Thursday 18 July 2013

Puisi Nukilan Dayana Untuk Asyraf Muslim

Salam semua,

Peminat seni tanah air mesti dah tau kan tentang Asyraf Muslim yg mohon poligami, tapi menikah lagi 1 di Thailand, kemudia isteri dia, Dayana, telah tulis satu sajak untuk suaminya..


Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana

Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…


Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah…
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan…

Entahlah, aku pon tak tau nak cakap apa..huhu.

 Photobucket

2 comments :

  1. ni bukan Dayana yg tulis...ada sorang wanita lain yg tulis..menggambarkan diri dia kalau dia jadi Dayana...

    owner dia Ana Hawana :)

    ReplyDelete

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik