Saturday, 17 May 2014

Bawal Daisy RM12.00 SAHAJA


Assalamualaikum, 

Sekarang, pada yg berminat dengan bawal corak boleh beli disini ye. Semua murah2 je.
Harga runcit RM12.00 sahaja. Untuk pembelian 5 helai dan ke atas akan dapat special price.
Juga boleh tengok detail gambar di facebook saya ----> DI SINI

Sangat senang dipakai, terbentuk cantuk, boleh dipakai simple begini atau dengan gaya tudung bawal ala mawar fizo yg glamer tu...hihi..

yg berminat, boleh pm di facebook, atau emel saya ke nizasri@gmail.com
atau sms/ wassap ke 0194750626




Photobucket

Monday, 17 March 2014

Tempahan Kek Kota Kinabalu

Salam semua,

Alhamdulillah, sejak publish post sebelum ni tentang tempahan kek yg dah pon sy buka, makin ramai yang order. Kebanyakkan berminat dengan snowy cheese cake dan jugak lava cheese cake. Syukur... Ramai yang dari UMS, thanks semua, lepas ni order lagi ye...hihi..

Sebenarnya ada lagi produk yang aku buat, tapi tak terpost kat blog, selalu jual kat kawan2 sekolah jer. Baik, kalo korang berminat, bolehlah order ye. Nanti kat bawah akan disertakan no fon untuk korang contact, harap bersabar jika terlambat reply...

Aneka kek:
  • Red velvet
  • Moist Choc Cake
  • Snow Cheese Cake
  • Lava Cheese Cake
  • Kek Karamel (1kg+ sahaja)
  • Butter cake
* Harga kek berdasarkan saiz dan berat:
150g - RM5.00
500g - RM15.00
1kg+ - dari RM35.00

** Flavor yang ada untuk cheese cake
- Vanilla
- Choc
- Strawberry
- Pandan
- Yam

Aneka Puding/ Dessert
  • Melty Hershey (RM8.00/pc)
  • Puding marble (RM35.00)
Aneka Cookies
  • Biskut Lidah Buaya (RM20.00 sebalang)

 Untuk membuat pesanan, boleh sms/ whatsup 019-4750626 (maz)

Snow cheese cake
Red velvet
Red Velvet 1.3kg
Biskut Lidah Kucing
Tempahan juga dibuka untuk doorgift atau majlis2 tertentu. Sila hubungi saya untuk maklumat lanjut. Terima kasih.


 Photobucket

Tuesday, 14 January 2014

Kek Cheese Meleleh di Kota Kinabalu





Assalamualaikum

Open for order now!!

Bagi yg mencari-cari kek cheese meleleh di kawasan Kota Kinabalu, boleh order sekarang ye. Order boleh dibuat 2 hari sebelum.

Perisa kek yang dijual:
  • strawberry
  • pandan
  • lemon
  • yam
  • red/green velvet
  • chocolate moist
Saiz & Harga:
    • Kecil 100g - RM5.00
    • Sederhana 500g - RM15.00
    • Besar 1kg ++ - RM40.00 - RM50.00


 Kek cheese meleleh RM15.00
 
 Red velvet RM15.00

Gerenti halal dan sedap ye. Untuk pesanan, boleh hubungi:
SMS/wassap 019-4750626
emel : nizasri@gmail.com


 Photobucket

Wednesday, 1 January 2014

Welcome 2014

Assalamualaikum~

Alhamdulillah, 2014 dah menjengah. Masuk 2014 maka dengan rasminya umur aku pon dah bertambah lagi 1 angka, lepas ni kalo kena tanya umur mesti letak 30+ kihkih.. berapa2 pon lah umur kita yang penting bersyukur, aku tengok Raja Azmi dlm Masterchef tu wpon dah 50-an tapi cergas je terloncat-loncat, pakaian rugged ala remaja2.. umur bukan penghalang kan ;)

Dah masuk 2014 jgaklah anak-anak aku dah masuk sekolah. Aqil & afiy sama satu tadika. Kalau tahun lepas aku banyak tulis tentang nursery Islamic, tahun ni aku hantar anak gi tadika English lah. Memang ngam la dengan penambahan subjek aku tahun ni, iaitu Bahasa Inggeris, berbuih aku cakap BI, kalau salah pon main hentam. Yang penting berlagak macam pandai..kahkah!


Oh my kids, they look big enaugh ;) malam sebelum tu kan, aku ni tidur pon tak dapat. Serabut perut la, tak tau aku pk apa, rasa2 dalam jam 2 lebih gak baru terlelap. Jaga ja terus excited nak siap2, sebelum 5.45 pagi dah bertolak, aku kerah anak2 aku bangun jam 5.30 pagi lebih2 sikit la.

InsyaAllah pasni aku akan update sikit2 tentang tadika SUNSHINE ni ye. Penat dah menaip..

 Photobucket

Wednesday, 25 December 2013

[Resepi] Fettucini Carbonara Homemade

Assalamualaikum.

Sekarang kan musim hujan petang-petang kan, jadi rosak diet i tau. Diet kunun-kunun namanya. Haha...kata diet tapi makan banyak! huhu~

Alkisahnya, i ni memang suka western food. Dari chicken chop, beef chop, hash brown, french fries, burger dll lah. Semua aku rembat. Jadi, tetibe rasa macam nak makan carbonara lak. Jadi, aku pilih nak buat Fettucini Carbonara.

Ini adalah fettucini
 Mula-mula, aku buat sos carbonara menggunakan sos prego sedia ada. Bahan-bahannya:-
  1. 1 tin carbonara sos Prego
  2. 6 stick isi ketam
  3. 6 ketul cendawan butang
  4. 1 keping cheddar cheese
  5. serbuk lada sulah, lada hitam, oregano
  6. 2 ulas bawang merah dan putih dipotong dadu
  7. 2 sudu minyak masak
Cara-cara:
  • Rebus fettucini sehingga lembut
  •  Panaskan minyak, masukkan bawang
  • masukkan isi ketam, goreng hingga masak
  • masukkan sos prego, cheddar cheese, serbuk lada hitam, lada sulah dan oregano dan cendawan butang.
  • masak hingga pekat.




Pada paginya pulak, aku buat lagi sebab fettucini ada lebih, dan sos prego dah abis. Jadi, aku guna je bahan-bahan sedia ada di rumah.

Homemade sos Carbonara;-

  1. 2 sudu minyak
  2. 2 ulas bawang putih dan merah dadu halus
  3. isi ketam, kepingan isi ayam
  4. 6 biji cendawan butang dihiris nipis
  • panaskan minyak, goreng bawang hingga wangi. 
  • masukkan isi-isi tadi, dan juga cendawan butang. Masak dalam 5 minit.
  1. 1 sudu butter
  2. 2 sudu tepung gandum
  3. 2 cawan susu segar
  4. 1 cawan air
  5. 1 kiub ayam
  6. serbuk lada sulah, lada hitam dan oregano
  7. 1 keping cheddar cheese
  • panaskan kuali, masukkan butter, masak sampai cair
  • masukkan tepung gandum, goreng jangan sampai garing
  • masukkan susu, kacau hingga sebati, masukkan air dan kiub ayam
  • masukkan cheese, lada dan oregano
  • masukkan bahan goreng tadi dan masak sehingga pekat.

 Western sangat lah kan, pastu aku terliur tengok laki aku makan nasi goreng dengan sambal belacan. huhuhu...

Photobucket

Sunday, 22 December 2013

Bilik Tidur Impian

Hampa tau dak, nak habaq ni..rumah kami hat kat kedah tukan dah siap dah. Syok la, tapi tak tau bila buleh dok. La ni dok KK lagi, tak dapat pindah lagi. Ingat nak renovate skit² dulu, tambah dapoq dulu, tanam rumput hat elok² sket, bagi nampak cantik rata gitu.

Pastu aku ppon dok berangan la nak design rumah aku tu nanti macamana.. hikhik. Nak kena cari tema ni. Tapi aku berkenan sungguh design bilik ni, aku dapat dari designer terkenal iaitu encik gugel.

Cantik kan warna ni, aku pon tak tau nak klasifikasikan warna apa. Hijau ka, atau warna mint kan. Spring green rupanya.

Purple pon cantik, tapi mesti laki aku tak nak warna camni.

Merah pon awesome! Ni laki aku suka.

Hitam itu sangat menawan dan masuk dengan semua warna.

Nampak soft sangat warna ni kan.

Banyak design kita boleh buat contoh kan. Harap² semuanya berjalan lancar dan berjaya...hikhik.

Dream as if you'll live forever. Live as if you'll die today.

  Photobucket

Bila Loghat Kedah Di KL Kan

Serius aku menyampah betul bila jumpa kawan² aku yg asal usul tok nenek moyang orang Kedah tapi buat² tak ngaku. Mula² dulu jumpa kawan sekampung, p raya rumah dia, pastu tengah bersembang aku pk, "awat pelik sangat kawan aku cakap ni" Dia ni kawan sekolah rendah aku dulu.

Bila aku dengar baik² dia cakap gini:

"Aku balik semalam, tadi kawan² datang. Depe dah balik dah"

La, rupanya dia telah meng'KL'kan depa tu, jadi depe..huhu..aku nak tergelak tapi cover.. hhaha..

Jiran aku dulu pon sama, baru 6 bulan p KL, balik comfirm la cakap KL. Sekali mak dia gtau jiran², "Dia dok KL tak cakap Kedah, tu yg tak reti dah la ni cakap Kedah lagu mana"..

Aku rasa nak muntah pon ada, 6 bulan ja dok KL hampa dah tak tau nak cakap loghat Kedah yg hampa guna dari lahir..penipu!

Baru² ni pon, aku jumpa sorang makwe ni di LCCT, baru balik dari Beijing, p satu family. Dahsyat!! Keja bank. Aku sembang punya sembang, bila dia tau aku orang Kedah, dia pon cakap dok Kedah. Ingat nak speaking la, jumpa orang kampung, tapi dia masih cakap KL. Aku follow. Sebab dia jenis pindah randah, sekali mai adik dia cakap pelat Kedah pekat punya, yg aku pon terkejut.. dan kakak dia still cakap KL, dgn menggunakan depe ;)

Wake up Kedahan!! Proud of you! i'm proud to be Kedahan. Tak semua orang 'lepas' cakap Kedah tau!



 Photobucket

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik