Wednesday, 28 August 2013

MC Collection - Cover & Treatment Foundation

Salam semua,

Korang nak tau tak, semangat kan aku guna mcm² produk supaya aku cun melecun comei lote bila balik raya ritu kan, tapi dengan gembiranya jerawat² batu naik kat muka aku 5-6 biji. Tu tak termasuk lagi jerawat² kecik yg bersuka ria tumbuh tau. Geram ai!! Tapi apakan daya, aku redha! Mekap sedozen la raya ritu.

 Gambaq ni masa kat airport, baru nak balik Kedah. Tanpa guna Perfect365, tetap licin gebu dengan menggunakan Kryolan TV Paint Stick aku tu. Sampai je kampung dah tak gebu ;(


 Tengok, ni masa raya kedua, berbintik-bintik muka aku ni tau. Sabar²...

Jadi, lepas diselidik, aku rasa muka aku mula berjerawat sebab foundation aku dah expired la. Tekaan aku la, sebab bila naik jerawat, aku cover ngan foundation, naik makin banyak lak. Nak tempek bedak sejuk berkilo-kilo kat muka, malu la pulak, satgi mak mertua aku terkejut lak tengok aku bangun sahur dengan muka putih melepak!


Jadi, aku ambil keputusan nak beli foundaton lain, bukan sebab yg lama tak bagus, tapi tak elok pakai alat solek dalam jangkamasa yg lama, rasanya dah nak 3 tahun aku pakai, tu pon masih ada lagi tau. Dan sekarang, aku dah beli cover face baru dari Azwa Kryolan, foundation MC Collection dari Meiko jugak. Kira setanding la dengan Naturactor &  Octard.



InsyaAllah, nanti sampai lehla aku wat review ye.

p/s : TQ sis Azwa Kryolan, siap kenal dah aku ni, terkojut den. Dia cakap selalu baca blog aku! hihi..malu² lak rase.. Nanti baca lagi ye kakwa! Lebiu..

p/s : Gambar diambil dari website http://meikocosmetics.com.my/




Photobucket

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik