Monday 5 September 2016

[Resepi] Naan Cheese Overload Sedap Melampau

Assalamualaikum wbt,

Siapa suka cheese sila angkat kening ;)

Macik ni memang obsess sangat dengan cheese. Tah kenapa perut ni versi obersea pulak sekarang.. huuhu. Tapi kalau time lunch tak pulak teringin sambal belacan campur cheese...phuhhhh. Nasib cari belacan ngan asam jawa jugak.

Tapi kalau bab kek, keju je terbayang.
Jadi harini ai nak share resepi Naan Cheese super sedap. Super gebu. Super cheese overload (bergantung pada kuantiti cheese korang boh la k)

Ok sekarang kita tengok bahan-bahan yang diperlukan.

Mula-mula, campurkan semua bahan ni:
  • setengah bungkus yis serbuk mauripan (dalam 1 1/2 sudu)
  • 100ml susu segar suam/ air suam kosong + 1 sb susu pekat
  • 1 sb gula 
--------> satukan dan kacau sebati. Biarkan berbuih.

Dalam bekas yang lain:
  • 300g tepung gandum (untuk 6 keping roti ye)
  • 1 sudu kecil baking powder 
  • 2 sb butter / marjerin
  • secubit garam
--------> Gaulkan dengan hujung jari sampai jadi serbuk roti. Dah gaul rata, masukkan bancuhan yis yg dah berbuih tadi. uli sampai tak lekat di tangan. Kalau Macam keras tambah air sikit-sikit. Tak payah uli sampai sado tangan, cukup adunan sebati dan tak lekat di tangan. Kalau nak uli sampai licin adunan pon boleh je, takde masalah.

--------> Biarkan setengah jam hingga adunan kembang double. Saya simpan dalam oven yang tak on. Cepat je kembang tau.

--------> Parut keju Mozarella (250g) atau beli je yang dah siap parut tu. Mahal sikitlah kan. Lagi banyak lagi sedap. Saya selalu campur dengan cheddar cheese yang diparut. Rasa lemak-lemak sikit. Kenapa mozarella? Sebab ada effect tarik tu yang macam chewing gaum ;p


-------> Bulat-bulatkan adunan dalam 80g - 100g setiap satu. Boleh dapat dalam 6 biji. Leperkan dan masukkan cheese sebagai inti. Kemudian bulatkan semua. Dah siap semua biarkan seketika dalam 15 minit. Leperkan dan boleh goreng dalam non-stick pan guna api slow k.

-------> Jangan lupa sapukan butter masa menggoreng k baru nampak cantik dan lembab2 sikit.
Dah siap leh cicah ngan kuah kari. Makan camtu je pon dah sedap terlampau ;)



 Photobucket

No comments :

Post a Comment

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik