Wednesday, 27 March 2013
Aura White Gluta Collagen 400,000mg
Ini adalah supplement aku bulan ni.Aku rela melepaskan atau menghentikan pengambilan berkafein semata-mata Aura White. Baik kan ;p Rugilah kalo amek supplement tapi takde kesan, mahai wei, RM130 tau sebotol, aku dapat diskaun. Kalo tak RM150 tu..
Jom kita tengok apa kelebihan Aura White ni:
FORMULA LENGKAP
Diperkaya dengan antioksidan yang sangat tinggi membantu melambatkan penuaan kulit. Ia membantu menyerlahkan kecantikan kulit, mengurangkan radang serta berupaya memulihkan sel tisu.
RASA YANG LAZAT
Berperisa lemon berry bukan sahaja enak diminum tetapi membekalkan
khasiat yang tinggi untuk mengekalkan kecantikan dan kesihatan dalam satu masa.
TANPA BAHAN TAMBAHAN
100 % semulajadi dan selamat ,tiada tambahan gula, bahan pengawet, pewarna atau perisa tiruan. Bebas hormon,steroid dan bahan kimia oleh SGS.
KEISTIMEWAAN AURA WHITE GLUTA COLLAGEN 400,000MG
- 50% pencerahan ketara dalam masa hanya 1-2
- memulihkan kulit rosak, berparut, kusam dan bermasalah
- menjadikan kulit lebih anjal dan elastik serta lembab
- mengurangi kedutan dan garis2 halus
- mengecilkan pori2 kulit
- menguat dan mencantikkan kuku dan rambut
- meningkatkan sistem imunisasi badan
- mengurangi radikal bebas dan toksin di dalam badan
- mengatasi masalah jerawat dan jeragat
- mengurangi sakit radang/sendi
- mengandungi prebiotik dan 3 kali stem sel
- sesuai untuk ibu hamil dan menyusui bayi
- membekalkan tenaga optimum sepanjang hari
- mengurangi kolesterol
- menghapuskan parut, tumit merekah dan selulit
- meningkatkan kualiti tidur
- sesuai untuk lelaki dan wanita
CARA PENGAMBILAN:
1) Masukkan 2 scoop ke dalam shaker dan goncang.
2) Bancuh menggunakan air mineral /air bersih biasa.. Tidak digalakkan menggunakan air panas kerana dikhuatiri zat-zat aktif akan mati dan hilang
3) Jauhi minum / makan dari sumber yang mengandungi kafein seperti kopi, teh dan sebagainya kerana kajian menunjukkan kafein mampu menghilangkan zat aktif dan tidak baik untuk kecantikan kulit.
4) WAJIB minum air masak / mineral /air bersih sekurang-kurangnya 3-5 liter sehari untuk kadar serapan yang cepat dan kesan yang pantas.
5) Cara yang sesuai untuk pengambilan AURA WHITE adalah semasa perut kosong. Di sarankan ambil pada waktu pagi (2 jam sebelum sarapan) dan malam sebelum tidur (2 jam selepas makan malam)
Berminat?
Boleh tengok kat sini ---> SINI
Say 'NO' To Caffein
Start semalam, dengan bangganya aku telah melancarkan boikot sensorang aku pada minuman berkafein! Dengan bangganya ye ;p
Aku story sikit apa itu kafein :
"Kafein adalah sejenis dadah yang terhasil secara semulajadi dalam daun dan biji beberapa jenis tumbuh tumbuhan. kafein juga dihasilkan secara tiruan dan digunakan sebagai bahan penambah atau perisa di dalam sesetengah makanan"
Ok, itu serba sedikit mengenai kafein. Dah memang jadi tabiat aku, memulakan hari anda dengan kafein.. macam iklan nescafe tu. Dari bila pon aku tak pasti, mungkin masa kat U dulu kot. konon2 nak stay up, last2 jangan harap..terbungkang tido gak sama ja macam org lain..
"Kafein sering digunakan terutamanya dalam minuman ringan. Kebanyakan remaja sekarang begitu gemar mengambil minuman berkarbonat kola yang bukan sahaja mengandungi kafein tetapi juga kandungan gula yang tinggi. kafein juga digunakan dalam sesetengah ubat untuk merawat beberapa jenis penyakit. Antaranya untuk merawat sakit kepala, migrain, penyakit jantung dan mengendurkan saluran pernafasan dalam rawatan penyakit asma"
Kenapa aku suka minum nescafe? Kopi sangat kurang sebab kopi ada hampas, geli tekak nak minum. Antara sebabnya ialah minum nescafe buat aku rasa segar, tak mengantuk walaupon menguap, stamina yg meningkat, senang nak bancuh, rasa pahit manis tu memang best ;) erm..sedapnya nescafeee...
Masa pregnant pon aku rasa aku minum jugak nescafe ni, tapi untuk pengetahuan umum, pengambilan kafein bagi wanita mengandung akan meningkatkan risiko keguguran dan ketidaksuburan. Juga boleh menyebabkan kecacatan pada bayi. Hurm, bahaya kan..
Tapi aku rasa, nescafe bukanlah minuman kegemaran aku, tapi orang yg sering mengambil minuman berkafein akan rasa satu feel, rasa macam nak meleleh air liur kalo tak minum atau lebih senang disebut 'ketagih'
Ketagih - Kafein boleh membuatkan seseorang itu menjadi ketagih. Jika individu berbabit berhenti dari meneruskan pengambilan kafein, ia akan mengalami simtom pengunduran (withdrawal symptoms) seperti sakit kepala. Simtom ini biasa dialami oleh penggemar kopi dan sakit kepala ini akan hilang dengan sendirinya dalam masa satu hingga lima hari atau ia akan sembuh semula dengan meminum kopi kembali atau mengambil ubat. Kebanyakan penggemar kopi yang cuba mengurangkan pengambilan kafein akan mengalami rasa gementar, sakit-sakit, tidak berupaya untuk bekerja, lesu, mengantuk dan sakit kepala.
Jadi, bermula semalam, aku berjaya tak minum nescafe selama 1 hari..hehehe.. dan hari ni dah masuk hari ke-2. Perit gak sebab kesannya ialah, mengantu ya amat sangat, tak menguap tapi mata berat. Rasa malas dan tak berupaya. Aduh..dahla banyak keja. Akhirnya, aku ganti minuman nescafe 'O' peng itu dengan Sarsi peng. Menjadi gak sebab warna sama hitam kan ;)
Kenapa aku nak berhenti minum kafein? Sebab minuman ini akan menyerap zat-zat atau vitamin yang kita ambil, jadi kesan memang tak nampak. Bulan ini,aku namakan bulan kesihatan, sebab bajet bulan ni untuk beli supplement je. Aku dah order Aurawhite sebotol, Shaklee ape tah nama, susu Anlene 1kg..hmm..punya bersmangat!
Gogo mummy! You can do it! Hehehe..
Tuesday, 26 March 2013
Sanggar keju
Salam petang Selasa semua pembaca ♥
Arini anak ibu si Aqil tak sehat, sudahla kena marah ngan ibu tadi..maaf ye sayang, ibu ni kadang2 boleh bertukar jadi naga...
"..aku lagi bengis dari sang naga,
Tapi bisa nangis semata demi cinta..."
-lagu 150 juta-
Di petang hari, untuk menebus kemarahan tadi, ibu buatkan Sanggar Keju..bestkan...
Yg berkeju tu ibu & abah yg abiskan, aqil makan yg takde keju je♥
Sanggar keju = goreng pisang taruk keju kat atas
Monday, 25 March 2013
Lipstick ZA
Entry ke-2 ♡
Sebab excited taip guna galaxy ; p
Semalam masa gi giant, terus singgah guardian nk beli night cream nutox. Psstu terhoda tgok lipstick ZA yg ade sales tu ;-)
Cantik warna ni, nampak terang tp tak terang..hehe. nak cari yg matte, tp yg ni pon ok, takdelah glossy sangat.
Sunday, 24 March 2013
Danos Loose Powder
Salam semua,
Ahaks..feeling best giler taip dari samsung galaxy S3.. huhu
Kena tekan dengan cermat dan slowly sbb keybord nye sangat comels :-D
Just nak cerita, sejak aku pakai Kryolan, dari foundation sampai bedak. Bila dah abis loose powder aku try Eluanto..hurm, ok gak cuma kuantiti sikit, baru 3 bulan pakai dah abis. Then skrg aku try jenama Danos. Bukan main org juai kat fb kan, aku pon tnye rege berapa, just RM20.00. Murah gak, masuk pos jadi la RM30.00.
Aku amek kod 3, untuk cerah kuning. Dah sampai dan pakai, rasa cam kuning sgt lak. Mungkin aku pakai dgn cover face oxtard yg code cerah tu kan. Tapi kalo pakai danos je masuk ja ngan kulit aku ♥
P/s next week stok Ratu Syazreen printed smpai, jgn lupa jengah blog k ;-)
Saturday, 23 March 2013
Gift from Hubby
Murah rezeki bulan ni, dapat hadiah Samsung Galaxy SIII ;) thank you so much my beloved husband, sbb sangat kenal isti dia ni. Asyik2 nak beli je, tapi sampai kedai tak mau beli, kedekut ;p
Asyik paw iphone dia je, guna instagram la, amik gambar la, penuh gambar isteri dari gambar tuan iphone. Akhirnya dpt juga ;) thanks again sayang..
Takat 3-4 hari guna ni memang best la, skrg dah tukar plan celcom, aritu bill biasa je, sekarang dah tukar amik data plan, jadi online sepanjang masa. Sebab takdelah aku guna tepon ni untuk call sangat, takde sapa nak ditalipon sekarang ni..hmmmm
Dah boh macam2 application, wpon aku tak pandai sangat tapi takat download game tu pandaila. Cuma bateri takdelah tahan sangat, tahan dalam sehari la. Mungkin sbb awai2 ni asik guna internet ja, pastu main game, cewi lagi kan. Lepas ni dah boring download, Bosan main game, tahan sikit la bateri dia kan.
Sangat comel, screen besar, kamera best ;) free kan mestilah best.
Tuesday, 19 March 2013
Strawberry Cheesy Cheese Cake
- 160g gula castor
- 130g tepung self rising
- 25 g tepung jagung
- 1 sudu kecil baking powder
- 5 biji telur
- 1 sudu kecil ovalet
- 50g air
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil ovalet
- 1 sudu kecil esen vanila
- 80g minyak jagung
- Ayak tepung dan baking powder.
- pukul semua bahan kecuali minyak sampai adunan bertukar warna putih
- masukkan minyak, kacau dengan spatula.
- bahagikan kepada 4 adunan, warnakan ikut tona yg kita nak.
- bakar setiap lapisan dengan suhu 150 darjah, selama 10-15 minit atau sehingga masak.
Cream Cheese frosting
- 250g cream cheese
- 250ml whipping cream
- perahan lemon atau lemon paste
- filling strawberry
- cheddar cheese block
- Pukul whipping hingga kental
- pukul cream cheese hingga berkrim
- masukkan lemon paste, kacau hingga sebati
Sunday, 17 March 2013
Psikologist mengatakan:
1. Apabila seseorang itu terlalu ketawa terbahak-bahak biarpun hanya perkara kecil yang langsung tidak lucu dan kelihatan bodoh, dia sebenarnya seorang yg mempunyai jiwa yg sangat sunyi.
2. Sekiranya seseorang itu banyak tidur,dia org yang kuat bersedih.
3. Apabila dia kurang bercakap tetapi pantas dalam berbicara,bermakna dia menyimpan seribu rahsia.
4. Sekiranya dia sukar untuk mengeluarkan airmata, dia seorang yg lemah.
5. Kalau senang menangis meskipun benda yg kecil sahaja,dia seorang yg berhati lembut.
6. Dan sekiranya dia cepat marah biarpun perkara sekecil kuman, itu bermakna dia perlukan kasih sayang.
Berusahalah memahami diri sendiri dahulu, baru belajar memahami orang lain.
Petua Membelai Suami
Petua Membelai Suami
1. Suami sentiasa mengidamkan belaian isteri. Tangan isteri mengurut manja kaki yang lenguh atau sekadar mengusap belakang atau lengan ketika menonton televisyen sudah membuatkan suami berasa sangat disayangi.
2. Belai rambut suami ketika dia sedang beristirehat, atau jika rajin carikan uban yang ada. Sudah pasti lembut hati suami dan akan timbul rasa kasih sayang yang mendalam terhadap isteri.
3. Tengok-tengokkan jari jemari suami, adakah kukunya bersih dan sudah dipotong rapi? Bagaimana keadaan kulit suami? Kalau kering sapukan losyen, kalau pening urutkan kepala. Pastikan suami dijaga rapi dari hujung rambut hingga hujung kaki.
4. Jangan menganggap dengan melakukan perkara begini akan menjatuhkan taraf isteri atau merasakan si suami perlu tahu menjaga diri sendiri. Tentu sekali mereka tahu menjaga diri tetapi dengan memanjakan suami cara ini akan menjadikan suami anda terasa seperti seorang yang sangat istimewa. Pasti dia akan begitu menghargainya.
5. Sentiasa berhias untuk suami bila berada di rumah. Mengenakan pakaian yang boleh membuatkan si suami bersemangat atau ghairah seperti pakaian yang nipis atau seksi. Walaupun malu, lakukannya kerana setiap lelaki mahukan wanita berpakaian seksi. Tambahan pula, pahala untuk si isteri hanya dengan membuatkan suami menjeling geram.
i ♥ my husband ;)
Tips : Kuat Marah Pada Anak?
MENGATASI MASALAH KUAT MARAH PADA ANAK
Anak kita adalah cermin diri kita……..
Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun, preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak.
Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai.
Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak.
Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan. Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak.
Ada beberapa tips yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini.
1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya.
Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.
2. Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri, luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak.
Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.
3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan.
Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya.
The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.
4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb.
Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih.
Insya Allah dia akan kurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan.
Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.
5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya.
Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi dengan anak. Boleh juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya.
Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan. Tuan/Puan, mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar.
Semoga tuan/puan lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling.
Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya.
Sekian, semoga Allah mengurniakan rahmat dan kebijaksanaan kepada tuan/puan. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya.
Sumber : Facebook
Wednesday, 6 March 2013
Rumahku Syurgaku
Entry yang menggembirakan ;)
Alhamdulillah, dah 99% complete. dijangkakan Julai 2013 akan siap 100% dan boleh diduduki dalam Januari 2014. Semangatnya kami anak beranak nak masuk rumah baru, entah bila dapat duduk. Nak minta tukar Sabah ke Kedah pon tak tentu lagi dapat ke tak. Harap bila tiba masanya nanti, semua dipermudahkanNya.
Ada macam2 tips kalo kita google kan, ada yang dari segi syarak dan logik akal. Tapi banyak nak kena prepare sebenarnya, macam aku ni asyik2 aku pikir nak buat kabinet dapur (upah orang ler). Pastu nak buat siap2 rak baju, senang takpayah susah2 macam sekarang ni, dengan terkeluar pintu la, lubang sana-sini.
Doakan semuanya berjalan lancar ye!
p/s Selamat menjadi warga sungai petani.
Saturday, 2 March 2013
Burger Bakar di Kota Kinabalu
Friday, 1 March 2013
Trio Cheese Cake Volume 2
Cuti2 ujung minggu gi mana? Free nanti nak gi 1borneo lah, kot2 leh masuk audition Raja Lawak...kehkehkeh ;)
Semalam gi Karamunsing, ingat nak rembat sepasang baju kurung peplum, gila cun patung tu pakai, murah je RM155.00. Sambil husband & anak2 tunggu makanan aku gi try..mak aiii, macam penguin sedang memakai baju kurung lak...homaigod!! Cancel beli, ketinggian aku mana sama am patung tu...huahua..
Pastu balik get ready nak buat Cheesy Cheese Cake versi aku, ritu buat guna resepi dari blog macam keras je, kek tak boh marjerin atau minyak, tak pasti aku buleh ke idak.. Ingat nak buat guna resepi trio cheese cake, pastu letak filling strawberry, dah aku suruh incik suami pegi beli, ngan cheddar dan cream cheese.
Dah siap masak, msa nak boh topping kek, baru aku ingat aku tak letak filling strawberry...adusss!!! Nyanyuk mak...baru 30 tahun! Teruskan je lah, takkan nak robek balik layer tu pulun nak letak filling gak..lain kali lah incik suami ye kita guna filling tu..
Terus kek aku bertukar nama jadi: TRIO CHEESE CAKE 'LESS SWEET'