Dah heboh 1 Malaysia kan, mulai tahun depan kerajaan telah mengharamkan penggunaan botol susu polikarbonat atau yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012. Kenapa? sebabnya ialah tiada bukti saintifik yang kukuh menyatakan bahawa botol susu yang mengandungi BPA selamat digunakan oleh kanak2 dan bayi.
Apa itu polikarbonat?
- Polikarbonat adalah suatu kelompok polimer termoplastik, mudah dibentuk dengan menggunakan panas. Plastik jenis ini digunakan secara luas dalam industri kimia saat ini. Plastik ini memiliki banyak keunggulan, yaitu ketahanan termal dibandingkan dengan plastik jenis lain, tahan terhadap benturan, dan sangat bening. Dalam identifikasi plastik, polikarbonat berada pada nomor 7.
- Digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan ''bisphenol A'' iaitu bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar.
Apa itu BPA?
- Bisfenol A (BPA) adalah bahan kimia yang terdapat dalam plastik polikarbonat (polycarbonate) dan resin epoksi.
- Plastik polikarbonat yang jernih dan tahan lasak ini digunakan dalam pelbagai produk pengguna antaranya botol susu bayi, botol air mineral, bekas makanan dan juga dalam teether bayi. Resin epoksi pula digunakan untuk menyaluti lapisan dalam hampir semua makanan dan minuman dalam tin.
Kesan BPA
- BPA dari produk mengandungi bahan berbahaya ini dapat melarut resap ke dalam makanan atau minuman dan seterusnya memasuki badan.
- Dos Bisfenol A yang rendah sekalipun dalam badan manusia boleh disalah anggap sebagai estrogen. Estrogen adalah hormon yang mengawal perkembangan otak, sistem peranakan dan pertumbuhan janin. Keadaan ini boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan.
- Janin dalam kandungan (ibu hamil jaga pemakanan anda) dan bayi adalah golongan yang paling berisiko jika terdedah dengan BPA ini kerana ia dikatakan mempengaruhi pembentukan otak dan perangai bayi.
- Banyak kajian mengaitkan BPA dengan pelbagai masalah lain seperti baligh awal, kanser payudara, kanser prostat, penyakit jantung, obesiti dan kencing manis. Malah, ia juga dikatakan boleh menyongsangkan ciri-ciri jantina seseorang dan merosakkan kromosom.
Tip Mengelakkan BPA
Memang suah nak hindar terus barang2 yang mengandungi BPA ni, tapi kita boleh kurangkan penggunaan dengan cara-cara ini:
- Jangan panaskan makanan atau minuman dalam plastik polikarbonat sama ada menggunakan ketuhar gelombang mikro atau pun direbus.
- Kurangkan pengambilan makanan dalam tin, pilih yang segar atau sejuk beku. Jika mahu yang segera, pilih dalam botol kaca.
- Seboleh mungkin, gunakan bekas makanan daripada porselin, kaca atau keluli tahan karat terutamanya untuk makanan atau minuman panas.
- Berikan permainan yang selamat untuk anak anda. Lihat kod plastik di bawah permainan. Kod 7 adalah polikarbonat (elakkan juga kod 3 kerana ia mengandungi toksin).
- Jika mahu membungkus sup atau air panas dari penjual makanan, bawa bekas makanan atau minuman anda sendiri.
- Jangan membiarkan air di dalam botol air mineral terjemur di dalam kereta, dan kemudian meminumnya.
Tip Mengelakkan Penggunaan Botol Susu BPA
- Gunakan botol susu daripada gelas atau plastik yang bebas BPA. Elakkan polikarbonat. Sebaliknya pilih polietilena, polipropilena atau poliamida.
- Jika anda menggunakan juga botol polikarbonat, pastikan ia tidak dijemur, tidak dipanaskan dan tidak dimasukkan air panas menggelegak ke dalamnya.
- Elakkan calar dengan menggunakan berus yang lembut daripada plastik dan span, bukan berus daripada dawai untuk membasuh botol susu bayi.
- Gunakan sabun yang sesuai untuk mencuci botol bayi.
Menteri Kesihatan kita menyarankan ibu bapa di Malaysia ni menukarkan penggunaan botol yang mengandungi BPA kepada botol BPA free secara perlahan-lahan. Mungkin kepada yang kurang mampu, sempat lagi mengumpul duit tiap2 bulan sampai ujung tahun depan terus beli pukal botol BPA free nie ye..
Antara Botol Susu Yang Bebas BPA (BPA free)
|
Philips Avent | |
|
|
Linkungan Harga125 ml RM39.90
|
Bumblee Bee |
Lingkungan harga RM33.90
|
Dr. Brown |
Lingkungan Harga RM50.30
|
Evenflo |
Lingkungan harga RM39.90
|
MAM |
Lingkungan harga RM30.90
|
Medela |
Lingkungan Harga RM35.90
|
Nuby |
Lingkungan harga RM36.90
|
Safety Plus |
Lingkungan Harga RM33.90
|
The First Year |
|
|
Pigeon |
Lingkungan harga RM30.00
|
NUK |
Lingkungan harga RM39.90
Takdela mahal sangat kan, tapi kalau ada anak 4 orang, pastu semua masih minum susu botol, terpaksalah yang dah besar sket guna cawan jelah kan, at least boleh tran anak2 kita say no to bottle..biar yang kecik je..jadi plan dari sekaran, beli sebulan sebotol, sampai tahun depan dah 12 botol, cukup sangat la tu..
Lagipun sejak menteri announce hal tu, dah banyak baby store jual botol susu yang BPA free ni, senang sangat nak cari tau.. Kalo nak beli online (kadang2 lagi murah) boleh tengok kat sini k~
Nak survey harga lagi, boleh tanya cikgu google ye, macam2 adaaa...hihii