Bertemu lagi kita. Harini saya nak share lagi satu resepi baru yang tak berapa nak baru lah. Tapi super sedap sangat lah. Tengok.. sudahlah super sedap sangat lak tu.
Selalu kita tengok ramai yang buat chhese tart yang montok2, gebu gebas je kan. Sedap tu memang sedap, tapi cheese lembik. Ada yg suka ada yang kurang suka. Macam saya memang sy suka tapi lama-lama boring lah pulak.
Contoh Cheese Tart Montok dari blog Citarasawan |
Jadi, ada sorang kawan sarankan masak dulu cream cheese baru bakar. Tak tercapai dek akal macamana nak buat pulak masa tu. Jadi saya try google baked cheese tart. Rupanya memang sudah terkenal di Singapore iaitu Baked Cheese Tart atau di kenali dengan nama Hokkaido Cheese Tart.
Nampak tak... lebih padat cheese dan tak leleh bila makan. |
Menggiurkan jer tengok ni |
Jadi iols try buat tau.. Nak jugak try. Memang tak banyak lagi resepi di blog, mungkin sebab belum viral kan. Jadi dapat ambik resepi dari youtube. Bolehla siapa yang nak cuba try lah k. Kita sama-sama try and error ;p
Resepi kulit tart / Crust :
- 160 gram tepung serba guna
- 120 gram butter
- 50 gram telur (pecahkan telur, godek2 dengan garpu then timbang)
- 30 gram gula kastor
- Satukan tepung, butter dan gula. Gaul sampai jadi serbuk roti. Pastu masuk telur dan uli sampai jadi doh. Balut dengan plastik wrap, masukkan dalam peti sejuk bukan bahagian beku selama 30 minit. Kemudian, keluarkandan masukkan dalam acuan. Bakar 175 darjah selama 20 minit atau keperangan.
- 180 gram cream cheese
- 50 gram yougurt / fresh cream
- 40 gram sugar
- 20 gram butter
- 1 biji telur (asingkan putih dan kuning)
- kuning telur untuk sapukan atas cheese
- Dalam periuk, satukan cream cheese, yougurt / fresh cream, sugar dan butter.
- Panaskan dengan api sederhana sehingga cair sepenuhnya dan tidak berketul-ketul.
- Tutup api dan masukkan telur putih.
- Kacau sehingga sebati dan panaskan sekali lagi sehingga pekat dan berkilat. Sejukkan dan masukkan dalam piping bag.
- Paipkan dalam shell tart tadi jangan sampai muncit sangat. Sapu kuning telur atas tart tadi.
- Bakar 200 darjah selama 15 minit atau sampai kuning terang.
- Siap. Tunggu Sejuk baru makan.
Gambar dari Hokkaido Cheese Tart. Cantiknya kan... |
Cubalah kalau berminat. Memang sedap tau. Ada juga gambar haritu tapi tak dapat nak upload. Nanti internet laju sy update k ;)