. meh aku share dengan korang ye!



TIPS KURUSKAN BADAN
  1. Baca bismillah & doa sebelum makan supaya syaitan tak bisik suh tambah lagi ;p
  2. Minum air sebelum mula makan, supaya rasa cepat kenyang. Jangan sampai satu jag kang tak makan langsung lak.
  3. Jangan makan berulamkan air, maksudnya tengah makan ko minum lak, no no no ye..
  4. Makan 1 senduk nasi sahaja, yg sederhana la, kalo kecik sangat besar sudu sekali suap dah abis.
  5. Kunyah dengan banyak, ikut sunnah 40 kali kan, tapi 20 kali pon ok.
  6. Suap sikit² supaya lambat abis, rasa macam makan banyak je kan.
  7. Berhenti makan sebelum kenyang.
Itu je lah, takde pon lari berkilo², atau menari-nari bak Hanis Zalikha, aku malas. Cer try, hehe. Tapi manusia ni, yg sedap itu kan nikmat (^_^)


 Photobucket

Wednesday, 10 April 2013

Lagu 'Sayang' Versi Tauhid

Kreatif betul budak² zaman sekarang, aku rasa budak² universiti la ni, time aku dulu, youtube pon tak berapa reti nak guna, nak taip esaimen pun pi CC, pastu lak sapa ada PC atau leptop memang loaded gila la time tu. Gila nak beli, leptop time tu dalam RM3K lebih. Pinjam dari kawan² yg kaya jelah.

Nak tengok smartphone pon pon jangan harapla, time tu Nokia 3310, banyak lagi la. kalo sapa ada yg screen kaler² tu kira hebatla. Zaman sekarang adik aku yg form 6 tu pon dah tergedik-gedik nak leptop, anak aku yg 5 tahun & 3 tahun tu pon dah ada android senirik..aku rasa naik darjah 1 nanti masing² ada iphone dah pa.

Aduihh, zaman dah berubah...huhuhu..kena sedar diri la. Sekarang RM250 free² ja kerajaan bagi kat mereka² yg bergelar student, utk family pon ada, RM500 lak tu. Padanla, gaji pon kui tinggi. Sara hidup pon tinggi. Kalo tak mana aku nak korek ratus² beli gadget kat anak² aku nanti. Konfim la kalo kawan² ada dorang pon nak jugak.

Bah, korang layanlah lagu² yg aku amek dari yutube ni.

 Parody 'Sayang' versi tauhid yg insaf

Parody dari 'Bobo' yg aku gelak sampai keras perut


 Photobucket

Tuesday, 9 April 2013

Gangsterism di Kalangan Remaja

Berikutan tuan punya blog nak amek exam PTD Sabtu ni, dan ada esei, maka tajuk entry pon haruslah seperti esei jugak ye..

Aku dah tau dah, semua mesti dah tengok video budak sekolah kena buli tu kan. Aku takmau tengok pada mulanya, tapi bila ramai² pakat share, dan nak cari pelaku atau gangster tersebut, maka aku pon tengok. Kot² la aku kenal, leh aku repot polis. Kuangjo punya budak kecik..

Kenapa aku tak nak tengok? Aku takut, takut dengan perilaku remaja zaman sekarang yang extreme, atau over. Remaja sekarang bukan macam zaman aku dulu, mereka sekarang obses, terlalu mengikut kawan, senang dipengaruhi ke arah perkara yang tidak baik, teringin nak cuba sesuatu perkara tanpa memikirkan kesan yg bakal berlaku. Gila tak takut..

Remaja perempuan terjebak dengan kes² bohsia, ikut boyfriend, pegi sana-sini merempit, menonggek atas moto boyfrend yg akan setia hujung nyawa konon²nya. Pastu buat maksiat, bertindik, kena rogol, kena raba, jadi geng syabu dan macam² lagi. Bila keadaan tak terkawal, termengandung ke, kena tangkap polis, baru menyesal seumur hidup.

Masa ni agak² sapa yg nak dipersalahkan? Parent dorang? Yg konon²nya sibuk mencari duit, terabai, mencari kasih sayang konon²nya. Helloo, anak cikgu pon ada masuk Henry Gurney tau. Lepas tu, parent lak salahkan guru. Sebab guru kena ajar anak mereka buruk baik sesuatu perkara, kena didik sampai berjaya. Bila kejadian berlaku di sekolah, lagilah pihak sekolah kena tanggung.

Bagi aku pendapat sebagai guru, jangan salahkan guru secara terus. Sebenarnya tugas guru di sekolah mengajar muridnya menjadi pandai, disiplin telah diaturkan di sekolah. Benda ni takleh, itu takleh, dan banyak benda takleh. Dan sifat semualajadi manusia ingin mencuba sesuatu yang baru, yang belum pernah dia buat. Masa ini, jika guru sedar, maka keadaan ungkin akan lebih dikawal. Pengajaran guru di sekolah adalah terhad, sangat² terhad. Zaman sekarang rotan atau cubit pon tak buleh.

jadi, sebagai ibu pula aku rasa, kita kena lebih tegas, sangat tegas dan kena tegas dengan anak. Biar anak tu kata ibu jahat, abah jahat (macam anak aku!) tapi aku tetap tegas. Garang memang trademark aku la katumah..haha. Takkan ada oran lain yg lebih mengenal anak kita melainkan ibu & ayahnya sendiri. Tapi budak sekarang cerdik, depan mak pak solat tak tinggal, kat luar air setan pon di teguknya.

Dunia sekarang penuh pancaroba, setiap perkara yg ibu bapa buat anak² akan ikut. Macam aku suka masak, anak aku pon itkut sama mulut bunyi ceng ceng..menggoreng la kot tu. Akupotong sayur dia pon nak potong gak. jadi, anak² akan mengikut teladan ibu & bapanya. Aku garang nanti anak aku mesti garang..huhu..

Zaman sekarang semua perkara tak payah cari, nanti akan datang sendiri. Contoh bergaduh..takde pon aku bergaduh kat umah, tapi anak aku bersilat macam apa tah lagi. Sebab banyak sangat dia tengok kat tv, kartun la, filem la. Malaysia pulak sering disogokkan dengan filem² berunsurkan jenayah, pergaduhan la, dadah lagi, mat rempit, rogol, tah apa maksiat lagi.

Nauzubillah, aku mohon Allah pelihara keluarga aku, anak² aku, supaya terhindar dari perkara² dunia yang melalaikan ni. Biarlah aku segarang singa, biar nenek² dorang marah sekalipon sebab aku garang sangat, tapi aku nak yang terbaik pada anak² aku. biar mereka jadi orang yang betul² memahami kehidupan yang sempurna. Aminnn...

* Kalau nak tengok video tu leh tengok kat youtube atau FB k. aku taknak upload, takut aku tengok.

Kiri: Aqil
Kanan : Afiy
Tengah : Abah (itu aku punya!)


 Photobucket

Jika Ayah Tiada

Salam semua,

Harini aku nak share lagu ni yg memang aku tak pernah dengar sebelum ni sebenarnya, tapi aku amik dari FB kak ngah aku, sebenarnya dia pon ada blog juga ---> SECEBIS KENANGAN

Bila aku tengok blog dia, dia pun buat entry yg sama..hihi..tak pelah kakngah, kita kongsi ye, ayah kita kan sama..hahaha..

YES! WE MISS OUR DAD.. takde abah sebaik dia di dunia ni, tanpa aku sedar, he's my everythings. Sejauh mana pon aku pergi, aku takkan berenti merindui abah. Dua tiga malam lepas, masa tu hujan lebat. Aku pejamkan mata nak beradu, sambil hayati bunyi air hujan yg melimpahi bumi..sekali datang ingatan aku ni pada rumah kami. Rumah yg kami membesar bersama, rumah yg sentiasa aku rindu gelak tawa mak & abah yg kuat bergurau. Rindu kakak2 aku,  rindu adik2 aku yg aku selalu marah. Terbayang pada detik2 hari raya yg aku lalui selama 24 tahun di rumah tu..Ya Allah, aku rindukan semua itu..

Aku rindu limpahan cahaya pelita yg mengelilingi rumah itu, dengan lampu kelip2 yg cantik, yg paling penting kami rasa tali persaudaraan kami. Ya Allah, Kau peliharalah abahku, ibuku dan saudara2 ku..peliharalah kesihatan mereka, murahkanlah rezeki mereka. 

Ingin sekali hati ni meronta-ronta, menjerit nak bagitau semua orang yang AKU SAYANG KELUARGA AKU...

Jika Ayah Tiada - Azhary

Anakku jika kau bangun dari tidur
Kau lihat ayah tiada
Lihatlah ke dapur ibumu
Disitu ayah tingalkan kedewasan

Sayangku jika kau bangun dari tidur
Kau lihat ayah tiada
Pandanglah pada kamar lenamu
Disitu ayah tingalkan kerinduan

Manjaku jika kau bangun dari tidur
Kau lihat ayah tiada
Hadirlah ke laman mainanmu
Disitu ayah tinggalkan kemesraan

Cahayaku jika kau bangun dari tidur
Kau lihat ayah tiada
Duduklah di serambi papan
disitu ayah tinggalkan harapan

Masa depanku jika kau bangun dari tidur
Kau lihat ayah tiada
Renunglah pada rumah kita
Disitu ayah tinggalkan cinta



 Photobucket

Tips Kurangkan Keputihan

Oh em ji..

Berentry-entry dalam sehari..hehe..rasa macam banyak giler nak dikongsi kat blog, tu tak masuk lagi entry cara² nak buat sambal gesek kegemaran aku tu..hahaha.. aku memang syok sendiri kat sini, blog aku kan, suka ati aku la kan..

Memandangkan aku sangat alegik dengan keputihan, jadi aku banyak survey & praktiskan petua² untuk mengurangkan keputihan ni. Dan yg paling aku rasa sangat berkesan lah kan dengan menggunakan asam keping. Ada tak yg tak kenal asam keping? memang tak perempuan tau kalo tak kenal..hihi

Ini adalah asam keping

Bahan² yang diperlukan:
- segenggam asam keping (cuci dulu, kang bertambah gatal lak)
- air dalam setengah periuk kecik
- garam 1 sudu kecil

Cara-cara:

- rebus semua sekali sampai menggelak. 
- biarkan sejuk atau suam² kuku, pastu cuci V dengan air rebusan ni. 
- atau campurkan dengan air suam² kuku, seberapa kerap yg boleh.
- bilas dengan air mutlak sampai bersih.
- lap sampai kering. Amalkan.

Cubalah pada Cik² dan Puan² di luar sana. Just nak kongsi maklumat je, mana tau berkesan. Ada yg guna air rebusan sireh, tapi tak berkesan kat aku..huhuhu



 Photobucket

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik