Wednesday 27 March 2013

Say 'NO' To Caffein

Salam semua,



Start semalam, dengan bangganya aku telah melancarkan boikot sensorang aku pada minuman berkafein! Dengan bangganya ye ;p

Aku story sikit apa itu kafein :

"Kafein adalah sejenis dadah yang terhasil secara semulajadi dalam daun dan biji beberapa jenis tumbuh tumbuhan. kafein juga dihasilkan secara tiruan dan digunakan sebagai bahan penambah atau perisa di dalam sesetengah makanan"


"Kafein sering digunakan terutamanya dalam minuman ringan. Kebanyakan remaja sekarang begitu gemar mengambil minuman berkarbonat kola yang bukan sahaja mengandungi kafein tetapi juga kandungan gula yang tinggi. kafein juga digunakan dalam sesetengah ubat untuk merawat beberapa jenis penyakit. Antaranya untuk merawat sakit kepala, migrain, penyakit jantung dan mengendurkan saluran pernafasan dalam rawatan penyakit asma"
Ok, itu serba sedikit mengenai kafein. Dah memang jadi tabiat aku, memulakan hari anda dengan kafein.. macam iklan nescafe tu. Dari bila pon aku tak pasti, mungkin masa kat U dulu kot. konon2 nak stay up, last2 jangan harap..terbungkang tido gak sama ja macam org lain..

Kenapa aku suka minum nescafe? Kopi sangat kurang sebab kopi ada hampas, geli tekak nak minum. Antara sebabnya ialah minum nescafe buat aku rasa segar, tak mengantuk walaupon menguap, stamina yg meningkat, senang nak bancuh, rasa pahit manis tu memang best ;) erm..sedapnya nescafeee...


Masa pregnant pon aku rasa aku minum jugak nescafe ni, tapi untuk pengetahuan umum, pengambilan kafein bagi wanita mengandung akan meningkatkan risiko keguguran dan ketidaksuburan. Juga boleh menyebabkan kecacatan pada bayi. Hurm, bahaya kan..

Tapi aku rasa, nescafe bukanlah minuman kegemaran aku, tapi orang yg sering mengambil minuman berkafein akan rasa satu feel, rasa macam nak meleleh air liur kalo tak minum atau lebih senang disebut 'ketagih'

Ketagih - Kafein boleh membuatkan seseorang itu menjadi ketagih. Jika individu berbabit berhenti dari meneruskan pengambilan kafein, ia akan mengalami simtom pengunduran (withdrawal symptoms) seperti sakit kepala. Simtom ini biasa dialami oleh penggemar kopi dan sakit kepala ini akan hilang dengan sendirinya dalam masa satu hingga lima hari atau ia akan sembuh semula dengan meminum kopi kembali atau mengambil ubat. Kebanyakan penggemar kopi yang cuba mengurangkan pengambilan kafein akan mengalami rasa gementar, sakit-sakit, tidak berupaya untuk bekerja, lesu, mengantuk dan sakit kepala.

 Jadi, bermula semalam, aku berjaya tak minum nescafe selama 1 hari..hehehe.. dan hari ni dah masuk hari ke-2. Perit gak sebab kesannya ialah, mengantu ya amat sangat, tak menguap tapi mata berat. Rasa malas dan tak berupaya. Aduh..dahla banyak keja. Akhirnya, aku ganti minuman nescafe 'O' peng itu dengan Sarsi peng. Menjadi gak sebab warna sama hitam kan ;)

Kenapa aku nak berhenti minum kafein? Sebab minuman ini akan menyerap zat-zat atau vitamin yang kita ambil, jadi kesan memang tak nampak. Bulan ini,aku namakan bulan kesihatan, sebab bajet bulan ni untuk beli supplement je. Aku dah order Aurawhite sebotol, Shaklee ape tah nama, susu Anlene 1kg..hmm..punya bersmangat!

Gogo mummy! You can do it! Hehehe..




 Photobucket

No comments :

Post a Comment

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik