Friday, 2 September 2016

[Resepi] Ddukbokki Spicy Rice Cake

Assalamualaikum wbt...

Sejak dua menjak suka tengok cerita Korea ni, terpengaruh jugak macik dengan Korean Food ni. Nak disebut memang tak pandai, macam boleh terbelit lidah macik menyebutnya.

Haritu teringin nak makan, terus ajak encik shuben ke Imago. Nama kedai yu DUBUYO. Muncung-muncung mulut nak nyebutnya. Tapi sebab teringin nak cuba ku paksa jgak shubenku masuk restoran ni... thank you encik shuben.

Tapi macik pon confuse apa yg macik order haritu hahaha...tapi konklusinya korean food memang agak mahal la. Sekali sekala bolehla kan. Tapi sebab tak puas hati insyaAllah next time nak try lagi di 1 Borneo, KIMBAB Restaurant pulak.. Jom encik shuben busyuk basham...

Harini nak share resepi yang macik buat haritu. Ddukbokki ataupun spicy rice cake ala-ala malaysia taste ;p



Mula-mula buat dulu RICE CAKE.
  • 2 cawan tepung pulut
  • secubit garam
  • air secukupnya
Cara-cara:
  • sediakan periuk dan isi air separuh periuk. Masak air sampai betul2 mendidih.
  • semasa proses menunggu tu, campurkan air ke dalam tepung sikit-sikit. jangan boh banyak terus k. sampai boleh uli sahaja dan tak lekat di tangan.
  • gentel tepung dalam 3 cm panjang dan masuk dalam periuk air mendidih tadi. Masak sampai timbul. Angkat dan rendam dalam air kosong supaya tak melekat.
  • Ok, dah siap rice cake kita.
 Bahan sos:
  • 1 biji bawang besar (potong dadu ke ikut suka pon tak pe)
  • 3 ulas bawang putih
  • sayur-sayuran (kobis / carrot )
  • fish cake / fish ball / isi ayam / crab stick
  • serbuk chilli
  • kiub pati ayam
  • garam / gula
  • mozzarella cheese (option) kot2 nak rasa keju
Cara-cara :
  • Tumis bawang besar, bawang putih. masukkan fish cake / fish ball / isi ayam / crab stick. Masuk air rebusan rice cake tadi. Masuk 2 sudu besar serbuk cili atau lebih kalau nak pedas. Masuk kiub ayam, garam gula. tunggu sampai betul2 pekat.
  • masuk sayur.
  • akhir baru masuk rice cake.
  • last option masuk cheese masa masih panas...

 Photobucket

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik