Wednesday, 19 June 2013

Krunchy Karamel Almond

Salam semua... 

- Assalamualaikum wbt -

Dah lamanya tak update status terkini, huhu..banyak sebenarnya yg dah ada dalam draft, tapi tak siap² lagi nak publish. Sibuk sikit sekarang ni, sibuk menonton tv. banyak betul cerita² best sekarang, aku penonton setia drama melayu skang, aku ajak sekali laki aku tengok drama tu. huhu.. yg terpaling terbest mestilah Sebenarnya Saya Isteri Dia. pastu tiap² hari kul 7.00 mlm tengok Teduhan Kasih lagi. 



Aku tak tengok dari mula teduhan kasih ni, jadi aku khatam episod 1-8 hari Jumaat malam sabtu ritu, dari jam 3.00-5.30 pagi..semangat tak...pastu sambung keesokan hari dari episod 9-berapa tah. puas ati..hehehe



Walaupon aku ni bukannya peminat Adi Putra, nasib baik heroin bukan Nora Danish. Aku tak minat dorang ni berlakon sama², over ja tengok. Eh, salah cerita lak!

Ramai kan yang dah kongsi tentang makanan yg sedap dan rangup dan enak dan tak leh berenti makan ni, namanya KRUNCHY KARAMEL ALMOND. Kalau jual kat fesbuk ni, sebalang berat 200g RM25.00. aku tingin gak nak beli, tp penjual tu kata takut hancur pos kat Sabah ni. Jadi aku cari resepi di azlitamasammanis.

Tepung Florentine


ok, resepi ni menggunakan TEPUNG FLORENTINE, banyak dijual di kedai² bahan kek. Kalau orang sabah, boleh cari di CONSFOOD, nama BIENNETTA FLORENTINE MIX, ada jual sana. Sebungkus berat 600g, harganya RM26.60. Boleh buat banyak kali. Macam aku buat kali pertama, guna 200g sahaja tepung, dah boleh dapat 4-5 dulang.


RESEPI KRUNCHY KARAMEL ALMOND
200g tepung florentine
100g almond flakes
70g kuaci
80g badam panjang
80g walnut

Cara-cara:
Bakar kacang² dalam oven selama 10 minit.
lapiskan dulang dengan kertas alas
Gaul semua sekali tepung dn kacang²
tuang tepung nipis² dalam dulang, lagi nipis lagi sedap
Bakar api atas bawah 150 darjah selama 10 minit atau kurang.
*Jangan sampai perang, cukup sampai tepung mencair keseluruhan .
Potong semasa masih panas, tanggalkan dari kertas alas.
Simpan dalam bekas kedap udara.



 Senangkan, jomla cuba buat ramai². Kalau susah nak cari tepung ni beli je online kat sini
Kalau ada yg nak pesan kat saya pon boleh ja, emel ja ke nizasri@gmail.com  

===============================================
Kelebihan badam
  •  mengurangkan paras kolestrol, merendahkan risiko darah tinggi dan serangan jantung
  • menghalang kegemukan (obesiti)
  • meredakan dibetes
  • menghalang osteoprosis
  • mengelakkan kecacatan bayi dalam kandungan
  • mengurangkan risiko pelbagai penyakit
  • kurangkan risiko kanser servik
  • cepatkan tahap intelektual
  • membantu menghalang batu karang
  • baik untuk kulit
 





 Photobucket

Wednesday, 12 June 2013

Review : Karme Beauty Skincare Part 2

Assalamualaikum,

Salam semua, rindunya nak menaip dengan penuh perasan kat blog ni...huhu. perasan konon² diri menaip dengan berhemah..haha.

FYI, sy masih lagi menggunakan produk KARME secara berterusan. Cuma kadang² ada juga on & off. Dan ramai juga yang pm sy di FB nak tau berkesan ke tak guna Karme ni. Siap nak tengok gambar sebelum dan selepas lagi..uii..terus rasa macam diri ini Leuniey Natasha...hikhik



Tapi, sy nak cerita jugakla kat sini secara jujur sejujurnya bila guna Karme. Keberkesanan produk ni sebenarnya bergantung pada jenis kulit masing².
  1. Pencuci muka Karme bagus, bagi yg mekap time keje tu, bila guna Karme senang nak cuci dan buang mekap tu. Lepas cuci rasa muka bersih je. Pastu kita rasa macam tone kulit macam lebih cerah, lembut je kulit muka ni. Tapi pastikan terus pakai toner (apa² brand je) sebab pencuci Karme akan buat kulit muka rasa tegang dan kering.
  2. Selepas 2 minggu pakai secara berterusan, kulit muka menggelupas halus dan tegang di kawasan hidung dan pipi. So, sy stop sat pakai Karme terutamanya krim malam. Lepas 2,3 hari sembuh baru sambung pakai balik.
  3. Lepas seminggu, kulit kembali menggelupas, lagi teruk dari hari tu. Selama seminggu di kawasan  atas bibir, hidung dan pipi. Puas pakai vitamin E tak lega2. Akhirnya pakai krim ELOSONE beli dari farmasi, 2 hari ja dah sembuh.
  4. Kesan paling bagus, kulit halus, lembut, tegang, pori-pori mengecil, lebih cerah dari biasa.
Banyak lak riview ai harini. Yang penting, jika ada kesan² seperti menggelupas, stop sekejap. Berdasarkan kajian dan soal selidik, ini disebabkan kesan hydroquinone. Tapi

kebanyakan produk ade, cuma banyak atau sikit je. Pada yg ada kulit wajah jenis sensitif, cuba cari produk lain. Karme sedikit 'keras' dan 'kuat'.


Nak kongsi cerita sket tentang blogger dari singapore ni yg mencuba produk baru utk review, tapi padahnya kulit muka jadi sangat teruk. cuba tengok di sini BUN BUN

 Photobucket

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik