Saturday, 3 March 2012

Kek Karamel Pelangi

Ewahh! Nak bagi resepi macam pandai masak sangat >_<

Ini first trial buat kek karamel design pelangi tau, karamel sedikit nipis, dah kek pon comot2 sikit., 1st time la katakan. jadi ada yang bertanya resepi, saya bagi ikut sukatan cawan ye, sebab yg saya dapat dari internet pon guna gram, memandangkan takder alat penimbang, gunalah cawan.

Resepi Kek Karamel Pelangi (sukatan cawan) 

Bahan-bahan
Loyang saiz 22 cm
(A) - Bahagian Gula Hangus
2 sudu besar gula (utk buat gula hangus)
*tabur gula dlm loyang & masak atas api perlahan..biar gula hancur & warna tukar jd perang, jangan sampai hitam nanti pahit. Ratakan ke seluruh loyang.

(B) - Bahagian Atas (Karamel)
1/2 tin susu cair, akan jadi nipis macam dalam gambar. Boleh letak 1 tin untuk lebih tebal.
3/4 cawan gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur
 * Optional 1 sudu besar tepung kastard

(C) - Lapisan Kek 
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
3/4 cawan gula kastor
3 biji kuning telur
135ml air biasa
45ml minyak masak

(D) - Cara Buat Merinque
6 biji putih telur
3/4 cawan gula kastor
1 sudu teh krim of tartar (guna sudu KFC)



Sukatan gram
Bahan-bahan:
Loyang saiz 22 cm
(A) - Bahagian Gula Hangus
2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
*tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang) biarkan dia sejuk after dah perang.

(B) - Bahagian Atas (Karamel)
1/2 tin susu cair FN...(blh tmbah klu nk karamel tebal ckit)
70gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur...(klu tmbah susu cair kena tmbah gak kuning telur)

(C) - Lapisan Kek
140gm tepung gandum
70gm gula kastor
3 bj kuning telur
135ml air biasa
1 sudu teh baking powder (guna sudu KFC)
45ml minyak msk (kita guna minyak mazola)

(D) - Cara Buat Merinque
6 biji putih telur
70gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar (guna sudu KFC)

Cara membuat:
  1. Untuk bahagian karamel, kacau semua bahan sampai sebati. jangan bagi berbuih, nanti tak cantik karamel.
  2. Tapis dan tuang dalam loyang berisi gula hangus. Tak payah bakar, biar je.
  3. Untuk lapisan kek, pukul telur, gula, air dan minyak sampai gula hancur.
  4.  Ayak tepung dan baking powder, masukkan dalam adunan. pukul/ kacau sampai sebati. Ketepikan.
  5. Untuk meringue, pukul telur putih sampai jadi foam, ringan dan bila terbalik tak jatuh. masukkan krim tartar, pukul sebentar.
  6. masukkan gula, pukul sampai hancur.
  7. Masukkan meringue ke dalam adunan kek tadi. bahagikan pada beberapa warna.
  8. Sendukkan tiap warna 1 senduk berulang-ulang sampai abis.
  9. Panaskan oven 160 darjah, bakar secara double-boiled/ water bath selamat 50-60 mintit.
  10. Dah masakkan, sejukkan dalam oven selama 10 minit. Biarkan tepi loyang sedikit jarak.
  11. Terbalikkan, dan lap air lebihan dari karamel supaya tak diserap kek.
  12. Sejukkan lagi sedap.
More info:
  • Untuk meringue, jangan campur bahan2 tersebut sekaligus, kalo tak pukul 14jam pon takkan kembang2 (berpengalaman)..
  • Water bath ialah cara membakar dalam oven dengan mengisikan sedikit air dalam bekas letak loyang, ataupon masukkan air dalam loyang lebih besar, then letak loyang kek. paham ke? cam gelong2 je info ;p
  • jangan riso bila nak masukkan adunan kek dalam karamel, sebab adunan tepung akan terapung dengan sendiri tau. decorate je ikut kreativiti masing2, tak tepek2 je ke, pelangi ke, memanjang ke... ape2 pon boleh.
 Photobucket

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik