Friday, 2 September 2016

[Resepi] Kek Coklat Cheese Berhantu

Assalamualaikum semua...

Woww..... nama macam menggerunkan pulak kan. Dari mana asal resepi ni pon tak pasti. Idea asal tidak diketahui. Tak rugi siapa yang mencuba sebab memang sangat sedap!!!!

Sebenarnya kek ni kek coklat moist biasa je. Boleh jugak kita guna resepi kek lembab yg kukus tu. Yang istimewanya kek ni dilapisi dengan cream cheese leleh di tengah2 lepas tu di banjiri dengan topping coklat yang superb sedap.

Ok, kat sini macik bak share 2 jenis resepi kek coklat yang boleh di gunapakai. Nak kukus boleh nak bakar pon boleh k.

Resepi Kek Coklat 1
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula kastor / perang
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan tepung gandum (ayak)
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk baking soda
  • 2 biji telur
  • 1 sk esen vanilla
--------------->>> Cara : masukkan koko, gula, susu pekat, susu cair, minyak masak dalam periuk dan masak dengan api perlahan sehingga likat atau gula hancur. Tak payah sampai mendidih nnti hangit di bawah. Angkat dan sejukkan. Blend telur bersama esen hingga sebati. Masukkan telur dalam adunan coklat tadi dan kacau sebati. Kemudian masukkan tepung bersama baking powder dan baking soda. Kacau sampai sebati.

--------------->>> Guna bekas aluminium foil. Tak kisah kecik atau besar. Kukus 30 minit atau sampai masak. Sejukkan

Resepi Kek Coklat 2 :
  • 2 biji telur
  • 1 sk esen vanilla
  • 3/4 cawan gula kastor / perang
  • 1 sb ovalette
  • 1 sk chocolate emulco (option)
  • 1 cawan susu cair / segar
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk baking soda
  • 1 cawan minyak
  • 1/4 susu air panas mendidih
----------------->>> Cara : Masuk telur, esen, gula, ovalette dan emulco dalam bekas dan pukul dengan speed sederhana sehingga gebu. Dalam 5 minit. Kemudian masukkan susu cair/segar. Kacau sebati dengan spatula/ senduk. Masuk tepung, koko, baking soda dan baking powder yang dah diayak. masuk minyak dan kacau sebati. Last sekali baru masuk air panas tadi.
---------------->>> Boleh kukus dalam masa 20-30 minit atau bakar secara waterbath hingga masak. Api 170 darjah atas bawah. Atau boleh juga bakar terus 150 darjah dalam 20-30 minit.

 

 RESEPI CREAM CHEESE
  • 250g cream cheese
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 5 sudu besar susu cair atau whipping cream


RESEPI COKLAT GANACHE
  • 200g coklat masakan
  • 200g whipping cream
  • 1 sb butter
  • 2 sb golden syrup / madu
------------------>>> Panaskan whipping cream hingga mendidih di tepi-tepi. Kemudia tuang dalam coklat, butter dan syrup. Kacau sebati hingga cair sepenuhnya.

Dah siap!!! Yummyyyyy

 Photobucket

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik