Monday 2 January 2012

Tawau The Long Journey

Assalamualaikum..
Penat giler travel ni..tapi kalau naik flight takder la rasa sangat, yelah org yg tolong bawak kapal, bila sampai terus turun amik beg ;p
Kali ni, bila travel naik kereta, drive sendiri (ops, husband la drive) dengan karenah anak2 yg kecik comel plus active ni, rasa tersangatlah penat.. pastu esok lusa dah nak start keroje ;)

Ok, travel pertama kitorang setelah anak kedua, Muhamad Adham Hafiy bolah jalan (sebelum ni gi Kudat, tapi tak tidor sana)..kali ni percutian kitorang adalah ke Tawau, Semporna dan Lahad Datu.

Perjalanan dari KK ke Tawau ambil masa hampir 10 jam, menaiki kereta ye! Kami bertolak jam 10.30 pagi, singgah makan di Inanam,then meneruskan perjalanan direct ke Tawau..ada juga berhenti isi minyak ngan bancuh susu budak2.
Kami sampai Tawau tepat jam 11.00 malam (^_^) Lenguh giler bontot duduk lama2, taktaula perasaan anak2 kecik tu yg mesti boring tahap gaban tapi tatau macamana nak ekspresi kan ;p
sampai je dengan selamat terus cakap kat suami,
"Nak peluk abg kuat2 la sebab bawa kereta dengan selamat sampai Tawau"

10 jam tu tanpa co-driver ;) aku tidor jer

Sampai je terus pusing2 Tawau mencari hotel, sia2 je surf internet sedangkan tak update pon hotel kat internet, kena cari 'manual' jugak. Last dapat Hotel King Lee, best jugak sebab nampak cam baru lagi dengan price yang berpatutan.


Bilik kami Family package, ade 2 katil King size, TV LCD, air-cond, bilik air yang super canggih, sampai anak aku balik2 ulang masuk bilik air, just tengok2 je. Pastu kalau org masuk just cuci botol susu pun  dia tanya,"Ha, tu buat apa lagi tu?"...kepoh tul.


Sian, takde tepon ni kat umah ;) masing2 berebut

Lift di reception
 Tengok, Fatimah Abu Bakar pon ade ;p

 Si kecik dok kat tingkap je, tingkat 5

Pemandangan dari bilik hotel

 aqil yang excited

Esoknye, kami pusing2 bandar Tawau. Mula2 gi makan, apa nama tah kedai tu, semua pekerja perempuan berumur, pastu orang ramai, langsung tak layan kami. Orang kat situ pon pandang2 je, dorang tau kami outsider. takdan 5 minit, terus blah. pegi kedai lain lak.

Masuk kedai lain tu, cepat kemain budak tu amik order. Kami makan nasi campor je, yang aku hangin, tengah aku makan, dia pulak pegi tanya, itu apa? daging ke? itu ikan kering ke? tak penah aku jumpa orang kedai camtu, ko yang juai takkan tak tau! pastu cakap cam tak reti buka mulut, aku yang tak tahan lastly sound juga, " boleh tak cakap Bahasa Melayu, kami orang semenanjung. Ada nak tanya apa lagi?"
Terus budak tu geleng..sekeh pala baru tau! Mungkin dia failed Bahasa melayu kat sekolah dia. dan aku agak bahasa rumah dorang adalah Bajau atau lain2, sebab tu dia pon tak paham aku =)

 Kemudian pegi Pasar Tanjung Tawau. mula2 teruja gak nak pegi, terus naik tangga pegi second floor. Sekali takder apa langsung juai di atas, cuma orang tidor bergelimpangan walaupon hari dah mencecah tengahari buta! terus turun ikut tangga sebelah. Taik kucing bergelimpangan...apa la dorang ni..

Takda apa yang menarik, cuma aku nak cari tikar getah yang untuk budak2 tu. Murah, cuma RM19 untuk bergambar (kami amik upin ipin pink kaler) dengan plain RM14 (merah hati)

Nak cari kuali yang tak melekat tu, tapi takde, periuk banyak, tamaula buat penuh bonet. Aku bukan p naik lori. kendian, ikan masin dan keropok2 Sabah macam amplang, kuih cincin, belinjo yang aku boleh dapat di KK ni. dan juga ikan masin.
 
Last singgah tepi laut sat, tengok kapal2 je. takde mende pon kat situ just nak amik gambar bolehla. tapi takla cantik sangat biasa2 je.



Sebenarnya banyak lagi tempat yg korang boleh pegi contohnya macam;
Cocoa Village - dekat je ngan pekan, tapi anak dah lena dalam keta tak dapat melawat
Pulau Sibuan - antara pulau yg tercantik, tapi malas sebab ada baby =)

Entry selepas ini Dragonn Inn Floating Hotel ^_^

Photobucket

No comments :

Post a Comment

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik