Thursday, 29 August 2013

Selamat Pengantin Baru Pakngah & Makngah

Assalamualaikum wbt..

Eh, korang masih dalam mood beraya ke? ke mood kenduri kawen..hihi.. aku pon tak terkecuali tau, sibuk dengan persiapan perkahwinan gak balik raya ari tu. Ops, bukan perkahwinan ai ye, perkahwinan laki ai pon bukan! Perkahwinan adik ipar ai la, yg lelaki, telah berumahtangga dengan wanita pilihan hati, Linda Alim. Tahniah!!

Gembira weh dapat biras, takdelah rasa ganjil sorang² kan, ada gak geng! Beza jadi menantu pertama dengan menantu kedua dan ketiga dan seterusnya ialah menantu pertama sebagai penanda aras. Baik yang pertama insyaAllah baiklah yg seterusnya. Lagipon sbg menantu pertama ni kita nak masuk ke dlm sebuah keluarga lain agak celaru sekit, dari segi penerimaan 'orang asing' ke dalam family kita dan juga adik beradik yg lain.

Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Tahniah sekali lagi dari kami abg Li & kak Niza yg comei.. sempat lagi kan.

 Warna hijau pink di sebelah pihak perempuan. Aku suka betul dengan warna hijau pink ni, sampai aku pegi gak beli di Peace Collection, RM115.00. Tapi yg x bestnya, aku potong sikit kain sbb labuh, terus jadi senteng. Masa berjalan takde ape, tapi bila duduk sentengnya sampai lutut. Aku pon tak tau apa yg aku salah potong..huhu

 Ini namanya pengapit tangkap muat. Pengapit sebenar tak jadi datang, sbb demam kot. Dia ni sepupu suami gak, nama Mat Et.

- Pengantin Shahimie & Haslinda -
Sweet je baju linda, ala² dress kembang.

 Kenduri belah pihak lelaki. Warna kuning diraja.

Dara² sunti
- Saba, Jue, aku (perasan suntiler sangat), dan Nabilah -
Adik² ipar perempuan aku. Semua comei² belako. Serius aku sangat kagum dengan kulit muka dorang ni. Memang cantik abis, licin dan gebu. Takdaklah pakai pencuci mahal² pon, yg biasa² di pasaran je. Nak jumpa jerawat seketul pon payah.

 Adik ipar lelaki aku yg bongsu - Duih -
Aku ugut dia nak post di wall FB, terus dia takmau takut sangat gf dia tengok.
Kak boh dalam blog je duih, jgn riso ye!


 Dengan MIL aku. Muda lagi ni tau, kulit pon takde pon nak kedut², alat mekap pon tak pakai. Lipstik lagilah, aku je merah bibir tiap² ari.

 Family aku pon datang, ini kak long aku ngan anak² dia. Paling kecik nama Awisy, aku paksa suruh panggil ibu kat aku... hahaha..akhirnya dia panggil jugak. Tapi kadang² dia panggil ibu chik.

Yang paling aku suka sakat dia ni aku suruh dia jerit. Aku kira 1,2,3 pastu dia tarik napas dan jerit..hahaha.. Mak dia selalu marah sebab nyaring yg sampai berdengung telinga tu...budak tecik ni. Rindu awisy !!

 Ini adik aku & mak. Adik aku ada boifren dah, nama Kamil. hahaha

Aku dan kekasih hati aku ni.. seronok pulak bila jumpa pelamin, rasa macam takmau turun pulak..kahkah.. melampau over!! 


Baru aku perasan, takde pon gambar anak aku. Aku busy la jugak hari kenduri kami tu, aku sibuk uruskan makanan pengantin dengan adik² ipar. Sampai tak terurus langsung anak² aku yg sepatutnya comel² terus jadi comot². Mak depa tak menang tangan na uruskan dorang. Masing² pakai seluar je, baju lawa takdak pon. Masa pengantin sampai, dorang dah tertidur keletihan. Tu pon aku baru mandikan dorang dan pakai baju lawa².

Siap aku pesan berkali-kali lagi, 'ibu sibuk, jangan ikut orang jalan ye'. Risau jugak aku masa² kenduri ni, bukannya tau sapa yg datang kan!

Panjang pulak entry aku, selamat beramal!!



 Photobucket

Wednesday, 28 August 2013

MC Collection - Cover & Treatment Foundation

Salam semua,

Korang nak tau tak, semangat kan aku guna mcm² produk supaya aku cun melecun comei lote bila balik raya ritu kan, tapi dengan gembiranya jerawat² batu naik kat muka aku 5-6 biji. Tu tak termasuk lagi jerawat² kecik yg bersuka ria tumbuh tau. Geram ai!! Tapi apakan daya, aku redha! Mekap sedozen la raya ritu.

 Gambaq ni masa kat airport, baru nak balik Kedah. Tanpa guna Perfect365, tetap licin gebu dengan menggunakan Kryolan TV Paint Stick aku tu. Sampai je kampung dah tak gebu ;(


 Tengok, ni masa raya kedua, berbintik-bintik muka aku ni tau. Sabar²...

Jadi, lepas diselidik, aku rasa muka aku mula berjerawat sebab foundation aku dah expired la. Tekaan aku la, sebab bila naik jerawat, aku cover ngan foundation, naik makin banyak lak. Nak tempek bedak sejuk berkilo-kilo kat muka, malu la pulak, satgi mak mertua aku terkejut lak tengok aku bangun sahur dengan muka putih melepak!


Jadi, aku ambil keputusan nak beli foundaton lain, bukan sebab yg lama tak bagus, tapi tak elok pakai alat solek dalam jangkamasa yg lama, rasanya dah nak 3 tahun aku pakai, tu pon masih ada lagi tau. Dan sekarang, aku dah beli cover face baru dari Azwa Kryolan, foundation MC Collection dari Meiko jugak. Kira setanding la dengan Naturactor &  Octard.



InsyaAllah, nanti sampai lehla aku wat review ye.

p/s : TQ sis Azwa Kryolan, siap kenal dah aku ni, terkojut den. Dia cakap selalu baca blog aku! hihi..malu² lak rase.. Nanti baca lagi ye kakwa! Lebiu..

p/s : Gambar diambil dari website http://meikocosmetics.com.my/




Photobucket

Jakun Kah Aku?

Salam semua,

Korang balik kampung raya ritu naik ape?? huhu,, penat sesak² kat lebuhraya ke? hihi..aku naik flight, takde nak sesak² der, kami masih lagi tetap berlakon kami ada anak kecik, jadi Hafiy aku terpaksa gendong wpon umur dah 3 tahun, supaya dapat naik kapai awai..haha..bijak tak ;)

Alhamdulillah anak² aku pon takde lah nak meragam kali ni, mungkin sebab dorang semua dah besaq² dah kan. Tapi hat bestnya sekarang, sangat menyenangkan ibu bapa untuk tidur, sebab di setiap kerusi masing² dah ada tv kecik ;p mcm dvd player, jadi lehla tngok rancangan yg ada kat situ. Senangla, sebab budak² leh layan katun dan game, ada Doctor Mcstuffin, jack & pirate dll. manyak lah... games aku tak buka pon.



Filem pon ada, drama, sempat la aku tengok Bones, sampai nak termuntah.. pastu aku tengok Bikers Kental dan criter korea. Bagus jugakla, tapi kalo yg pening baik jangan tengok, giler pusing² pala aku ni tau! hehe..


Aku tengah layan cerita Korea, tajuk dah lupa... tapi best! Sama² la beli tiket Malaysia Airlines ^_^


 Photobucket

Friday, 23 August 2013

Lagu Pencuri by Mark Adam

Salam semua,
Korang ada perasan tak sekarang ni kan ada lagu yang comel sangat, selalu ada di radio. Aku punyala search, akhirnya jumpa. Tajuk PENCURI by MARK ADAM.

Pencuri - Mark Adam
================


Jangan tinggalkan auramu
Di sekelilingku
Ia membuat aku termimpi
Mimpikan kita
Jangan biarkan wangianmu
Mohon memahami
Ia melekat di hidung
Yang memenuhi
Di setiap sudut mindaku

Kan ku curi hatimu
Menyamun senyummu
Kan ku culik cintamu
Macam ku larikan lirikmu
Kau tak perasan aku suka mu
Dari dulu lagi
Kau simpan hatiku
Dari darjah satu (darjah satu)
Jangan senyum bila di depanku
Fokusku tergendala
Kau memaksa aku menutup mata
Tak sempat tutup telinga
Bila kau tertawa
Kan ku kembalinya padamu nanti
Bila kita berjanji
Tuk sehidup semati
Kan ku curi hatimu
Menyamun senyum mu
Kan ku culik cintamu
Macam ku larikan lirikmu
Kau tak perasan aku suka mu
Dari dulu lagi
Kau simpan hatiku
Dari darjah satu (darjah satu)
Dari darjah satu
Aku suka kamu



Lagu Pencuri ni juga ada versi BI, tapi belum lagi aku jumpa lirik. Dengar macam comel jugak ;p Enjoy!





 Photobucket

Thursday, 22 August 2013

Cosway : Bioglo Silky Feet Mask

Semasa entry ini ditulis, mask ni masih lagi dipakai..ngehngeh... jadi takleh letak 'RIVIEW' kat tajuk tu ye.


Tujuan aku beli dan pakai Bioglo Silky Feet Mask ini adalah untuk menjadikan tapak kaki aku bertambah lembut. Seiring dengan usia yang menjejaki 3 series ni, perubahan fizikal pon semakin ketara. Antaranya kekurangan kalsium, kolagen, kendur mendur, garis halus, dan lain² la. Dan aku bukanlah seorang yang obses dengan semua perkara² yang disebutkan tu, tapi mengenai kaki ni aku terpaksa amik tindakan. Sebab tapak kali dah semakin keras/ kematu. menjadikan aku sakit tapak kaki masa berjalan...huhu

Jadi dengan keinsafan yang semakin tinggi ni, aku mengambil langkah pertama dengan memakai stokin. Supaya kulit kaki aku tak kering dan terhindar dengan habuk² jahat. Mula² rasa rimas, sebab aku jenis yang suka pakai heel, tapi serius selesa. Tambah² bila sampai rumah, buka ja stokin rasa cam lembut bebenor tapak kaki aku ni. OK! stage pertama berjalan dengan lancar ^_^

Langkah kedua ni lah aku cuba feet mask dari cosway ni Harga agak mahal untuk yg kedekut macam aku, dalam RM40.00 kot. Tujuannya adalah untuk menggelupaskan tapak kaki aku tu dalam masa 2-3 hari. dan hari ke-7 tapak kaki aku yag gebus gebas.. harapan setinggi gunung!



Takpe², untuk sape yg berminat lehla gi cosway yg terdekat. kalo nak tunggu riview aku jadi ke tidak nanti aku gtau eh..doa² la supaya jadi..bhaha



 Photobucket

Selamat Hari Raya (Eh! Sempat lagi ke?)

Assalamualaikum teman² yang singgah sini ^_^

Dengan senyuman tau, akhirnya dpat jugak buka blog yg comel ni...rindu la sangat²! Sepanjang puasa dan raya memang tak dapat langsungnak update apa², bukan takde apa yang menarik, masalahnya takde mood langsung. Taktaula mood tu gi mane, pahtu heran napela status kat nuffnang awat turun pangkat! seniri mau ingat ler...

Alhamdulillah raya pon berlalu dengan jayanya. Kali ni balik senang sikit nak gerak, kakngah aku bagi pinjam kereta dia, tima kasih no kakngah.. aku dah ejas econ hg, topap sikit², pahni aku pinjam lagi nooo....bhahah

Yang paling bestnya, raya ritu aku pakai baju raya yang aku jahit niri habaq hang...heheh..gelak senyum sambil kembang lobang hidung! Sebab utama aku jahit sendiri ialah, kedai² jahit kat KK ni dah takmo amik upah jahit baju aku. Sampai ati depa, sampai memaksa aku jahit seniri. Nasib baik jadi juga, siap buat kain kipas lai. Pastu ada reben, dalam 3-4 kali buat jugakla reben pon. Sat jahit, pahtu tetas, jahit lagi, gamak tak elok tetas lagi...huhuhu saya budak baru belajar..

Inilah baju yang aku jahit tu, siap buat kurung moden pahtu ada line lak di pinggang. mula² ingat nak jahit peplum, tapi konpius la pulak mana 1 nak jahit dulu. Leher ka, sambung dulu ka, atau zip dulu. Last² kensel ja, jahit kurung moden ja senang. Konon² buat ala² designer femes la...huhu.. cer tengok reben gedabak tu kat pinggang, ade sapa leh lawan!!!! hihi

Jom layan gambaq raya aku, anak² dah makin besar, bosan dah  dorang nak amik gambo..huhu..tinggal la aku ngan laki aku snap sana sini.


Dengan suami tercinta

Keluargaku...tengok muka aqil..protes tamau amik gambaq

 Aku purplemommy aka maz ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN dari kami sekeluarga.

 Photobucket

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik