Assalamualaikum wbt kawan² ku sekalian
Tajuk entry kali ni agak kebaratan kan..hehe. Setelah sekian lama tak share something kat sini, akhirnya ada jugak entry baru.
Ceritanya begini, sedangkan saya dan encik suami sedang menonton rancangan Food Network di channel #727, ada pulak dorang makan² di kedai pai. Tau je lah kan, negara omputeh ni memang terkenal dengan pelbagai jenis pai, terbit lak pulak di tv tentang PECAN PIE. Iaitu, pai yang dibuat dengan berintikan kacang pecan. Aku pon tak tau lah melayu ni panggil kacang ni apa…
Untuk menyediakan pecan pie ni sangat mudah, mula² buat pie crust dulu ye sebab kulit pie ni kena simpan dalam freezer dalam sejam atau paling lama 2 hari.
PIE CRUST
(adunan hanya untuk sekeping kulit pai)
1 ½ cawan tepung gandum
¼ sudu garam
1 sudu gula
8 sudu pastry marjerin
4-5 sudu air sejuk
Cara-cara
- Gaul tepung, garam, gula dan marjerin dengan hujung jari hingga menjadi seperti serbuk roti.
- Masukkan air sudu demi sudu bermula sudu pertama hingga ke-4 atau ke-5.
- Balut gunakan plastic wrapping, simpan dalam freezer selama sejam.
PECAN PIE
2 sudu marjerin *cairkan
1 cawan brown sugar
1 cawan syrup (golden syrup/ maple syrup / corn syrup) * saya guna golden syrup
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1 ½ cawan kacang pecan
Cara-cara:
· Panaskan oven pada suhu 170⁰
· Satukan brown sugar dan telur, pukul dengan sudu atau whisk hand sehingga sebati.
· Masukkan syrup, esen vanilla dan marjerin yg telah dicairkan. Kacau sebati.
· Masukkan pecan pie.
· Ambik adunan pai tadi, canaikan nipis pada Loyang pai.
· Masukkan adunan kacang pecan dan bakar di tengah oven api atas dan bawah selam 60 – 70 minit.
Pecan pie yang belum dimasukkan ke dalam oven |
Nak tahu masak ke tidak, semasa bakar inti akan naik macam separuh bola. Cuba tekan dan kalau dah jadi macam spring tu tandanya dah masakla tu.. sejukkan dan boleh makan. Memang sedap, manis dan lemak² kacang pecan tu. Boleh juga kurangkan gula, untuk kurang manis. Syrup tu boleh juga digantikan dengan air biasa, tapi mungkin kejadiannya lain sikit kan.
Selamat mencuba!