Monday, 14 March 2011

APAM DOT DOT

Fuiyoo!! nama je dah very surprising kan..
Apam ni memang istimewa,tau kenapa? sebab apam ni design comel, macam cupcake, ada dot2 (titik2 colorful) kat permukaan apam, pastu ada inti lak tu...sedap komfim la tambah2 untuk bebudak ni...madam pelangi dah buat, tapi baru sekali ;p


Nak tau resepi? kat bawah ni ye..

Bahan-bahan ( 45 biji Cup Sederhana Besar )

  • 3 biji telur
  • 275 gm tepung gandum
  • 200 gm gula halus
  • 150gm susu segar (fresh milk) . Boleh juga ganti dgn susu sejat
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh ovallete
  • Filling blueberry/ coklat secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna & Esen Vanilla

Cara-cara

  1. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa
  2. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  3. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang. madam guna acuan tart , kawan saya guna acuan apam..boleh je mana2..asalkan berlapik
  4. Picitkan filling secukupnya
  5. Picitkan lagi adunan sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan(boleh juga buat huruf ye)
  6. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit
  7. Jangan buka api besar semasa mengukus. Nanti merekah
  8. Boleh tukar filling (inti) apam ni dengan inti pilihan contoh : sekaya, strawberry, jem, peanut butter, coklat, orange filling dan apa2 yg anda suka.
  9. Selamat Mencuba :) 
  10. Gerenti sedap!!
p/s boleh juga tengok di sini ye...ada gambar, madam takdan hamek gambo, skali ngadap abess licin!!

http://www.myresipi.com/top/detail/12445

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik