Ya Rabb, lama betul tak kongsi resepi dgn kengkawan kat sini kan. Yang mana menyinggah tu mesti cakap, "erk! bosan gila blog manusia ni!"
InsyaAllah, kalo berkesempatan lepas ni sy cuba try test menaip tiap² hari kunun².. chaiyok!
Ok, baik. hari ni aku nak kongsi satu resepi yg ala² desert gitu. Mula² aku stalk org yang jual benda alah ni di instagram. Sekali gugel dah berlambak-lambak kan orang buat. Aku ja yg baru tau. Sekarang aku banyak join vendor butik. Setakat ni baru 2 butik aku join, utk makanan kering jer. Kemudian baru nak berjinak-jinak nak buat utk chiller dorang pulak. Tapi no idea lah.. banyak kat sini semua buat berasakan cheese. Aduyaii!!
Takpe, sekarang kita tengok² dulu bahan² utk menyediakan Banoffee Pie ni ye. Aku punya resepi ikut Nigella Lawson. Kemudian refer blog² tah sape². Asalkan jadi...
Bahan-Bahan:
1 bungkus biskut merie (kalau ada biskut digestive pon boleh)
3 sudu butter yg dicairkan
Step pertama (pastikan buat yg ni dulu!!! Ingat tau, sebab kalo buat karamel dulu nanti keras)
Hancurkan biskut. Kalau ikut perangai aku, masukkan biskut dlm blender basah tu, aku press sambil goyang² blender sampai jadi serbuk roti. jgn buat depan mak mertua ya, huduh sangat mak mertua nampak ;p
Gaul biskut dan butter, kemudian tekan dlm loyang yg disukai. aku buat dalam loyang pai je. Dah siap tekan, masukkan dalam freezer. Kasi beku sekejap.
Step kedua:
1 tin susu pekat
2 sudu butter
Masukkan susu dan butter dlm periuk, kacau dengan api sederhana sampai jadi warna coklat karamel. Masak dalam masa 15-20 minit. Memang lambat betul susu nak bertukar warna, tapi pastikan kacau jugak, kalau tak nanti naik kerak. Jadi hitam²..
Dah jadi warna coklat, tuang dalam base biskut tadi. Jangan biar sejuk, nanti keras.
Step ketiga:
Pisang emas 4 biji
Potong bulat² kemudian susun cantik² atas karamel tadi tau.
Step keempat:
250ml whipping
Putar whipping sampai kembang. Picitkan atas pisang tadi.. Kemudian tabur dengan serbuk koko sikit² ja. Baru western ;)
Masukkan dalam freezer bagi sejuk sket, baru sedap.
Boleh jugak buat dalam cawan cenggini. Comel kan. Sedap!
Jadi, jangan lupa cuba yer semua. Karamel susu pekat tu liat² sket tapi sedap. Rasa kenyal² yg lembut. Eh??? Ntahla, korang kena buat dulu baru tau. Jumpa lain kali ye. Nak tidor dah, sebab esok nak gi Kota Belud ;)