Tuesday, 16 July 2013

Resepi : Puding Oreo Cheese

Salam 8 Ramadhan~

Seronok kan dah seminggu kita berpuasa. Sekejap sangat rasanya, sampai dah tak tau nak masak apa tiap² hari. Masa hari pertama tu buat juga kuih, sy buat lompat tikam. Tapi terlebih kapur, rasanya pun dah jadi pelik ;) insyaAllah next time nak cuba lagi.

Hari keenam buat dessert juga, PUDING OREO CHEESE.. yummy betul! dan sangat simple. nama je cheese tapi tak de pon guna cream cheese bagai. 



RESEPI PUDING OREO CHEESE (untuk loyang 7-8 inci)
  1. sepeket agar² *saya guna agar² serbuk 10g
  2. gula 2 sudu besar
  3. 1 sudu besar tepung kastard
  4. 1 tin susu cair
  5. air 300ml
  6. biskut cheese cracker secukupnya *guna dalam 2 baris
  7. sebungkus biskut oreo
  8. 1 sudu butter


Cara²:
  • hancurkan biskut cheese cracker hingga halus *sy guna blender
  • panaskan agar² dengan gula sehingga berbuih, kemudian perlahankan api
  • dlm bekas lain, gaul susu dengan tepung kastard
  • satukan susu tadi dengan agar² yg dimasak, masukkan serbuk biskut cheese sehingga pekat
  • susun dalam loyang ikut kreativiti masing².
  • sejukkan dalam peti sejuk lagi sedap
Sedap sangat, makan sejuk². Lebih enak jika dimakan dengan sos kastard ^_^

Selamat mencuba!!!


 Photobucket

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik