Thursday, 29 August 2013

Selamat Pengantin Baru Pakngah & Makngah

Assalamualaikum wbt..

Eh, korang masih dalam mood beraya ke? ke mood kenduri kawen..hihi.. aku pon tak terkecuali tau, sibuk dengan persiapan perkahwinan gak balik raya ari tu. Ops, bukan perkahwinan ai ye, perkahwinan laki ai pon bukan! Perkahwinan adik ipar ai la, yg lelaki, telah berumahtangga dengan wanita pilihan hati, Linda Alim. Tahniah!!

Gembira weh dapat biras, takdelah rasa ganjil sorang² kan, ada gak geng! Beza jadi menantu pertama dengan menantu kedua dan ketiga dan seterusnya ialah menantu pertama sebagai penanda aras. Baik yang pertama insyaAllah baiklah yg seterusnya. Lagipon sbg menantu pertama ni kita nak masuk ke dlm sebuah keluarga lain agak celaru sekit, dari segi penerimaan 'orang asing' ke dalam family kita dan juga adik beradik yg lain.

Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Tahniah sekali lagi dari kami abg Li & kak Niza yg comei.. sempat lagi kan.

 Warna hijau pink di sebelah pihak perempuan. Aku suka betul dengan warna hijau pink ni, sampai aku pegi gak beli di Peace Collection, RM115.00. Tapi yg x bestnya, aku potong sikit kain sbb labuh, terus jadi senteng. Masa berjalan takde ape, tapi bila duduk sentengnya sampai lutut. Aku pon tak tau apa yg aku salah potong..huhu

 Ini namanya pengapit tangkap muat. Pengapit sebenar tak jadi datang, sbb demam kot. Dia ni sepupu suami gak, nama Mat Et.

- Pengantin Shahimie & Haslinda -
Sweet je baju linda, ala² dress kembang.

 Kenduri belah pihak lelaki. Warna kuning diraja.

Dara² sunti
- Saba, Jue, aku (perasan suntiler sangat), dan Nabilah -
Adik² ipar perempuan aku. Semua comei² belako. Serius aku sangat kagum dengan kulit muka dorang ni. Memang cantik abis, licin dan gebu. Takdaklah pakai pencuci mahal² pon, yg biasa² di pasaran je. Nak jumpa jerawat seketul pon payah.

 Adik ipar lelaki aku yg bongsu - Duih -
Aku ugut dia nak post di wall FB, terus dia takmau takut sangat gf dia tengok.
Kak boh dalam blog je duih, jgn riso ye!


 Dengan MIL aku. Muda lagi ni tau, kulit pon takde pon nak kedut², alat mekap pon tak pakai. Lipstik lagilah, aku je merah bibir tiap² ari.

 Family aku pon datang, ini kak long aku ngan anak² dia. Paling kecik nama Awisy, aku paksa suruh panggil ibu kat aku... hahaha..akhirnya dia panggil jugak. Tapi kadang² dia panggil ibu chik.

Yang paling aku suka sakat dia ni aku suruh dia jerit. Aku kira 1,2,3 pastu dia tarik napas dan jerit..hahaha.. Mak dia selalu marah sebab nyaring yg sampai berdengung telinga tu...budak tecik ni. Rindu awisy !!

 Ini adik aku & mak. Adik aku ada boifren dah, nama Kamil. hahaha

Aku dan kekasih hati aku ni.. seronok pulak bila jumpa pelamin, rasa macam takmau turun pulak..kahkah.. melampau over!! 


Baru aku perasan, takde pon gambar anak aku. Aku busy la jugak hari kenduri kami tu, aku sibuk uruskan makanan pengantin dengan adik² ipar. Sampai tak terurus langsung anak² aku yg sepatutnya comel² terus jadi comot². Mak depa tak menang tangan na uruskan dorang. Masing² pakai seluar je, baju lawa takdak pon. Masa pengantin sampai, dorang dah tertidur keletihan. Tu pon aku baru mandikan dorang dan pakai baju lawa².

Siap aku pesan berkali-kali lagi, 'ibu sibuk, jangan ikut orang jalan ye'. Risau jugak aku masa² kenduri ni, bukannya tau sapa yg datang kan!

Panjang pulak entry aku, selamat beramal!!



 Photobucket

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik