Thursday, 5 January 2012

World less Friday

Selamat bersolat Jumaat bagi kaum Adam di muka bumi Allah.
Tingkatkan amalan mu wahai umat Islam sedunia.





Photobucket

Monday, 2 January 2012

Tawau The Long Journey

Assalamualaikum..
Penat giler travel ni..tapi kalau naik flight takder la rasa sangat, yelah org yg tolong bawak kapal, bila sampai terus turun amik beg ;p
Kali ni, bila travel naik kereta, drive sendiri (ops, husband la drive) dengan karenah anak2 yg kecik comel plus active ni, rasa tersangatlah penat.. pastu esok lusa dah nak start keroje ;)

Ok, travel pertama kitorang setelah anak kedua, Muhamad Adham Hafiy bolah jalan (sebelum ni gi Kudat, tapi tak tidor sana)..kali ni percutian kitorang adalah ke Tawau, Semporna dan Lahad Datu.

Perjalanan dari KK ke Tawau ambil masa hampir 10 jam, menaiki kereta ye! Kami bertolak jam 10.30 pagi, singgah makan di Inanam,then meneruskan perjalanan direct ke Tawau..ada juga berhenti isi minyak ngan bancuh susu budak2.
Kami sampai Tawau tepat jam 11.00 malam (^_^) Lenguh giler bontot duduk lama2, taktaula perasaan anak2 kecik tu yg mesti boring tahap gaban tapi tatau macamana nak ekspresi kan ;p
sampai je dengan selamat terus cakap kat suami,
"Nak peluk abg kuat2 la sebab bawa kereta dengan selamat sampai Tawau"

10 jam tu tanpa co-driver ;) aku tidor jer

Sampai je terus pusing2 Tawau mencari hotel, sia2 je surf internet sedangkan tak update pon hotel kat internet, kena cari 'manual' jugak. Last dapat Hotel King Lee, best jugak sebab nampak cam baru lagi dengan price yang berpatutan.


Bilik kami Family package, ade 2 katil King size, TV LCD, air-cond, bilik air yang super canggih, sampai anak aku balik2 ulang masuk bilik air, just tengok2 je. Pastu kalau org masuk just cuci botol susu pun  dia tanya,"Ha, tu buat apa lagi tu?"...kepoh tul.


Sian, takde tepon ni kat umah ;) masing2 berebut

Lift di reception
 Tengok, Fatimah Abu Bakar pon ade ;p

 Si kecik dok kat tingkap je, tingkat 5

Pemandangan dari bilik hotel

 aqil yang excited

Esoknye, kami pusing2 bandar Tawau. Mula2 gi makan, apa nama tah kedai tu, semua pekerja perempuan berumur, pastu orang ramai, langsung tak layan kami. Orang kat situ pon pandang2 je, dorang tau kami outsider. takdan 5 minit, terus blah. pegi kedai lain lak.

Masuk kedai lain tu, cepat kemain budak tu amik order. Kami makan nasi campor je, yang aku hangin, tengah aku makan, dia pulak pegi tanya, itu apa? daging ke? itu ikan kering ke? tak penah aku jumpa orang kedai camtu, ko yang juai takkan tak tau! pastu cakap cam tak reti buka mulut, aku yang tak tahan lastly sound juga, " boleh tak cakap Bahasa Melayu, kami orang semenanjung. Ada nak tanya apa lagi?"
Terus budak tu geleng..sekeh pala baru tau! Mungkin dia failed Bahasa melayu kat sekolah dia. dan aku agak bahasa rumah dorang adalah Bajau atau lain2, sebab tu dia pon tak paham aku =)

 Kemudian pegi Pasar Tanjung Tawau. mula2 teruja gak nak pegi, terus naik tangga pegi second floor. Sekali takder apa langsung juai di atas, cuma orang tidor bergelimpangan walaupon hari dah mencecah tengahari buta! terus turun ikut tangga sebelah. Taik kucing bergelimpangan...apa la dorang ni..

Takda apa yang menarik, cuma aku nak cari tikar getah yang untuk budak2 tu. Murah, cuma RM19 untuk bergambar (kami amik upin ipin pink kaler) dengan plain RM14 (merah hati)

Nak cari kuali yang tak melekat tu, tapi takde, periuk banyak, tamaula buat penuh bonet. Aku bukan p naik lori. kendian, ikan masin dan keropok2 Sabah macam amplang, kuih cincin, belinjo yang aku boleh dapat di KK ni. dan juga ikan masin.
 
Last singgah tepi laut sat, tengok kapal2 je. takde mende pon kat situ just nak amik gambar bolehla. tapi takla cantik sangat biasa2 je.



Sebenarnya banyak lagi tempat yg korang boleh pegi contohnya macam;
Cocoa Village - dekat je ngan pekan, tapi anak dah lena dalam keta tak dapat melawat
Pulau Sibuan - antara pulau yg tercantik, tapi malas sebab ada baby =)

Entry selepas ini Dragonn Inn Floating Hotel ^_^

Photobucket

Sunday, 1 January 2012

Riview Dermacolor Comouflage

Assalamualaikum..
Selamat Tahun Baru semua ^_^
Alhamdulillah, bersyukur pada Allah, Tuhan semesta alam, dengan limpah kurniaNya dapat kita meneruskan kehidupan di muka bumi ini lagi. Semoga nikmat ini sentiasa diberkati, dan dipanjangkan umur selalu.



Ingat tak saya pernah tulis tentang Dermacolor foundation, dari Kryolan yg mendapat sambutan hangat dan dikatakan menjadi pilihan ramai wanita masa kini? Wah, panjangnya soklan ^_*

Dah 2 hari saya menggunakan Dermacolor, dan hasilnya memang sangat sepadan dengan rega tau!!!

Krim agak pekat dan kesat bila sapu, tapi lembut pada kulit. Just dap dap dan tarik je. Takyah tonyoh bagai nak rak kat muka tu. Hanya selapis dah nampak perbezaannya tau. Cuma warna nampak macam gelap sikit, tapi cik Abg kata ok, so okla ;)

gambar tak mekap. di kampung. cantik kan?
Gambar touch up sket without editing

Kesannya sangat sekata, nampak natural dan gebu jer tau! Sangat sesuai untuk kulit berminyak. Sebelum ni saya pakai faoundation Kryolan stick dan supracolor, sedikit berminyak tapi cun jugak. Tapi Dermacolor lagi BEST SANGAT!!!

P/s saya masih lagi tak puas hati dengan blog ni. Macam dah cantik template tapi tak leh tukar dia punya Font Pulak...ayyyakk!!!



Photobucket

Friday, 30 December 2011

Ladang Anggur Beris

Salam semua,
Setelah bercuti selama sebulan, memang best sangat dok kampung tau. Suasana nyaman, segar, matahari terbit lambat (sebab sabah kan cepat), sejuk dan lain2.. hikhik

Takderlah banyak tempat pun kitorang pegi kali ni, tapi kali pertama tengok tanaman anggur di Malaysia kira pegalaman yang best jugak la. Bukan senang nak tanam anggur dengan berbuah lebat ya amat macam tu.

Tempat utama yang dituju ialah ke rumah nenda tercinta di Lubuk Merbau, pendang. Sebab wan baru balik haji (takder lah baru, aku yg pegi lambat!huh) Dalam perjalanan pulang baru kami singgah di Beris.

Kesimpulannya, tempat ni best jugak untuk yang suka bergambar, tapi nak pegi enjoy memang bosan giler. Sebab hanya boleh tengok pokok anggur dan buahnye je. Masuk kena RM4 tapi takleh petik2..

Jomla tengok gambar kitorang yang happy dapat jalan2..itu yg best tau ^_^

Jalan balik dah ni

Di depan pintu, teruja lagi mase ni

incik suami yg bersopan

adik ipar




My eldest son



2 little kiddo yg super active






Photobucket

Dermacolor Camouflage Cream Foundation

Hai semuaaaa...

Entri kali ni nak share tentang my favourite make-up KRYOLAN..
Jenama kryolan memang tak perlu diperkenalkan lagi, sebab kryolan menjadi kegilaan mereka2 yang gemar bersolek, tmasuklah saya sendiri ^_^ huhuhu

kryolan make-up range memang luas, boleh dikatakan Semua item dorang ade. Tapi yg saya ada takde lah semua, sebab harganya memang mahal, tapi setanding dengan kualiti dan kuantiti pon boleh tahan, kalau tak calit tebai2 setahun pun tahan tau!

Baru2 ni saya beli foundation Dermacolor, tak try pon lagi tapi review kebanyakannya kata sangat BEST!

Sebelum ni barang kryolan saya beli dari beberapa individu yg jual di Facebook, antaranya Azwa kryolan ( mahal sikit, tapi cepat dapat barang sebab Azwa ada kedai di sungai petani), Kryolan stuff (only pre order jadi barang dapat lambat sikit, harga lagi murah dari Azwa). Dan yg terbaru saya beli dengan Kryolan in Malaysia. Nak tengok boleh klik di bawah;





Review boleh tengok sini;

http://dauntless-lady.blogspot.com/2011/07/review-dermacolor-camouflage-cream-and.html
http://jommakeover.blogspot.com/2011/08/ok-nie-adalah-logo-dermacolor-produk.html

Kalau di Kryolan in Malaysia boleh dapat harga RM100.00 aje untuk 25ml ^_^

Selamat membeli...

Photobucket

Thursday, 29 December 2011

Wishlist 2012

Salam semua ^_^
Best kan tajuk di atas.. Bila dah masuk Disember, mulalah masing2 tertanya2 "apa azam tahun baru korang?"
Most of The answer yg selalu org bagi, "azam tahun lepas pun tak dapat lagi" ..hihihi
Tak kisah la sis, yg penting kita tau apa hala tuju dan matlamat hidup kita k.

My wish list for 2012 memang banyak. Nak share lah, dengan tidak berahsia lagi ^_*
(tak ikut turutan la, mana dapat dulu go on je)
- settle my PTPTN ( sumpah aku tak bayar walaupun 1 sen ;/)
- menata rias our house to be better than right now ^_* aku malas nak hias
- daftar bisnes with ssm.. I tried 3 times before, tapi tak dapat lagi. Nak try online Pulak lah
- majukan bisnes Zary collection, tambah koleksi baru, jubah, dress, skirt and produk hygene with own label
- nak gi USS ( kalau wish list no 1 tercapai ^_^
- nak gi melancong ( kalau wish list no 1 tercapai jugak )
- letak jawatan guru penyelaras pusat sumber ( bosan giler dengan library)
- jadi ibu dan isteri yang sangat disayangi, sangat baik, sangat comel, dan sangat dikasihi
- rajin memasak *wink wink
- jadi cantik selalu hahaha

Itu je, moga tercapai dengan jayanya (yg penting The first one)
Gambar takder motif**
 Jumpa lagi!!

Photobucket

Sangat teruja

Hai semua..
Assalamualaikum wbt...

Waaa..sangat teruja tau bila kita tengah bercuti than tengok Facebook ramai status kekawan yang update blog masing2.. Sangat tak puas ati....grrrr

Rasa macam Banyak sangat nak post dalam blog, tapi memandangkan baru balik kampung setelah bercuti hampir sebulan...(seronok! Takde tension ngan murid). After this, i'll Triang to keep updating my blog, because i want to Share many things with all readers ( payah sungguh guna Ipad update blog, dia pandai tukaq words sesuka ati dia ja)

Many resepi i want to Share like;
- spageti carbonara yg super yummy
- cake carrot with cream cheese (ada ka patut org taip cream Ipad tukaq p ceramah ;/)
- triffle yg kami suka ya amat

Juga post tentang jalan2 kami sekeluarga;
- ke ladang anggur beris
- padang besar

Juga keterujaanku jumpa my little bambam anak buah si Ehsan Darwisy



See u in The next post ^_^

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik