Saturday 28 July 2012

Hari Pertama Terawih dengan anak-anak

Assalamualaikum & salam Ramadhan ~

Dulu, masa sebelum kawen, rajin tul aku ngan adik-beradik gi terawih, tak miss, kecuali malas ;p lepas kawen, kali pertama Ramadhan masa pregnant, hubby pon jauh masa tu, buat gak terawih tapi di rumah je..
memang tak pegi la terawih kat surau atau masjid, sebab ada baby, susah wooo..

Sekarang, setelah anak sulung umur 4 tahun, anak ke-2 umur 2 tahun, aku ajak suami gi terawih.

malam pertama terawih, anak² aku sangat baik, kembang hidung masa tu, sebab budak lain pon ada, tapi melilau merata, sampai org tengah solat pon dia lalu kat sejadah. anak² aku tak buat, aqil akan lalu kat belakang kalao nak jalan. adik lagi la dok diam² ja..hikhik..

Hari ke-2 terawih, belang mula menonjol, aqil leh baring² kat sejadah masa solat, masa jemaah rukuk dia di tengah² saf, ayyakk!! abah dia kata, aqil cekik abah masa bah tengah solat.. memang kena cubit, tapi pikir balik mungkin dorang boring, taktau watpe.

Jadi, keputusan dibuat, hari ke-3 no more terawih di surau. kesian anak², bila dorang buat hal, dorang gak kena cubit,. rasa cam pentingkan diri lak, sebab nak solat terawih di surau dorang kena marah², sedangkan solat boleh didirikan di mana² sahaja kan..

Jadi, terawih di rumah je lah,...

Selamat berterawih semua~

Aqil, ibu adik

  Photobucket

No comments :

Post a Comment

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik