Tuesday, 1 October 2013

Jalan-jalan di Taman Prince Philip, Tanjung Aru

Assalmualaikum..

Minggu lepas kami anak beranak ada pergi Taman Prince Philip, Tanjung Aru. Sempena dengan Karnival Penternak dan Peladang negeri Sabah. Teruja jugak anak² aku tu, maknye pon lebih kurang je.

Best jugak pegi karnival ni, orang punya ramai. Tapi takla seramai sambutan Hari Malaysia ritu. Macam² binatang ternakan kita boleh tengok, dan ada juga yg dijual. Contohnya macam sesi melelong lembu & kambing.

Arnab kacukan. Saiz lebih besar dari arnab biasa tu.


Keterujaan Hafiy memang tak terkata la. Yang dia excited nak bagi makan pada arnab² tu. Risau aku, kang mati aku gak kena bayar.


Burung unta, saiz biasa² je.

Yang ini kerbau kacukan. Aku tengok lebih kecik, tapi lebih gemok.


Selain dari haiwan ternakan, ada juga pameran tumbuh-tumbuhan, macam cendawan ni. Ada juga madu lebah, beras, getah, semua yg ditanam lah.

-Sweet memories-
Bila tengok pokok getah, macam² aku ingat. Dulu masa di Kg Banggol Lalang, pokok getah ni lah yg aku selalu kerjakan. macam jantan kan! tak tau lah mak aku tau ke tak. Kawasan rumah kami, ada kebun getah, org kampung punya. Petang² musim motong getah, aku pegi curi getah kering di pokok orang, lilit²sampai banyak, aku buat bole. Pastu main la tuju kasut ka, tuju tin ka. Budak² zaman dlu kreatif, banyak akal. Budak² sekarang main tuju tin pun dalam ipad. Kesiannn...

Aku ingat lagi, yg susu getah tu aku ceduk isi dalam tempurung buah getah yg kering tu Dah beku kasi keluar, main masak². Melingkupkan getah orang ja kan.

Jangan tak tau, aku dulu kecik² cita² nak jadi penoreh ja tau. hahaha...

Rumah bajau. Selain tu ada gak rumah² bangsa lain.

Kugiran pon ada. Dorang nyanyi² lagi. Ada juga lagu favourite aku, Kau Ilhamku.

 Yang ini pulak anak ayam, dijual kat sini, seekor RM3. Aqil punyala merayu-rayu nakkan natang ni. Bukan aku kedekut, tapi mana la aku nak letak dengan rumah flet cam aku ni. Sabarla nak ye, kita balik kampung nnt kita beli k.

Photobucket

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik