Assalamualaikum semua....
Harini saya nak kongsi dengan semua resepi kek karamel yg memang gebu dan sedap. Antara faktor kek ni gebu sebab ramuan utama kek ni adalah putih telur. Macam resepi kek butter kak Ogy yg sedap dan gebu tu. Nanti sy share kek butter gebu tu pulak k.
Kalau korang tengok step, memang rasa macam banyaknya nak kena buat kan. Korang ikut step ai, sediakan ramuan semua dulu baru mula dengan langkah membaking ni.
Sediakan loyang 8 inci atau 9. Makin besar loyang makin nipis la karamel dan kek nanti. Selalu ai buat loyang 8 inci. Jadi karamel tebal dan kek pon tebal. Kali ni buat loyang silicone love love gitu... romantik sangat rasa masa baking ;p loyang ni dalam 9 inci je sebenarnya.
Step 1 : Gula hangus
----------> masukkan gula dalam loyang. Terus masak atas api hingga gula cair dan keperangan. Jangan tunggu sampai jadi coklat tua nanti pahit lak.
----------> kalau guna loyang silicone cam ai ni, masak gula dalam kuali sampai perang pastu tambah
1 sudu besar air panas. Biar sebati kejap baru tuang gula dalam acuan. Biarkan beku sendiri.
Contoh loyang ai guna. Silicone ye. Boleh masuk oven. Jangan risau k. Beli kat Mr. DIY je pun.
Step 2 : Adunan Kek Span
Meringue
- 6 biji putih telur
- 70g gula castor
- 1 sk krim tartar (option, tak letak pon takpe)
----------> pukul putih telur sampai berbuih tebal. Masukkan gula sikit2 dan tartar. Pukul sampai soft peak. Ketepikan.
- 70g gula castor (1/2 cawan)
- 3 biji telur kuning sahaja (putih telur letak dalam bekas asing)
- 135ml air (1/2 cawan)
- 45ml minyak masak (1/4 cawan)
- 1 sk esen vanilla
---------> Pukul semua bahan sampai gebu dan pucat.
- 140g tepung gandum (1 1/2 cawan)
- 1 sk baking powder
---------> ayak tepung dan baking powder. Masukkan dalam adunan yg dipukul td. kacau sebati. Masukkan meringue ke dalam adunan tepung sikit-sikit sampai abis kesemuanya. Kacau sebati.
---------> Bahagikan adunan ke beberapa bahagian warna. Saya suka 3 jer. Kemudian warnakan dengan warna pilihan. Ketepikan. Kita buat karamel ye sebelum bakar.
Step 3 : Karamel Tebal
- 1 tin susu cair
- 1/2 tin susu pekat
- 3 biji kuning telur
- 2 biji telur
- 1 sk esen vanilla
--------> Campur semua bahan. Kacau sebati jangan blend. Tuang dalam loyang yg ada gula hangus td. Jangan lupa tapis k.
--------> Baru masukkan adunan kek td. Masukkan selang seli warnanya. boleh juga tompok2. Semua pon boleh k.
---------> Panaskan oven 10 minit awal. Bakar secara
steam bath / water bath 160 darjah api bawah sahaja selama sejam k. Bila dah siap tunggu sejuk dahulu baru terbalikkan. Kalau tak nanti karamelnya merekah-rekah. Tak cantik la kan.
Selamat mencuba!!!!