Friday, 8 June 2012

Rasa macam nak jatuh

GILA!! 
Macamana la aku boleh terloncat-loncat nak naik topgun ni!! haha

Sebenarnya di KK ada UK funfair, agak hebat la berbanding yang lain-lain, sebab permainan dia agak mengerikan dan tidak sesuai untuk kanak2!! huhu
Sebelum ni ada juga masa di KDCA, tapi bila pergi rasa cam kat Filipin, cam kat Cina pon ada, sebab nak jumpa org Melayu sangat susah, kawasan kadazan dusun situ.

Kali ni buat dekat Jakel, hampir sangat dengan UMS, apa lagi ramai la org melayu kat sana, ok lah sikit paham gak masing2 bercakap.

Sampai je aku ternaik pulak TOPGUN!

Excited weh, masa bergerak sikit la, senyum2 lagi kat laki aku ngan anak2 kat bawah, masa betul2 kat TOP kali pertama masih lagi buka mata , kali kedua buka mata lagi, dah nampak keta parking kat 1Borneo, kali ke3 aku dah tak tahan, rasa macam nak jatuh!!! huaaa, nak turun, STOP please!

tangan dan kaki dah kuat tahan badan yg rasa macam nak jatuh ni, mengucap taktaula tah berapa kali..
Dah pelan tu, Ya Allah terima kasih selamatkan hambaMu!

Turun je lemah lutut den, languh kaki tangan...tkmau dah naik!!!


Inilah topgun itu






permainan kat sini agak mencabar, tapi banyak yg tidak sesuai untuk kanak2..jadi mak bapak budak je yg sesuai..

Photobucket

Thursday, 7 June 2012

Labuan - Part II

Alhamdulillah, hari kedua kami di Labuan, pagi2 lagi dah check out hotel.
Destinasi pertama kami mestilah Taman Burung, bercuti pon dengan kanak-kanak, itu je favourite dorang ;)

Tempat2 yang kitorang melawat :-
  • Ujana kewangan (beli coklat)
  • Taman Botani
  • Taman Burung 
  • Muzium Chimney / Chimney Tower
  • Muzium Marin
  • Hotel Mariner
Lobby hotel
Yang di tangan tu, beg plastik besar tu adalah coklat k...dinasihatkan pada penggemar Ferrero rocher, sila ke Ujana Kewangan membeli coklat sebab agak murah berbanding tempat lain. Beza dalam 6-7 hinggit jugak la ;p

Ini adalah Taman Botani, tempat orang joging. Tapi kami tak masuk pon, amik gambar kat pagar je ;)




Sampai ke destinasi -----> Taman Burung
Konon beratur bayar tiket, sekali beratur posing daa...pastu tunggu cik abang datang bayarkan ;p
Fee RM3 for Malaysian, RM5 for foreigner, kanak2 bawah 5 tahun free 

Ini je yg aqil berminat

Tempat wajib amik gambo

Encik suami pon sama ;) lebiu lah

i loike...

Bam bam ku


Aqil sangat berminat sebab ada ikan yang diawet, arizona ke apa tah nama dia ;/

-------------------------------------------------------------------------------------------

Next destination -----> Muzium Chimney
Muzium ni tentang arang batu di Labuan kalo tak salah.
Dah memang membaca bukan hobi aku, jadi aku tengok je, pastu tanya my 'kamus bergerak'
incik suami ku sayang..
Masuk free, hanya kena register kat counter ;)


Maybe ada explorace kat sini kot



Siap ada replika orang tengah bekerja lagi



Chimney Tower
 



Next destination ------> Muzium Marin

Nama pon muzium kan, khas untuk kehidupan marin sahaja.
Masuk free... so pegilah beramai-ramai...
Memang bvanyak jenis ikan, tapi replika la, ada belut besar yg masih hidup, pastu yang lain2 tentang kehidupan laut. Dugong pon ade ;p

Excitednya kanak2 ni



Oh belut besar!!

 Alhamdulillah, kami sampai rumah pada malamnya jam 9.30. inilah yang dinamakan destinasi bajet ;)
InsyaAllah kalau ada rezeki masa akan datang, teringin jugak nak bawak anak2 ke Petrosains ke, tengok dinosour, takpon tengok ikan di KLCC tu...
Dn dalam perancangan hujung tahun nak ke Langkawi, dulu 1st time pi ngan husband, honeymoon berdua, kali ni pegi bawa anak2 meriah sikit!

"Sebagai ibu, kita akan rasa sangat bahagia bila tengok anak-anak gembira"

Photobucket

Wednesday, 6 June 2012

Labuan - Cuti2 Malaysia

- ANJUNG KETAM -


Ini dinamakan Cuti Bajet ^_^
Dari Lawas, terus drive ke Labuan...dup dap dup dap on the way ke menumbok, tiket ferry tak beli lagi, maunya takdak, patah balik ler jawabnya ke KK..macam di KK..lalala (ini lagu ;)

Sampai je menumbok, macam besala dah nama takdak tiket, waiting list je lah. Tapi dah dinamakan rezeki, kereta tak banyak nak ke Labuan, jadi adalah rezeki kami, banyak kosong lak tu.

Sampai jer terus check in di Mariner Hotel, rate RM180/nett semalam includes breakfast ;)
Hotel biasa2 je, tak elok sangat, tapi ok la untuk kami yang nak tido semalam je.

petang je, disebabkan perut yang kelaparan, sebab tak lunch ;( 
terus mencari tempat makan Anjung Ketam. hasil google...
Tempatnya best, tapi dibuka petang hingga malam je tau. Masa sampai takder orang pon lagi, kami pon lepak2 je lah, sekali aqil lak nak 'membuang' jadi tunggu la dulu sambil enjoy pemandangan laun meluas di waktu petang yang sangat mendamaikan...

Jalan masuk


 

Macam2 resepi ada

Sirap pon macam2 jenis..rasa ja sama


Hasil tangkapan kami

Ketam masak telur masin

Setelah abis licin dan kenyang ;p
Sebelum gi makan, layan la budak2 ni enjoy the scenery ;)









Photobucket

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik