Tuesday, 19 March 2013

Strawberry Cheesy Cheese Cake


 Selamat petang semua,

Hari ni nak kongsi resepi yg asalnya diinspirasikan dari sebuah blog, tapi lain lak jadi kek tu, tak naik pun. Jadi, ejas sikit sana-sini, hasilnya cengginilah..

Pastu pandai2 boh nama kek ni Strawberry Cheesy Cheese Cake

Sebenarnya, ini resepi kek span biasa, kemudian dilayerkan ikut tone warna merah, setiap layer dilapis dengan cream cheese, kemudian tabur cheddar cheese kat atas. tu ygenak & lazat ;)

Resepi kek (untuk 7" loyang" :
  • 160g gula castor
  • 130g tepung self rising
  • 25 g tepung jagung
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 5 biji telur
  • 1 sudu kecil ovalet
  • 50g air
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil ovalet
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 80g minyak jagung
Cara-cara :
  • Ayak tepung dan baking powder.
  • pukul semua bahan kecuali minyak sampai adunan bertukar warna putih
  • masukkan minyak, kacau dengan spatula.
  • bahagikan kepada 4 adunan, warnakan ikut tona yg kita nak.
  • bakar setiap lapisan dengan suhu 150 darjah, selama 10-15 minit atau sehingga masak.

Cream Cheese frosting
  • 250g cream cheese
  • 250ml whipping cream
  • perahan lemon atau lemon paste
  • filling strawberry
  • cheddar cheese block
Cara-Cara :
  • Pukul whipping hingga kental
  • pukul cream cheese hingga berkrim
  • masukkan lemon paste, kacau hingga sebati
Kemudian, lapis macam biasa, setiap lapisan diletakkan flling strawberry, Tutup seluruh kek dengan cream cheese, tabur cheddar cheese yg telah disagat halus.



Photobucket

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik