Tuesday, 7 August 2012

Separuh Ramadhan Dah berlalu..

Alhamdulillah, syukur pada-Mu ya Allah, aku diberi kesempatan menikmati Ramadhan untuk kali yg ke 29..


Bila dah separuh bulan berlalu, masa ni sepatutnya kita hitung, berapa juzu' al-Quran yg kita dah khatam, sempat ke habiskan 30 juzu' dalam masa tidak sampai separuh bulan lagi ni... macam tak dan je aku ni, tapi aku tetap akan berusaha...

Bagi yg berkeluarga, ibu², bapa², masa ni lah kalut cari baju² untuk anak², ye dak? sesungguhnya mereka yg paling gembira pada hari raya adalah kanak²~

Aku pon tak terkecuali, baju raya anak² dan abah dorang, dah dibeli. Baju aku pon dah beli, kasut² pon dah ready, duit raya pon dah ditukar, langsir pon dah siap jahit, tinggal pasang je.. melampau kan, sampai langsir pon nak ditukar.. tapi langsir rumah aku ni dah 5 tahun tau tak bertukar, basuh pon baru sekali!! Tapi, kita sunat menghias diri dan rumah pada hari raya, tapi janganlah sampai over budget..

Aku sangat mengharap dan mendoakan Syawal kali ni membawa makna yg sangat tinggi, kebahagiaan keluarga aku, kegembiraan suami dan anak², kami dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, dan semoga perjalanan kami KK-kedah bagus,  harap semua berjalan lancar.. insyaAllah


  Photobucket

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik