Thursday 11 August 2011

Kawan atau keluarga?

KELUARGA!!!
Sah...sah jawapan aku mestilah family first..sebab yang paling utama aku dah berkeluarga, ada anak.. kadang2 amik anak kat nursery terlewat walaupon baru jam 5.00 petang aku dah sedih yang teramat ;(
kenapa? sebab anak2 aku dah dihantar ke nursery seawai jam 6.30pagi, pastu kalau amik jam 5.00 petang aku hanya ada masa lebih kurang 3 jam setengah je untuk bergurau senda, bermain, bermanja ngan anak2, sebab jam 830 malam anak2 dah nak tido..sedihkan, masa dengan anak2 langsung tidak berkualiti dan kuantiti pun sedikit.. tu tak tolak lagi time masak memasak, dah tolak lagi sejam..sedeynyaa!!! cian anak2 ibu, sempat ke korang bermanja ngan ibu? mesti tak best kan, satje ;(

Tapi, it is me! a woman, a wife, a mom ;) 

Kalu korang pilih spend time lebih banyak dengan family or friend? kebanyakan lelaki lebih suka bersama dengan kawan2 kan..dan saya sangat marah dan tidak suka bila suami saya cakap,

"Abang kat kedai makan ni, lepak2 dengan kawan"

ouch!! sangat tak bagi! sangat tak boleh! hello, u dah spend at leat 8 hours with your friend kat ofis, then after office hours u continue hangout with all your friends again?? 
Your family? your anak? huh...sangat tak puas hati!
Kalau cenggini, better u kawen dengan kawan2 u, tak yah ada family and anak and so on...

Kenapa i tak suka?
  • sebab bila balik rumah jam 730, anak tido jam 830, u only have 1 hour per day to spend time with your anak at home..hello, cukup ke masa 1 jam? silap2 aribulan, ada bapa yang tanya, " eh, kenapa anak abah kurus ni?"...walhal anak dia demam dah bape hari pon tak sedar...ataupun "eh, bila anak papa boleh berjalan ni?"...walhal anak dia siap boleh berlari lagi..
Yang paling aku sedar, sape nak tolong kita time kita susah? kawan ke? atau keluarga? sapa yang kita cari.. sapa nak tolong jagakan kita kat hospital bila kita sakit? kawan kah? atau keluarga? Ada kawan yang akan bersengkang mata menjaga kita siang malam bila sakit? Bila senang ramai kawan datang mencari, tapi bila susah ada kawan menanti?


Kawan itu ada tiga jenis:
  1. yang seperti makanan, setiap masa diperlukan dan selamanya  bermanfaat serta menguntungkan
  2. yang bagaikan ubat, ada masa-masa sahaja kita perlukan
  3. yang sama dengan penyakit, semoga Allah menghindari kita darinya.
Rasulullah (saw) bersabda : Kebaikan yang paling cepat memperoleh ganjaran pahala ialah kebajikan dan silaturahim. Dan kejahatan yang paling cepat mendapat hukuman ialah kezaliman dan memutuskan hubungan kekeluargaan.
(Hadith Riyawat Ibnu Majah)

Kasih sayang suami isteri

Rasulullah s.a.w bersabda: apabila seorang suami memandang kepada isterinya dan isterinya memandang kepadanya, maka Allah akan memandang mereka dengan kasih sayang. Lalu bila suami memegang-megang tapak tangan isterinya, maka dosa-dosa mereka akan berguguran melalui jari jemari mereka.
(Hadith Shahih)


    Photobucket

    No comments :

    Post a Comment

    My Wedding

    Daisypath Anniversary tickers

    Happy Birthday Aqil

    Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

    Happy Birthday Afiy

    Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

    Jom Klik