Thursday, 29 December 2016

[Resepi] Kuih Telaga Emas

Assalamualaikum ladies ...

Kita bertemu kembali dengan resepi kuih tradisional pulak. Sejak dua menjak ni suka betul buat kuih muih tradisional ni. haritu kan balik kampung, jadi memang petang-petang memang tak buat apa kat rumah. Jadi, macam2 kuih keluar. tapi tahu jelah, orang muda nak belajar buat kuih muih, ada yang jadi, ada yang tak menjadi.. masalahnya, masih muda ka? opppssss.....

Paling failed aritu buat kuih lapis. Lembik je tah apa tak kena.. hmmmm..

Baik, saya kongsikan dengan korang kuih yang super best sedap yang teramat... naahhhh... semua ada.. Kuih Telaga Emas dibuat dari tepung pulut. Dan di tengah-tengah ada inti kastard tapi tak lah kastard sangat. Yang pasti memang sedap, kenyal dan liat di luar, lembut di tengah. Sebenarnya, my favorite kuih tradisi memang kuih yang berasaskan tepung pulut, jadi memang paling sedap la ni..


Bahan-bahan kulit luar:
  • 1 cawan tepung pulut hitam
  • 1 cawan tepung pulut putih
  • 1 susu besar tepung gandum
  • 1 cawan santan cair
  • secubit garam
  • cawan lompang secukupnya
  • sedikit minyak untuk gris
 


Cara-cara:
  • satukan semua sekali kecuali cawan lompang dan minyak ;p
  • uli sampai sebati dan tak lekat di tangan. Kalau masih melekat di tangan sila tambah tepung pulut sikit-sikit. Tak yah uli sental bagai macam buat donat.
  • jangan sampai keras, biar lembut just nice supaya kulit tak liat.
  • griskan cawan lompang dengan minyak.
  • amik adunan tepung dan canai nipis cawan lompang. JAngan terlalu tebal nnti lambat masak. Terlalu nipis pun tak boleh ye.
  • Ketepikan...jangan buang pulak.


Bahan-bahan kastard / inti / bahagian tengah :
  •  1/2 cawan santan cair
  • 1 cawan susu cair
  • 1 biji telur
  • 1 senduk gula (senduk nasi)
  • 1 senduk tepung gandum
  • secubit garam
  • sedikit esen vanilla
  • sedikit pewarna kuning
Cara-cara:
  • Satukan semua, gaul sebati dengan whisk atau senduk atau sudu.
  • Tapiskan. Tuang dalam acuan lompang tadi yg ada tepung pulut tu.
  • Kukus 12-15 minit api sederhana kecil. Panaskan dulu pengukus awal-awal ye.
  • Jangan kukus lama nanti overcooked inti menggelembung.
Siap!!! Memang sedap tau. Ada yang tanya kuih ni asal mana.. saya tak tahu. ada yang cakap kuih Kelantan, ada yg kata kuih Sarawak..


Ada juga saya post di group MAHN di facebook. Boleh tahan juga setakat ni 1.5k likes dan 1.1k shares. Berkongsi rezeki dengan orang ramai. Ilmu harus dikongsi ye tak. Ada yg nak tengok boleh refer sini sementara admin belum delete..

RESEPI KUIH TELAGA EMAS

Selamat mencuba semua!! xoxo


 Photobucket

My Wedding

Daisypath Anniversary tickers

Happy Birthday Aqil

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Happy Birthday Afiy

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Jom Klik