Wednesday, 21 September 2016

[Review] Mee Woo Resort, Keningau

Salam 1 Malaysia,

Tengah viral sekarang, resort baru buka di Keningau. Takdelah dekat sangat dengan tempat tinggal saya ni, dalam 2-3 jam jugaklah nak pegi. Tapi cuti sekolah seminggu baru2 ni, bawaklah anak2 pergi mandi manda dan short vacation sana.

Kami booking melalui phone call je. Booking 1 bilik jer. Yerlah berapa orang je kami kan. Check-in sini jam 2.00 petang ye, check-out jam 12.00. Harga masa kami pergi masih lagi dalam promosi RM200.00 semalam. Ada yang kata agak mahal. Tak pastilah kan, macam standard rate jugak aku rasa. Lepas September katanya harga naik lagi. Tak tau berapa nnti korang check kat website or Facebook dorang.


Ada anak dugong terdampar ;p

Ini lah yang paling best sini, ada mini water park. Kecik jer sebenarnya. Tapi sebab tempat baru, facilities semua baru dan cantik lagi + bersih. Yang tergelaknya kami ni tak perasan anak-anak dah besar. Sekali tengok si Hafiy punya swimming suit dah ketat cam dugong dah rupanya.


Keliling memang kawasan perumahan. Jadi pemandangan dari bilik hanyalah bumbung rumah orang. Tapi dari kejauhan kita nampak jugak Banjaran Crocker.




Sementara tunggu anak-anak main air, sempat aku order makanan dari cafe yang ada kat situ. Not bad harga dia. Spagetti carbonara RM13.90. Set chicken wing + fun fries RM10.00. Coca cola RM4.00.





Kakak Hanan dah main air dah. Pastu lepak-lepak tengok abang2 main air.


Kat sini jugak ada kemudahan sauna dan gym. Free jer. Masuklah dan main. Tapi sempat ke korang? Aku memang tak sempat lah. Sempat tengok jerlah. Juga disediakan spa untuk yang berminat dan tidak termasuk dalam package. Maksudnya siapa nak berspa bayar asing-asing.







Jadi yang berminat boleh terus call utk booking k.

087-337108 - Receptionist Mee Woo Resort
 
Photobucket

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik