Saturday, 6 January 2018

Welcome 2018

Salam tahun baru semua,



Ini betul2 serius ni.. setahun lebih tak update bloggggss...
ini bukan dah tahap berhabuk dah ni, dah jadi hutan balak pon ada. Siap dengan binatang buas lagi berkeliaran dan mengaum sakan ni, huhu..

InsyaAllah tahun 2018 nak update blog balik, biarla orang kata ketinggalan zaman pon, aku tak peduli huhu.
Zaman sekarang, orang dah jarang tengok2 blog ni, masing2 dah ada handfon canggih manggih, pakat update di facebook dan tweeter je, tak pon post gambar di instagram kan. Aku pon ada jugak update sekali sekala bila rajin, tapi selalunya tak rajin lah.

Yelah, kadang2 boh gambar makanan kat facebook orang kata riak, nak menunjuk dia pandai masak. Karang update gambar anak, orang kata macam dia je ada anak kan. Ni aku update kat blog sendiri, untuk simpanan sendiri jer..lagi best..

erkk.. karang sambung k. Banyak benda nak post sini tau!

See u.



 Photobucket

Thursday, 29 December 2016

[Resepi] Kuih Telaga Emas

Assalamualaikum ladies ...

Kita bertemu kembali dengan resepi kuih tradisional pulak. Sejak dua menjak ni suka betul buat kuih muih tradisional ni. haritu kan balik kampung, jadi memang petang-petang memang tak buat apa kat rumah. Jadi, macam2 kuih keluar. tapi tahu jelah, orang muda nak belajar buat kuih muih, ada yang jadi, ada yang tak menjadi.. masalahnya, masih muda ka? opppssss.....

Paling failed aritu buat kuih lapis. Lembik je tah apa tak kena.. hmmmm..

Baik, saya kongsikan dengan korang kuih yang super best sedap yang teramat... naahhhh... semua ada.. Kuih Telaga Emas dibuat dari tepung pulut. Dan di tengah-tengah ada inti kastard tapi tak lah kastard sangat. Yang pasti memang sedap, kenyal dan liat di luar, lembut di tengah. Sebenarnya, my favorite kuih tradisi memang kuih yang berasaskan tepung pulut, jadi memang paling sedap la ni..


Bahan-bahan kulit luar:
  • 1 cawan tepung pulut hitam
  • 1 cawan tepung pulut putih
  • 1 susu besar tepung gandum
  • 1 cawan santan cair
  • secubit garam
  • cawan lompang secukupnya
  • sedikit minyak untuk gris
 


Cara-cara:
  • satukan semua sekali kecuali cawan lompang dan minyak ;p
  • uli sampai sebati dan tak lekat di tangan. Kalau masih melekat di tangan sila tambah tepung pulut sikit-sikit. Tak yah uli sental bagai macam buat donat.
  • jangan sampai keras, biar lembut just nice supaya kulit tak liat.
  • griskan cawan lompang dengan minyak.
  • amik adunan tepung dan canai nipis cawan lompang. JAngan terlalu tebal nnti lambat masak. Terlalu nipis pun tak boleh ye.
  • Ketepikan...jangan buang pulak.


Bahan-bahan kastard / inti / bahagian tengah :
  •  1/2 cawan santan cair
  • 1 cawan susu cair
  • 1 biji telur
  • 1 senduk gula (senduk nasi)
  • 1 senduk tepung gandum
  • secubit garam
  • sedikit esen vanilla
  • sedikit pewarna kuning
Cara-cara:
  • Satukan semua, gaul sebati dengan whisk atau senduk atau sudu.
  • Tapiskan. Tuang dalam acuan lompang tadi yg ada tepung pulut tu.
  • Kukus 12-15 minit api sederhana kecil. Panaskan dulu pengukus awal-awal ye.
  • Jangan kukus lama nanti overcooked inti menggelembung.
Siap!!! Memang sedap tau. Ada yang tanya kuih ni asal mana.. saya tak tahu. ada yang cakap kuih Kelantan, ada yg kata kuih Sarawak..


Ada juga saya post di group MAHN di facebook. Boleh tahan juga setakat ni 1.5k likes dan 1.1k shares. Berkongsi rezeki dengan orang ramai. Ilmu harus dikongsi ye tak. Ada yg nak tengok boleh refer sini sementara admin belum delete..

RESEPI KUIH TELAGA EMAS

Selamat mencuba semua!! xoxo


 Photobucket

Sunday, 25 September 2016

[Riview] Takada Egg Rolls Toaster (Kuih Sepit)

Hello everybody,

Nampak menggiurkan tak gais??
Ok, disebabkan crazy dengan kuih sepit / kapit beriniti ni, akak terus gugel cara nak buatnye tau. Ada kawan jual, sebalang RM30.00 tapi tak puas hati. sebab dia gulung kuih pastu sapu inti. Akak nak yang lipat-lipat cenggini ... huhu

Jadi, lepas survey beberapa bulan, bulan ye bukan hari. Akhirnya jumpa toaster khas untuk buat kuih sepit ni. Jangan pulak korang gugel toaster kuih sepit ye, memang tak jumpa. Korang cari EGG ROLLS TOASTER. Kenapa egg rolls? Sebab kuih sepit gulung ialah makanan tradisi org Cina. Jadi masa CNY memang meriah dengan jualan egg rolls ni tau.
 
 
 
Mana nak beli? Akak beli dari Lazada.com je. Situ je hasil carian akak berhasil...hahaha tempat lain nan hado. Termasuklah kedai-kedai barangan letrik ni. Ada 2 brand yang ada di Lazada. Akak beli jenama Takada. Yang bestnya, akak order dan bayar 23 September, 24 September dah sampai posmen ketuk pintu rumah hantar toaster.. Good Job Lazada ;p Terus malam hari akak buat kuih sepit berinti tau.
 
 

Korang yang nak beli boleh terus masuk Lazada k. Atau boleh la jalan-jalan tengok kat kedai letrik tempat korang kot-kot lah ada jual kan.

RESEPI KUIH SEPIT:
  • 150g tepung gandum
  • 50g tepung beras
  • 200g gula kastor
  • santan kara kotak kecil 200g
  • air 100 ml
  • sedikit garam


 Photobucket

Wednesday, 21 September 2016

[Review] Mee Woo Resort, Keningau

Salam 1 Malaysia,

Tengah viral sekarang, resort baru buka di Keningau. Takdelah dekat sangat dengan tempat tinggal saya ni, dalam 2-3 jam jugaklah nak pegi. Tapi cuti sekolah seminggu baru2 ni, bawaklah anak2 pergi mandi manda dan short vacation sana.

Kami booking melalui phone call je. Booking 1 bilik jer. Yerlah berapa orang je kami kan. Check-in sini jam 2.00 petang ye, check-out jam 12.00. Harga masa kami pergi masih lagi dalam promosi RM200.00 semalam. Ada yang kata agak mahal. Tak pastilah kan, macam standard rate jugak aku rasa. Lepas September katanya harga naik lagi. Tak tau berapa nnti korang check kat website or Facebook dorang.


Ada anak dugong terdampar ;p

Ini lah yang paling best sini, ada mini water park. Kecik jer sebenarnya. Tapi sebab tempat baru, facilities semua baru dan cantik lagi + bersih. Yang tergelaknya kami ni tak perasan anak-anak dah besar. Sekali tengok si Hafiy punya swimming suit dah ketat cam dugong dah rupanya.


Keliling memang kawasan perumahan. Jadi pemandangan dari bilik hanyalah bumbung rumah orang. Tapi dari kejauhan kita nampak jugak Banjaran Crocker.




Sementara tunggu anak-anak main air, sempat aku order makanan dari cafe yang ada kat situ. Not bad harga dia. Spagetti carbonara RM13.90. Set chicken wing + fun fries RM10.00. Coca cola RM4.00.





Kakak Hanan dah main air dah. Pastu lepak-lepak tengok abang2 main air.


Kat sini jugak ada kemudahan sauna dan gym. Free jer. Masuklah dan main. Tapi sempat ke korang? Aku memang tak sempat lah. Sempat tengok jerlah. Juga disediakan spa untuk yang berminat dan tidak termasuk dalam package. Maksudnya siapa nak berspa bayar asing-asing.







Jadi yang berminat boleh terus call utk booking k.

087-337108 - Receptionist Mee Woo Resort
 
Photobucket

Monday, 19 September 2016

Shortform Untuk SAW Dalam Jawi

Assalamualaikum semua,

Entah tajuk apa yang aku tulis ni tah. Aku sorang jer yang paham kot ;p
Entry ini sebenarnya untuk diri sendiri, sebab pernah terjumpa di blog, kemudian masa nak buat tak reti. Yelah bukan tiap2 hari ngadap leptop kan.

Ini adalah ilmu untuk dikongsi bersama jika korang nak taip jawi SAW. Bila kita taip Nabi Muhammad SAW dalam Jawi. 

Baik senang je, sila tekan di keyboard tu:

fdfa
Alt x (tekan serentak)
ï·º

 Akan dapat macam di atas k. Senang dan mudah...



 Photobucket

Monday, 5 September 2016

[Resepi] Naan Cheese Overload Sedap Melampau

Assalamualaikum wbt,

Siapa suka cheese sila angkat kening ;)

Macik ni memang obsess sangat dengan cheese. Tah kenapa perut ni versi obersea pulak sekarang.. huuhu. Tapi kalau time lunch tak pulak teringin sambal belacan campur cheese...phuhhhh. Nasib cari belacan ngan asam jawa jugak.

Tapi kalau bab kek, keju je terbayang.
Jadi harini ai nak share resepi Naan Cheese super sedap. Super gebu. Super cheese overload (bergantung pada kuantiti cheese korang boh la k)

Ok sekarang kita tengok bahan-bahan yang diperlukan.

Mula-mula, campurkan semua bahan ni:
  • setengah bungkus yis serbuk mauripan (dalam 1 1/2 sudu)
  • 100ml susu segar suam/ air suam kosong + 1 sb susu pekat
  • 1 sb gula 
--------> satukan dan kacau sebati. Biarkan berbuih.

Dalam bekas yang lain:
  • 300g tepung gandum (untuk 6 keping roti ye)
  • 1 sudu kecil baking powder 
  • 2 sb butter / marjerin
  • secubit garam
--------> Gaulkan dengan hujung jari sampai jadi serbuk roti. Dah gaul rata, masukkan bancuhan yis yg dah berbuih tadi. uli sampai tak lekat di tangan. Kalau Macam keras tambah air sikit-sikit. Tak payah uli sampai sado tangan, cukup adunan sebati dan tak lekat di tangan. Kalau nak uli sampai licin adunan pon boleh je, takde masalah.

--------> Biarkan setengah jam hingga adunan kembang double. Saya simpan dalam oven yang tak on. Cepat je kembang tau.

--------> Parut keju Mozarella (250g) atau beli je yang dah siap parut tu. Mahal sikitlah kan. Lagi banyak lagi sedap. Saya selalu campur dengan cheddar cheese yang diparut. Rasa lemak-lemak sikit. Kenapa mozarella? Sebab ada effect tarik tu yang macam chewing gaum ;p


-------> Bulat-bulatkan adunan dalam 80g - 100g setiap satu. Boleh dapat dalam 6 biji. Leperkan dan masukkan cheese sebagai inti. Kemudian bulatkan semua. Dah siap semua biarkan seketika dalam 15 minit. Leperkan dan boleh goreng dalam non-stick pan guna api slow k.

-------> Jangan lupa sapukan butter masa menggoreng k baru nampak cantik dan lembab2 sikit.
Dah siap leh cicah ngan kuah kari. Makan camtu je pon dah sedap terlampau ;)



 Photobucket

[Resepi] Kek Karamel Pelangi

Assalamualaikum semua....

Harini saya nak kongsi dengan semua resepi kek karamel yg memang gebu dan sedap. Antara faktor kek ni gebu sebab ramuan utama kek ni adalah putih telur. Macam resepi kek butter kak Ogy yg sedap dan gebu tu. Nanti sy share kek butter gebu tu pulak k.

Kalau korang tengok step, memang rasa macam banyaknya nak kena buat kan. Korang ikut step ai, sediakan ramuan semua dulu baru mula dengan langkah membaking ni.

Sediakan loyang 8 inci atau 9. Makin besar loyang makin nipis la karamel dan kek nanti. Selalu ai buat loyang 8 inci. Jadi karamel tebal dan kek pon tebal. Kali ni buat loyang silicone love love gitu... romantik sangat rasa masa baking ;p loyang ni dalam 9 inci je sebenarnya.

Step 1 : Gula hangus
  • 2 sudu besar gula
----------> masukkan gula dalam loyang. Terus masak atas api hingga gula cair dan keperangan. Jangan tunggu sampai jadi coklat tua nanti pahit lak.
----------> kalau guna loyang silicone cam ai ni, masak gula dalam kuali sampai perang pastu tambah 1 sudu besar air panas. Biar sebati kejap baru tuang gula dalam acuan. Biarkan beku sendiri.


Contoh loyang ai guna. Silicone ye. Boleh masuk oven. Jangan risau k. Beli kat Mr. DIY je pun.

Step 2 : Adunan Kek Span

Meringue
  • 6 biji putih telur
  • 70g gula castor
  • 1 sk krim tartar (option, tak letak pon takpe)
----------> pukul putih telur sampai berbuih tebal. Masukkan gula sikit2 dan tartar. Pukul sampai soft peak. Ketepikan.
  •  70g gula castor (1/2 cawan)
  • 3 biji telur kuning sahaja (putih telur letak dalam bekas asing)
  • 135ml air (1/2 cawan)
  • 45ml minyak masak (1/4 cawan)
  • 1 sk esen vanilla
---------> Pukul semua bahan sampai gebu dan pucat.
  • 140g tepung gandum (1 1/2 cawan)
  • 1 sk baking powder
---------> ayak tepung dan baking powder. Masukkan dalam adunan yg dipukul td. kacau sebati. Masukkan meringue ke dalam adunan tepung sikit-sikit sampai abis kesemuanya. Kacau sebati.
---------> Bahagikan adunan ke beberapa bahagian warna. Saya suka 3 jer. Kemudian warnakan dengan warna pilihan. Ketepikan. Kita buat karamel ye sebelum bakar.

Step 3 : Karamel Tebal
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 tin susu pekat
  • 3 biji kuning telur
  • 2 biji telur
  • 1 sk esen vanilla
--------> Campur semua bahan. Kacau sebati jangan blend. Tuang dalam loyang yg ada gula hangus td. Jangan lupa tapis k.

--------> Baru masukkan adunan kek td. Masukkan selang seli warnanya. boleh juga tompok2. Semua pon boleh k.

---------> Panaskan oven 10 minit awal. Bakar secara steam bath / water bath 160 darjah api bawah sahaja selama sejam k. Bila dah siap tunggu sejuk dahulu baru terbalikkan. Kalau tak nanti karamelnya merekah-rekah. Tak cantik la kan.





Selamat mencuba!!!!


 Photobucket

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik