Friday, 28 September 2012

Tempahan Kek

Ini serius!! nyanyi ala-ala wonderpet..

Kadang2 rasa macam pandai jugak aku ni buat kek. Jadi rasa cam nak jual kek je. Jadi kalo ada yg menempah tu silalah emel saya k.

emel : nizasri@gmail.com

Hanya Kota Kinabalu, Sabah.


Snow Cheese Cake 9 inci
RM50.00

Kek Karamel Pelangi 9 inci
RM38.00

Oreo Cheese Cake (Bake/freeze)
RM50.00

Yang lain2 akan diupdate kemudia k~


  Photobucket

thepoplook.com

Salam semua,

Welcome October ^_^

Sekejap kan masa berlalu, dah masuk oktober sekarang. Ok, disebabkan aku ni suka sangat surf internet, dan kebanyakan barang2 atau baju2 dan tudung2 semua online. Bukan apa, aku ni rajin berjalan, gi shopping mall pun selalu sangat, tp aku tak pandai pilih. masa kat kedai tu aku nampak semua buruk, tambah pulak dengan 2 org budak yg berlari-lari pi mai pi mai, payah tui nak menyopping sakan.

Sekarang, aku jumpa pulak 1 online shop yg memang  best, sebab dorang ada jual dress, tops, pants, rompers dan lain2 yg sangat cantik dan mura harga berpatutan!


cubalah tengok2, best gak. aku dah beli 3 item from this mall.

Julie Chiffon Maxi Dress - Yellow
POPPY

RM 76.00

Chiffon Maxi Dress - Cobalt Blue
Pop Selection

RM 66.00

yang bestnya, FREE POSTAGE

jadi kalo suka pakai dress, nak harga bawah RM100 sila lah ke thepoplook.com 

  Photobucket

Monday, 17 September 2012

Ambil Gambar Sendiri

Kadang2 aku memangtak dak keja, amik iphone en. somi, amik gambar sendiri ;)




Siap paksa hanbend lg amik gambar sama2





 Harharhar
Photobucket

Sunday, 16 September 2012

Kenangan masa kecik

Ketawa betul org2 yg kenal aku tengok gambar ni...mentang2 la masa ni zaman perang jepun, kulit aku seputih dodol, hampa gelak2 kan aku yea... sampai aku pon nak tergelak tengok ;) hahaha

♥ Tak ingat dah ni umur berapa la aku masa ni, mungkin dalam darjah 5 kot.. time ni main gila2 punya, zaman budak2 memang seronok, panjat pokok, terbey kera, masuk amik getah pokok org buat pemadam, main masak2, main chaplong, main rounders, tangkap ikan, main hujan, main polis tantri, aci ligan, nyorok2, macam2 lagilah permainan budak kampung.
Banyak permainan budak laki kan, kawan seumur aku lelaki ja situ, jiran terdekat, yg pompuan semua muda2, semua takmau kawan ngan aku, sebab kena buli ;p
 
♥ Yang ni lak gambar dengan sepupu2, aku yg belakang, pakai skirt pendek tu. Muka macam samseng kan, nasib baik besaq jadi cun ;p hahaha
Photobucket

Tuesday, 11 September 2012

Rahsia Tarikh Lahir

Seronok jugak buat benda ni kan, nampak cam mengarut, tp jangan terkejut ada yg buat tesis atau kajian tau. aku try gak tarikh lahir aku, ada gak yg kena, sebab semua ni orang buat kajian kan.

Tarikh lahir : 14 Februari 1983

Mazniza ,
Anda sememangnya HEBAT dan berhak menjadi HEBAT. Apa yang anda hanya perlu lakukan ialah kenali diri anda, gilap dan serlahkan potensi yang telah anda kenalpasti serta perbaiki perkara-perkara negatif yang terdapat di dalam diri anda
Bersama dengan ilmu serta tunjuk ajar daripada mereka yang telah berjaya, buat plan-tindakan dan bersungguh-sungguhlah melaksanakan plan-tindakan anda itu. InsyaAllah, berkat usaha anda yang berterusan yang tidak mengenali istilah putus asa serta doa yang tidak putus-putus kepadaNYA, anda akan berjaya memperolehi apa yang anda angani dan citakan.
Sedikit mutiara kata untuk dikongsi sebagai perangsang kepada anda yang HEBAT ini:
"No matter how bad it is and how bad it gets, you're going to make it."
"Winners never quit, quitters never win."


Tafsiran Tarikh Lahir Untuk : Mazniza (Tarikh Lahir : 14-2-1983)
Nombor Peribadi :
1
Elemen :
Logam
Ciri Utama :
Sendiri
Sinopsis :
Disukai kerana kepimpinannya, namun bersendirian.
Tafsiran Umum Peribadi :
Bijak, pemimpin, pandai menganalisa orang, kreatif, banyak idea.
Warna Yang Sesuai :
Kuning, perak dan putih.
Status Body Mass Index (BMI) :
21 => Normal (mempunyai berat badan yang ideal). Kekalkan gaya hidup yang sihat melalui pemakanan yang sihat dan seimbang serta bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
Masalah Kesihatan Berkaitan :
Masalah pernafasan, paru-paru, asma, alahan kulit.


PERINCIAN ANALISIS PERIBADI
################################
- Boleh memimpin dan menarik penyokong, berakhir dengan tekanan. Panas baran, kurang penyabar, perlu kembali ke rancangan awal secara berterusan. Perancang yang baik, teratur, tetapi kekurangan dari segi perlaksanaan. Sibuk ke sana sini, banyak tekanan, tetapi membawa kejayaan.

Terlalu mudah mempercayai orang, mudah ditipu. Selalu keluar dan tiada di rumah/pejabat.  Bergaul dengan orang kenamaan/VIP, mudah mendapat kepercayaan orang atasan. Duit banyak dihabiskan untuk belanja orang atasan/kenamaan. Mudah disabotaj dan mensabotaj. Mempunyai daya tarikan yang tinggi, pelaris semulajadi. Mudah terbabit dengan cinta 3 segi, mudah disabotaj. Sesuai menjadi jurujual, agen pemasaran, ahli politik dan artis. Bakat pada suara, boleh bercakap dengan laju, spontan dan berhujah. Cakap lepas dan pedas. Sesuai menjadi guru, pensyarah, penceramah, ahli politik, pemasaran, penyanyi. Cepat mencapai kejayaan tetapi cepat juga jatuh.Memiliki gerak hati, ilham, firasat dan muslihat.Banyak idea, tercari-cari kekayaan/kejayaan, mudah bosan dan terlalu suka berangan.


PERINCIAN ANALISIS KERJAYA
################################
(KERJAYA SESUAI)
Firma perundangan, bank, institusi kewangan, pajak gadai, pejabat kerajaan, senjata, memburu, lawan pedang, peralatan senaman, industri automotif, perkakasan elektrik, tenaga kerja industri kewangan, agen bursa saham, penguatkuasa, polis, pusat sains dan penyelidikan, alat jentera, pengangkutan, kejuruteraan, perlombongan, barang kemas, pengawal keselamatan.

(KERJAYA TERBAIK)
Perabut, kertas, pendidikan, perpustakaan, pertukangan, pakaian, kebudayaan manusia, buku, studio rekaan, fabrik, penanaman, perladangan, hortikultur, perkebunan, perhutanan, kilang papan, perubatan, hospital, keagamaan, pelukis, doktor, ahli farmasi, guru, profesor, penerbit, pegawai perhubungan, pentadbir pejabat.


"Mengenali Potensi Diri Melalui Tarikh Lahir"


  Photobucket

Monday, 10 September 2012

Selamat hari Lahir Aqil


Alhamdulillah.. syukur pada mu ya Allah
(entry ini penuh emosi)

Tanggal 11 September 2008, lahirlah seorang bayi yg sangat comel,
masa sakit datang membuak-buak, ibu ingatkan ibu kena keracunan makanan, asyik ulang-alik ke tandas. Rupaya dah sampai masa ibu melahirkan zuriat ibu & abah yg pertama.

Tiba je di Hospital Yan, doktor cakap takleh proceed, kena hantar ke hospital besar, marahnya ibu masa tu. Nak je jerit, "weh, aku sakit la..nak hantar sana-sini lak!!!" hehe
Tak sangka, itulah juga kali pertama ibu naik ambulans, yg sangat laju dan merempit tu.

Akhirnya, selamat juga ibu lahirkan seorang bayi lelaki, Muhammad Aqil Haziq yg sangat comel ^_^
Dah 4 tahun berlalu, aqil pun dah besar, dah petah bercakap. Ibu hanya berdoa, ibu dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dan dikurniakan kesabaran yg tinggi dlm mendidik anak2 ibu menjadi seorang yg berjaya.

Ibu sangat garang, aqil selalu kena marah dgn ibu, tp aqil tak penah marah, amik hati, atau merajuk dengan ibu. Sebab bg anak2, ibu bapa adalah tempat berlindung yg amat selamat. Maafkan ibu, abah kata ibu ni sukar kawal marah, tangan dengan mulut sama ja cepat. InsyaAllah, ibu akan berusaha tidak marah aqil lagi.

Terima kasih Aqil, kerana sanggup susah & senang bersama ibu & abah, kita bukan org kaya, tapi ibu & abah akan berusaha memenuhi segala keperluan aqil & adik. Walaupun tidak sesempurna mana, tp ibu bersyukur dengan apa yg kita ada. 

InsyaAllah anakku, selagi Allah panjangkan usia ibu, ibu akan terus menjadi pelindungmu, ibu akan jadi penjagamu, sehingga masanya sampai untuk aqil berdikari. Ibu akan terus berusaha mencari duit, untuk membeli mainan igauan aqil tu. sikit2 mainan, itu je yg aqil impikan. Kadang2, bukan ibu & abah takmau beli, tp aqil main tak sampai sejam, pastu asyik nak buka tayar je. Kalau aqil tak dapat buka tayar, aqil nasngis suruh ibu yg bukak. tu yg kena cubit tu.

Ibu tak pernah mohon aqil menjadi Perdana Menteri 1 ari nanti, tapi cukuplah ibu iring doa supaya aqil menjadi anak yang soleh, taat pada perintah Allah, cintakan agama sedalamnya, menjadi orang yg berhati mulia. 

Untukkmu anakku, ibu tidak akan berhenti menyayangimu selagi hayat dikandung badan. Ibu bangga ada nak macam Aqil. Sayang anak ibu~


Photobucket

Sunday, 9 September 2012

Maksud Nama Mengikut Tajul Muluk

Dah malam2 ni, tiba2 jumpa lak benda alah ni. jadi aku buat nama aku dengan suami, mencari maksud nama kami. ada nama aku zingy.. apa tu?? ntah la.

MAZNIZA
MMesra
AAmanah
ZZingy
NNaif
IIkhlas
ZZingy
AAlim
Apa ada pada nama?

Nama hubby comei aku
ASRI
AAmanah
SSuci
RRamah
IIkhlas
Apa ada pada nama?
Photobucket

Friday, 7 September 2012

Kan dah kena marah!

Aku ni anak ke-3, kalau ikut tajul muluk, anak ke-3 ni sinonim dengan sifat marah. dulu² aku tak percaya jugak, sebab aku perasan sendiri yg aku ni cool ;p tapi itu hanya DUSTA. Sekarang aku dah terima hakikat aku ni memang cepat marah, tp cepat cool dan bukan pendendam.




Masa zaman muda remaja, sesuka hati je aku nak marah org. paling aku ingat, masa di U, ulang-alik Guar – KL. Penah abah beli tiket tp tak tulis no.seat, tp tiket rasmi bas ekspress ****tak ingat dah nama bas. Tunggu punya tunggu bas berkenaan datang, aku masih tak dapat seat. Dengan berani aku p sound yg maha dasyat pakcik kaunter tu, menipu aku. Sebab rupanya seat aku tu seat bas extra. Seat yg abah aku beli tu dia dah bg kat org lain, geramnya aku. Sudah pakcik tu kena jerkahan aku, abah aku pon marah dia. Padan muka! Pastu aku dengar abah gtau kawan dia, “anak aku ni memang garang…”

Kes ke-2, pakcik bas yg sama, memang aku suka marah pakcik ni. Macam biasa, abah beli tiket, bila bas sampai, aku pon nonong la nak naik bus. Pastu aku dengar dia pesan kat driver bus tu, “hg sampai ipoh nanti, suh dia turun naik bas pi KL”..kuang hajaq, aku beli tiket nak pi KL pakcik gemuk oii, naper lak aku kena turun ipoh? Tanpa rasa hormat pd org kategori tua, aku sound direct kat pakcik tu, “kenapa saya kena turun ipoh lak, saya nak p KL…bla…bla..bla..” pastu, driver bas tu kata, “kalau hingaq² lagu ni, naik bas lain la”..lagi sekali aku suh abah aku marah pakcik gemuk dan boroi tu lagi…hamek kau! memang aku dapat tiket bas lain pon, ada rupanya tp saja nak buat naya org. tula padahnya org jahat, kena marah ngan aku!

*************************************************************
Sehari 2 ni, kat pejabat pos laju KK, sama gak jadi. Aku dapat 4 tracking dalam note pos laju tu, aku nak p amik la. Dah bg pada kerani kaunter, tunggu nak dekat ½ jam, dia keluar bg 2 parcel ja. Aku kata, “mana lagi 2?” dia ckp, “4 ka tadi?macam ada 2 tracking saja bah”.. aku kata, “ada 4 tracking, check balik”..masih lagi dgn adat kesopanan melayu terakhir. Dia jawab, “ndak apalah, ko tunggu sekejap, dorang tengah cari lagi tu”. Aku pun duduk, tunggu dalam 15 minit, aku dah tak tahan. Rasa semak perut, dlm kepala aku dok pk apa aku nak maki kerani ni. Tp hati baik aku kata, jangan marah, cakap elok²..ok, aku akan cakap elok². Kerani tu keluar je, aku terus terjah, “ada barang sy lg 2?” dia jawab, “2 saja tracking ada td”.. aku rasa cam darah aku dah sampai kat perut, aku jawab “ada 4 tadi, ko check balik, mana sy punya tracking td?” dgn muka slamber dia jawab, “teda sudah ooo, suda kami cari kami koyak ja tracking tu”.. kali ni memang  darah aku sampai kepala! Kerani tu berjalan kearah pintu, aku tengking sekuat hati aku, macam aku marah kat dlm kelas tu, “KAU KALO NAK KERJA, KAU KERJA ELOK² HAAA!” yes, aku menjerit tnpa segan silu, dan sora aku bergema 14 kali sbb pejabat pos laju tu tertutup, econ dan penuh dgn org yg rata²nya hanya pandang aku dengan muka terkejut. kerani² yg lain pun gelabah mula buat keja masing². Uihh, gila sakit hati. Kita tunggu sejam dan last sekali dia kata dah koyak tracking tu. Memang kenyang kerani tu makan jerkahan aku. Sora aku memang kuat, tersangat kuat! Amek kau…

Pastu aku blah..tak kuasa aku nak tunggu situ. Semua mata pandang arah aku, semua bangsa ada dlm tu. FYI, keistimewaan org Sabah ni pertuturan dorang sangat lembut wpon dorang marah. Sora dorg takkan tinggi mcm sora aku. Yelah, aku org Kedah, loghat paling kasar di Malaysia ni loghat kedah tau! Dan org kedah rata²nya bersuara nyaring dan lantang. On the way balik, customer service pos laju telefon, dan sekali lg hamburan kemarahan aku meletus. Nasib ko la! Tp aku rasa dia tak paham apa aku maki, sebab aku dgr dia cakap Sabah pon pelat², takkan dia dpt tangkap percakapan aku yg Sabah ala Kedahan ni…huahuahua..tak kesah la, yg penting hati aku PUASSS!!!



  Photobucket

Thursday, 6 September 2012

Untung Ke jadi Cikgu?

Assalamualaikum wbt..

Entry ini bukan untuk mengutuk guru, sebab aku bangga aku seorang guru~

Baru² ni, masing² sibuk sebarkan entry 1 blog yg penulisnya berani menulis pendapat beliau tentang untungnya jadi sorang guru. Aku pon ada baca jugak, dan pendapat aku blogger ni memang takde keje, sebab menulis panjang lebar tentang profesion guru ni.

Mungkin sebab utamanya ialah permohonannya utk menjadi guru telah direject! Jadi dalam hati dia kata, “elehh..bukan best jadi cikgu. Cikgu ni b la..bla…bla..” hihi

Tapi ada jugak kata² dia yg betul. Cikgu ni sangat dihargai oleh kementerian. Tapi dia tak tau kenapa cikgu dihargai lebih dr profesion lain, sebab kerjaya cikgu banyak kekurangan. Percaya tak????

  1. Kerjaya cikgu tak ke mana. Korang ingat keje lama² jadi cikgu, pastu lama² akan jadi pensyarah, kendian dekan, then lagi..lagi…dan lagi? Hohoho, a teacher will remain teacher, until….? Cikgu bukan macam PTD, aku penah keja di bahagian HR 1 kementerian (kerani cabuk jer). Seorang PTD akan pegang M41 dalam masa 1-3 tahun, tahun ke-4 akan terus dipertimbangkan ke M44, either memangku or hakiki. Tapi cikgu, ade ko tau? 8 tahun baru boleh naik dari DG41 ke DG44. dalam masa 8 tahun tu, silap² PTD dah naik M48. sedangkan sama juga belajar di U, price of the degree are still the same. Rugi kan jadi cikgu. (aku amik contoh je jawatan PTD ni ye)
  2. Cuti? Ada cuti sekolah, setiap penggal ada cuti kan. Korang tau tak kelayakan cuti tahunan bg sorang cikgu hanya 7 hari setahun, kalau nak dibandingkan dgn gred 41 yg lain hingga 30 hari setahun. Tu belum di tolak kes² kecemasan mcm sakit demam anak, isteri, suami, bawa anak pegi klinik, konvo, dan lain² hal kecemasan. Bila dah di tolak tambah –ve cuti cikgu tahunan. Untungla org lain, dapat kumpul cuti tahunan utk dimasukkan dlm GCR, cikgu² ade ke? Ingat cuti sekolah leh kira dlm GCR? Untung ke tu?
  3. Gaji? Ada yg kata gaji cikgu ni banyak, tak padan ngan bebanan kerja. Memangla, itu memang hak guru, cth guru gred DG41, memangla gaji RM2k+, sepadan dgn kelayakan ada ijazah. Gred 41 lain leh dapat mcm tu, nape guru lak dipertikaikan? Aduss, kdg2 ujung bulan –ve tau gaji cikgu ni. Untuk sekolah² besar di Bandar mungkin untung, segala fasilities legkap dan dijaga. Bagi guru² yg mengajar di SKM atau luar bandar macamana? kadang² mesin fotostet rosak, lembaran kerja murid pon fotostet di kedai, kdg² kertas peperiksaan murid pon fotostet di kedai. Bayangkan 1 subjek 4 mukasurat, utk kertas 1 & 2, ada tahun 1,2,3. 1 kelas paling sikit 20 org, cer math sikit… korang ingat cikgu² ni takde family, nak beli lauk-pauk, susu anak, bayar kereta, rumah dan lain²?
  4. Blogger? Ingat cikgu² ni kurang ilmu IT? Tau tak ada cikgu² IT di sekolah? Tau tak ada cikgu² ni ngajar B.M tapi degree/opsyen IT? Sekarang ni zaman IT, semuanya di hujung jari. Korang ingat cikgu sekarang masih hantar data dengan fail? Semua dengan IT tau, nak key-in data murid Semua online, markah, masalah disiplin pon online tau. Bersyukurlah, nak juga cikgu² kongsi ilmu mereka dengan dunia.
  5. Side-income? Saranan PM kita, janalah kewangan kamu di hanya di hujung jari. Wahai engeneer dan profesion lain, apakah itu di hujung jari? Tuition? Kalo bukan tanggungjawab guru, sapa lagi yg sudi buka pusat tuition? Engeneer? PTD? Kalo ko nak sape² pun boleh buka pusat tuition tau. Cuma bg guru, rasa tanggungjawab pada anak bangsa lebih tinggi. Murid adalah customer kami. Sama juga engeneer merekacipta bangunan, focus dia mesti lah pada bangunan tu kan, mesti dia nak bangunan dia berdiri megah dan boleh dibanggakan. Macam tukang kebun, tanggungjawab pada pokok², mesti dia nak pokok dia merimbun mekar kan. Jadi salah kah guru nak mendidik murid supaya menjadi berjaya, jadi org yg berguna, menjadi sesuatu kebanggaan bila melihat anak murid Berjaya. Kalo tak, takkan la jurulatih perenang negara, si Pandalela tu menitiskan air mata bila Pandalela dapat pingat gangsa kan?

Guru-guru ni bukan meminta untuk dihormati, cukuplah kami diberi ruang untuk berkhidmat dengan aman. Ini tidak, masing² menuding jari ke sana-sini. Hak guru sekarang tersangatlah kecil, mendidik dengan had dan arahan yg mesti dipatuhi, merotan tidak dibenarkan sama sekali. Tapi impian guru utk melihat anak murid Berjaya sangatlah tinggi. Bohonglah kalo aku kata takde guru yg curi tulang, yg malas.

Allah kurniakan manusia dengan akal dan fikiran yg cukup lengkap, sifat² manusia juga pelbagai. Adalah normal bg seorang manusia ada kekurangan dan kelemahan diri, manusia ini diciptakan tidak sempurna. Bergantung pada kemahuan dan kehendak masing². Jika lurus pilihannya, luruslah jalannya, jika bengkok pilihannya, maka bersimpang-siurlah kehendaknya. Jangan pertikai halal haram rezeki hamba Allah itu, kerana rezeki yg kita miliki belum tentu pasti kesahihannya.

Wallahualam..

  Photobucket

Saturday, 1 September 2012

Reti ke aku ber'twitter' ?

Sejak FB dan twitter ni, masing2 nak beli handphone baru, macam2 ada skang. iphone la, blackberry la, macam2 tul. aku ja masih pakai Samsung Corby pink tu, takde nak FB pon, caj mahai!

Jadi skang, saje nak follow artis konon2 nye, aku buat akaun twitter..gue ade twitter tu! hehe

Sape nak bertweet ngan aku silalah cari ye di sini

https://twitter.com/Niaasriiza

tu pon aku tak pandai pon, keje ucap selamat hari raya je.

Tapi aku ada add artis, pelakon @nadia nisaa. rupenye dia ada blog, cer korang tengok sini.

http://icagoing30.blogspot.com/

best gak la baca blog dia, tak macam baca blog artis pun.


  Photobucket

Aktiviti Selepas Raya

Seronok bercuti kan, tambah2 balik bercuti di kampung. Suasana yg nyaman, sejuk, angin kuat, tapi nyamuk banyak, sian anak2 aku yg kecik comei tu sensitip, kena gigit nyamuk sikit naik kudis ;(

Alhamdulillah, balik kampung kali ni senag jugak nak gerak, sebab pakcik ku bg pinjam kereta. Kami kalo balik kg, takde kenderaan, motor je, jadi dapat pinjam kereta pakcik senang sikit nak bawak budak2 jalan sana-sini.

Dah nak dekat balik tu, aku bawa anak2 jalan2 tepi batas, ada sungai yg dah kering air, sebab kemarau kot. mungkinla, takpon org buka air ke sungai..hurmmm, leh jadi gak. memandai-mandai je aku ni..

i'm not a photographer, jadi gambo tu takde lah secun annas easkey tuh...


: the kiddy shoes..very the cutest kan ::

: the eldest son :

: go go lil boy! :

: scene behind my kid is Gunung Jerai :

: let's show the jajan :


Little kids are always cute right!
Photobucket

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik