Saturday 16 November 2013

Terima Kasih Semua...

Assalamualaikum,
Pembuka cerita saya pada kali ini.. Alhamdulillah, ada lagi coretan saya kan..hihi... last post bulan 10, ni bulan 11 baru nak start balik. Hanya Allah yang tau betapa tak berdayanya aku nak perah idea, sebab terlalu busy dengan hal² dunia ni...


Tapi jangan pulak salah sangka, hal dunia yang akan disoal di akhirat nanti lah. Tentang tanggungjawab kita pada keluarga, pada kerja, sumber rezeki, semua di hisab kan. Semoga apa yang kita buat sebagai hamba Allah akan mendapat keredhaanNya.

Mula² sibuk dengan business, angan² baru, impian baru, nak mula balik berniaga macam dulu. Suami pon tak kisah sebenarnya. Ingat planning awal nak order terus dari pembekal, sangat murah berbanding order dari pemborong kecil ni. Tapi stok pembekal sangat laju. Kalu boleh dorang nak kita order dalam masa 2 atau 3 minit selepas kita dapat quotation. Yerlah, dorang punya pelanggan baratus ribu, aduyaii!!

Lepas tu sibuk dengan hal exam di sekolah, menguruskan mata pelajaran Bahasa Arab yang aku tak penah dapat A, sangat susah. Dari SMKAY dulu, aku hanya tahap pertengahan bawah. Maksudnya, paling tinggi C la aku dapat. Seksanya buat apa yg kita tak suka, tapi tanggungjawab harus dilaksanakan...kan,kan..

Sibuk pulak dengan tempahan assignment dari kawan, deadline 5hb, aku mintak tambah, dia bagi 7hb.. macroeconomi tuh...yang aku hanya dapat C masa di Universiti.. kenapa? aku selalu ngumpat lecturer tu, sebab dia suka sangat marah², sikit² nak menjerit kat kami. wa stress ooo... aku rasa lect tu pon stress, sbb dia andartu, masuk 40-an, kena pulak mengajar manusia² pra-dewasa ni. sangat mencabar tau!

Then, sukan sekolah. Ini lagi aku makan dalam.. Masa hari sukan, aku bangun lambat, jam 7.10 pagi bertolak, sekali jem. jam 8.00 masih kat inanam, sedangkan sekolah aku lagi 45 km. Sakit hati bukan kepalang, dugaan..ujian... balik rumah, baking!! dalam stress..




Abis ja sukan, Hari Anugerah Cemerlang pulop dah.. nak buat majlis taklah susah, tapi bagi sekolah kecik macam kami, yg hanya ada 17 org guru, memang agak kelam kabut. At least, seorang guru akan pegang 3 kerja. Macam aku, buat sijil, bahagian makanan, dan juga amik gambar. Nampak simple kan, tapi lenguh kaki beb, running sana sini..aiyyyakk!!

Kawan-kawan guru SK Kindu, Tuaran.

Sekarang, alhamdulillah..hati tenang, semoga berkat segala usaha!



Kat sini aku nak ucap ribuan terima kasih pada semua, yang sudi singgah utk cari resepi atau membaca blog aku ni. Makin hari makin meningkat lak uols datang baca² kan. Enjoy your reading k, jangan hiraukan aku yang pemalas ni. Love uols!!



 Photobucket

No comments :

Post a Comment

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik