Saturday, 28 July 2012

Hari Pertama Terawih dengan anak-anak

Assalamualaikum & salam Ramadhan ~

Dulu, masa sebelum kawen, rajin tul aku ngan adik-beradik gi terawih, tak miss, kecuali malas ;p lepas kawen, kali pertama Ramadhan masa pregnant, hubby pon jauh masa tu, buat gak terawih tapi di rumah je..
memang tak pegi la terawih kat surau atau masjid, sebab ada baby, susah wooo..

Sekarang, setelah anak sulung umur 4 tahun, anak ke-2 umur 2 tahun, aku ajak suami gi terawih.

malam pertama terawih, anak² aku sangat baik, kembang hidung masa tu, sebab budak lain pon ada, tapi melilau merata, sampai org tengah solat pon dia lalu kat sejadah. anak² aku tak buat, aqil akan lalu kat belakang kalao nak jalan. adik lagi la dok diam² ja..hikhik..

Hari ke-2 terawih, belang mula menonjol, aqil leh baring² kat sejadah masa solat, masa jemaah rukuk dia di tengah² saf, ayyakk!! abah dia kata, aqil cekik abah masa bah tengah solat.. memang kena cubit, tapi pikir balik mungkin dorang boring, taktau watpe.

Jadi, keputusan dibuat, hari ke-3 no more terawih di surau. kesian anak², bila dorang buat hal, dorang gak kena cubit,. rasa cam pentingkan diri lak, sebab nak solat terawih di surau dorang kena marah², sedangkan solat boleh didirikan di mana² sahaja kan..

Jadi, terawih di rumah je lah,...

Selamat berterawih semua~

Aqil, ibu adik

  Photobucket

Sunday, 22 July 2012

Rahsia Wanita

"Seorang wanita sanggup menyembunyikan 
rasa cinta bertahun-tahun...
tapi...
Seorang wanita tidak mampu menyembunyikan rasa cemburunya walau sesaat"



  Photobucket

Saturday, 21 July 2012

Ihya' Ya Ramadhan

Assalamualaikum wbt



- Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :

    • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
    • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
    • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
    • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
    • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)

- Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga.

- Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)



  Photobucket

Friday, 20 July 2012

Aqil naik skuter

Inilah keja aqil dan adik bila pegi City Mall, naik skuter!



Nampak tak budak kecik seluar biru tu adik tengah tunggu turn ;)

Seronok ada anak, tiap keletah dorang sangat menhiburkan hati~

Photobucket

Thursday, 19 July 2012

Aku & Fareeda

Ini entry pecah rahsia~

Aku bukan kaya pun, cikgu jqaf koman yg pemalas ja. tapi kadang2 hobi kita ni boleh berubah-rubah ikut keadaan semasa.

Sekarang hobi aku ialah mengumpul tudung Fareeda, bukan pengumpul tegar, sebab aku akan letgo tudung yg aku rasa macam dah ada atau tak seseuai dgn aku. Bukan beli sekaligus, tapi beli selai-selai~


Telah dijual ~
** warna sangat gojes tapi cutting pendek sikit


Telah dijual ~

Still available~

Telah dijual ~

 Telah dijual~
** warna sangat cantik soft je tapi takdak baju matching

 Brooch sampai kegilaan ramai~


telah dijual ~



1st set, leh tahan cantik


Beli hanya untuk kepuasan diri, inilah cara saya menghargai penat lelah saya bekerja tiap2 hari, sekali sekala bagi reward pada diri sendiri tak salah kan...

Jeng jeng jeng

  Photobucket

Tuesday, 17 July 2012

Bila aku memandu..

Salam semua,
Aku driving hampir setiap hari, pergi & balik kerja, kalau outing dgn family husband la bawa kereta, aku tidoq kat sebelah ;)

Boring lam2 memandu sendiri pi sekolah ni, nak juga husband hantar & amik dari kerja, tapi nak buat macamana, tempat keja kami sorang utara sorang selatan, bertemu di rumah jer lah.

masa godek2 leptop husband ni, jumpa la 2 keping gambar curi~


Ni masa tengah memandu dari Tawau ke Semporna


Bila tengok gambar ni, baru aku perasan tabiat aku masa memandu:
  • suka pegang stereng dengan sebelah tangan sahaja
  • sambil pegang stereng sebelah tangan, gunakan jari sebelah tangan lgi mengetuk-ngetuk stereng konon2 enjoy lagu ;)
  • suka pakai lipstik masa driving


  Photobucket

Monday, 16 July 2012

Beli Buku Agama

Aku ni bukanlah sorang yg suka baca buku, memang fail bab2 baca buku, silap2 buku baca aku!
Tapi Sabtu lepas,15/7/2012, ajak incik suami ke City Mall, niat nak beli baju untuk baby Zahin yg comei tu, aku ni memang hobi shopping, tak kiralah apa benda pon, asal shopping ja nombor 1.

Lepas beli baju Zahin, terus tengok anak2 dan abah dorg kat tempat permainan, yg ada game, mainan budak yg muzik2 tu dan playground yg bayar RM4 sorang then leh dok ler lama mana pon. Disebabkan budak2 masih enjoy ngan playground tu, aku p kedai buku Popular lak..ingat nak cari buku masakan, kan dah nak dekat bulan posa ni...

Tapi takdak pulak yg berkenan di hati, asik western ja, boringla makkk =)
Round punya round, tersinggah dekat rak Agama..terpautla hati ni pada buku2 ni pulak.


RM26.00
Ada 5 cerita haiwan yg memang menarik kanak2.. semalam dah baca 1 cerita pasal ikan paus, dgn syarat aqil mesti tidur lpas ibu bacakan, dia ikuttt ;p bangun pagi dia nangis cari buku ni suruh ibu bacakan pagi2 buta..terus kena sorok buku ni. malam ni takdan bacakan dia buku ni, sebab bz iron baju, esok kan senanyan ;)

Kalau nak beli online boleh tengok sini 

Kemudian nak cari mathurat, tapi tak jumpa. dapat buku doa pun best, dulu masa kat SMKA mcm2 doa aku hapai, skang doa makan je dok ingat selalu ;( belum baca lagi ...

Boleh jiuga beli online di sini

Ini pun buku doa, elok diamalkan supaya murah rezeki~

Beli online di sini

Photobucket

Sunday, 15 July 2012

Doa agar Anak Pandai Belajar

Assalamualaikum wbt~

Hari ni saya nak kongsi doa untuk anak-anak supaya pandai belajar.

Sebagai ibu, saya memang faham sangat perasaan ibu bapa yg lain. Tak dak ibu bapa yg takmau tengok anak dia berjaya kan, semua pasti mendoakan yg baik2 belaka pada anak masing2. Tambah2 kalau time exam, kita mesti mengharapkan anak dapat no. 1.

Tapi dah dewasa dan matang ni, saya faham no. 1 bukan bermakna anak kita dah berjaya. Biar anak tak dapat no. 1 tapi dia tetap berusaha dan kita mesti menghargai usaha dia =) Anak saya di PASTI dapat no 5 dari 7 org, tapi ibu tetap kena ucap TAHNIAH tau.

Ingat lagi Aqil balik peksa, sy tanya pasal ujian, aqil kata, "aqil tak pandai buat nombor 2".. kesian anak ibu, takpa sayang, sayang kecik lagi, lama2 pandai la tu. Sedih pulak malam ni sibuk iron baju takdan nak bacakan dia kisah haiwan teladan..

Untuk ibu2, banyakkan berdoa untuk kejayaan anak2, doakan mereka menjadi anak yg berjaya dunia & akhirat ~

Photobucket

Saturday, 7 July 2012

Panduan mendidik anak cara Islam

Assalamualaikum~
Sekadar berkongsi info dan untuk peringatan pada diri sendiri. Bukan bermakna saya sangat baik, tapi sharing is caring!


1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”


4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

 Photobucket

Friday, 6 July 2012

Sesi bersama Macaroon

Salam semua~ 

Aku bukanlah penggemar macaroon ygy tegar, biasa2 je, kali ni sebab aritu baru sembuh dari penyakit, pastu ikhtiar sendiri puasa 5 hari berturut-turut, jadi ingat nak la bagi hadiah untuk diri sendiri ye dak! hargailah diri anda, kalau anda tidak menghargainya siapa lagi yg boleh, kan kan ;p

Jadi aku order ngan Oh macaron! dari fb... bukan sikit 30 bijik! ha, makan lah kau ;p

sebenarnya anak2 pon suka sangat dgn macaron, aku bukan tak reti buat, dah 2-3 kali buat, sedap tapi tak jadi, sebab tak 'naik' elok. order online lah senang, tak yah penat2 pukul telur!

30 bijik RM85.00 termasuk pos ke Sabah..ok what! ada org lain juai 36 bijik RM109 termasuk pos..
mak aiii, macam makan kat Italy dah gayanya.


Siap bereben-reben lagi!

Tengok, comelnya diaaaa


Setelah aku 'rasa'


 Silalah order kalau berminat..
Macaron sangat manis, jadi order dulu sikit2, nanti dah sedap baru order banayak2 ;p

selamat mengorder!


Photobucket

Pemenang lagi...

Salam semua,

Entry kedua senarai nama pemenang ;)


http://ainanadhirahhisham.blogspot.com/2012/06/giveaway-1st-giveaway-by-purple-mommy.html
http://lynnlinda.blogspot.com/2012/06/1st-giveaway-by-purple-mommy.html
http://norumara.blogspot.com/2012/06/1st-giveaway-by-purple-mommy.html
http://umikasum.blogspot.com/2012/06/1st-giveaway-by-purple-mommy.html
http://azatiesayang-contest.blogspot.com/2012/06/1st-giveaway-by-purple-mommy.html

Pada yg terpilih, silalah emelkan butir diri untuk tuntut hadiah je. Hadiah hanya sah laku 7 hari je ye..kang nanti ada pulak tahun depan emel "eh! saya menang. nak hadiah"... no no no !

emelkan ke
kapbodcantik@gmail.com

sertakan 
Nama:
Alamat :
nama blog : 
No fon :

Tahniah !!


 Photobucket

Thursday, 5 July 2012

Butang Baju Melayu

Salam Nisfu Syaaban~

Alhamdulillah, Syaaban dah sampai ke pertengahan, insyaAllah Ramadhan akan menyusul..bestkan, dah rasa bahangnya sebab dok puasa sunat, train awai² takut Ramadhan nanti semputttt ;p



Eh, sebenarnya nak promo Butang Baju Melayu, jomlah beli, dibuat dari tiger stone, ada sikit2 macam mata sang belang tu, tapi sangat cantik tau.

Ada 5 warna , biru, hijau kuning, putih dan coklat. Sape yang berminat boleh emel k:

zarycollection@gmail.com

Gitau nak berapa, warna apa, pos ke mana..ok bai


  Photobucket

Pemenang 1st Giveaway by Purple Mommy

Salam semua!

Lamanya tak jenguk blog ku ;)

Ok, ini 3 pemenang yg berjaya menambat hatiku...chewahhh ;)




http://rahasiabelogaku.blogspot.com/2012/06/1st-giveaway-by-purple-mommy.html
http://sayananasuhana.blogspot.com/2012/06/1st-giveaway-by-purple-mommy.html
http://budakpendekberblogging.blogspot.com/2012/06/1st-giveaway-by-purple-mommy.html

Jadi pada cik/puan empunya blog silalah emelkan ke

kapbodcantik@gmail.com

sertakan butir berikut:
Nama blog:
Nama tuan blog:
Alamat:
No fon:

Ok, thanks a lot for join my contest!!

p/s : ada lagi tau pemenang, next post k!

 Photobucket

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik